11 Okt 2011

Cukai 6% Ke Atas Pengguna Unifi Dan Streamyx Mulai 1 Jan

Unifi dan Streamyx kenakan cukai 6% mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.

Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.

12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee. -hd


Really Video Kenaikan Cukai 6% Telekom Malaysia Mula 1 Januari 2012

Really Video Kenaikan Cukai 6% Telekom Malaysia Mula 1 Januari 2012 yang telah di sahkan oleh Pegawai TM sendiri. Pilihan Raya Umum belum lagi diadakan, dah naik dah TAX?



Sewaktu kerajaan sedang cuba menaikan tax 6% untuk Telco, Digi, Celcom, Maxis, dan Umobile pihak telco ada bagi tahu kepada penguna dan penguna sedar, tentangan hebat telah diberikan dan kerajaan 'hold' kan dahulu cukai tersebut, tapi kenaikan tax pada TM, Unifi, Streamyx ini tiada lupatan meluas dan kerajaan pasti akan jalankan pada 1 Januari 2012

Adakah Kerajaan sangka bahawa rakyat Malaysia tidak sedar tentang kenaikan ini? Dan mana hak kita selaku penguna? adakah Kementerian Koperasi dan Penguna akan senyap serta tidak mengambil sebarang tindakan untuk mempertahankan hak penguna atau mereka telah sedia maklum tetapi melihat gelagat rakyat yang tidak peka terhadap isu ini dan tiada tentangan di lakukan oleh rakyat, maka mereka membenarkan perkara ini akibat mulut telah ditutup dan tangan telah di ikat?

Kerajaan Malaysia baru sahaja lancarkan budget 2012 dengan memberi perkhimatan awam pelbagai faedah, dan kini kita dikejutkan pula oleh pengesahan kenaikan kadar 6% yang akan ditangung oleh setiap penguna tidak kira dari sektor awam mahu pun swasta untuk memberi wang pula kepada kerajaan Malaysia.

Kredit kepada Fitri Fit.

Lawan Tetap Lawan, Untuk Kepentingan Agama, Bangsa, dan Negara Malaysia yang tercinta ini.

Kerajaan tidak boleh mengambil kesempatan pada rakyat.

Really Kerajaan Tax TM pula? -really.tigaline.com


4 ulasan:

nessato berkata...

sepatutnya tak payah umum nak cajkan cukai tu.. contohilah TM, secara senyap-senyap dan tiba-tiba je kenakan 6% cukai ke atas pengguna talian tetap.. dah lebih setahun rasanya, tapi orang tak bising pon.. orang mencuri mana ada bising-bising..

Tanpa Nama berkata...

memang dasar perompak ...
rais yatim kepalanya.

lovehijau berkata...

Salam,kalau betul bro ,memang kasihan pada pengguna,kerana pengumuman sebelum kata ditangguhkan.Pengguna terbesar internet biasanya adalah golongan pelajar dan pertengahan,kasihan pada mereka terpaksa tambah kos perkhidmatan.

http://www.lovehijau.com/

kamal berkata...

Kami sudah masak dg kerenah TM selama ini. Sekarang mahu naik lagi 6%. Bagus lah tu. Layan lagi kehendak bagipihak Syarikat Lintah Darat . Tak cukup dg pakej Internet paling kecil tekini RM 130. Pada tahun lepas 2010 tedapat pakej Internet terkecil RM 45 , RM 60 dan RM90 ditawarkan . Tetapi sekarang Okt 2011 sudah tidak ada lagi. Modem yg diberi made in China selalu menimbulkan masaalah. Oleh sebab warantynya Cuma setahun jadi apabila berlaku kerusakan berkali2 terpaksalah dibeli sendiri anggaran RM 200- RM 300. Modem terlalu sensitif. Apabila berlaku petir ketika digunakan awas modem boleh tejejas tidak boleh diguna lagi. Ada kalanya modem boleh rusak bila berlaku petir walaupun ketika komputer tidak diguna , plug cablenya tidak dipasang . Lebih2 lagi bila kedudukan berhampiran Pencawang mana-mana sistem telekomunikasi. Buatannya memang tidak boleh dibaiki tapi untuk dipakaibuang. Sudahlah linenya selalu terputus dg pelbagai punca. Paling kerap berlaku disebabkan cable terputus atau dicuri para penagih. Anihnya Broadband yg diguna walaupun pakej terkecil tidak mengalami masaalah , lebih selamat , tidak sensitif atau tidak mudah rusak akibat petir dan mudah dibawa ke mana-mana. Sepatutnya TM Net mengekalkan pakej spt yg ditawarkan pada mula-mula dikeluarkan dan menawarkan kemudahan yg lebih baik dan lebih murah.