11 Okt 2011

Cybertrooper Upahan UMNO Berkeliaran

Kuala Lumpur, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu. -HD

By Gomen Man via The Malaysian Insider

I caution Malaysiakini, The Malaysian Insider and other websites that the Barisan Nasional government has hired about 200 cyber troopers to try and influence opinion on portals, social networking sites like Facebook.

These paid hands will post inane comments and even challenge webmasters to put up their comments. The idea is to create the impression that there are many supporters of Najib Razak and his government in cyberspace and intimidate others.

But in truth, they number about 200 and are paid by taxpayers. I urge the new sites not to put up their comments because they are paid hands and are not interested in any principles or in a better Malaysia.

Their sole aim is to perpetuate the present system despite all its flaws. The Najib government has apparently been advised by its good friends in Singapore that it needs to influence opinions in social networking sites and the Internet. That is why they have hired these cyber troopers.

So, please beware, Malaysiakini and others.


Ulasan GB

Itu sebab mengapa blog GB terpaksa menyaring dan menapis semua komen sebelum disiarkan.

Ini kerana memang GB telah lama memerhatikan gelagat cyber-trooper yang melakukan serangan-serangan melalui komen-komen yang biadab, penuh dengan bahasa mencarut, perkataan-perkataan caci, maki dan keji serta kemudian mencabar pula blogger untuk menyiarkannya di atas nama "kebebasan bersuara".

Kumpulan blogger UMNO BN pula menggunakan taktik hina dan keji seperti penyebaran klip video lucah yang direka dan diftnahkan kepada pemimpin-pemimpin PR untuk mempengaruhi orangramai.

Dan kita tahu mereka sememangnya diupah untuk berbuat demikian.

Bagi GB,no way, tiada ruang untuk cybertrooper di sini.

4 ulasan:

Amuraria berkata...

ASSALAM TN GB,ANA CADANG JIKA DAPAT TUAN KENALI DAN SAH AKAN CYBER PEMBELOT UMPORNO TU SIARKAN WEB ADDRESS LAMAN MEREKA SUPAYA MUDAH KITA KENALI DAN BERWASPADA ,UNTUK SEKAT ATAU BALAS BALIK SEGALA FITNAH DAN TOHMAHAN PECACAI PECACAI PANDI KUTTY TU SEMUA !

Awanama berkata...

masakan pihak berkuasa mahu bertindak, kerana anjing-anjing perburuan akan menurut apa yang di arah oleh tuan mereka.

akil berkata...

cybertrooper umno juga bertanggungjawap melaga-lagakan ahli PR.. contohnya isu UG, pemimpin kata tutup dia bukak balik.. ada juga penyokong PR yang tak sedar mereka juga menjadi cybertrooper tidak berbayar, contohnya Greenboc.. atau mungkin mereka selama ini memang penyokong Umno yang ditugaskan menjadi duri dalam daging.. tidak mustahil, kita dah lihat apa yang dibuat oleh Zul Nordin, Kickdefella dan Zaid Ibrahim..

Awanama berkata...

yg buka balik isu UG itu ialah kumpulan UG jugak seperti tindakan Hassan Ali yg terang2 membela tindakan JAIS walaupun dah tahu UMNO berada di belakang JAIS.

Zul Nordin, Kickdefella dan Zaid Ibrahim bukan ahli PAS.. itu sebab dia boleh dan mudah dibeli.

Yang menjadi duri dalam daging dalam PAS sekarang ialah tetap kumpulan UG jugak. Dah tutup katanya, tapi merekalah yang sentiasa bertindak membuka semula.

Greenboc cuma melaporkan dan membersihkan saki baki UG yg masih ada dalam PAS. Kalau tak dibersihkan betul2, bakteria itu akan sentiasa ada dan menghancurkan parti.

Ingat, sewaktu mula2 UG dikumandangkan, Greenboc diantara paling awal menentang sehingga UG akhirnya MAMPOS.

Tahniah Greenboc!