PKR hari ini mengutuk keras tindakan kotor pihak-pihak yang menyebarkan satu lagi klip video seks yang didakwa kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib presiden PKR, N Surendran berkata tindakan terdesak itu jelas untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 kerana ramai menyedari belanjawan kerajaan persekutuan itu lemah dan tidak releven.
"Kami segera menyeru Perdana Menteri, kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO-BN untuk meninggalkan politik longkang, sebaliknya mendedikasikan diri mereka kepada politik perdebatan rasional dan wacana,
"Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya.
Semalam, blog-blog pro-Umno memamparkan video yang menggambarkan seorang lelaki yang hanya bertuala sedang bersiap sedia untuk mengadakan hubungan seks.
Blogger Papa Gomo mendakwa video itu dirakamkan di sebuah hotel di daerah Patpong yang terkenal dengan aktiviti maksiat di Bangkok, Thailand.
Surendran menerusi kenyataan media hari ini turut mendakwa video terbaru yang muncul beberapa bulan selepas video oleh Trio ‘Datuk T', mempunyai pendekatan yang sama iaitu engamalkan politik lucah menyerang pihak pembangkang.
"Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri,
"Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya.

3 ulasan:
GB,
Kalau dah tahu dan yakin video tu semua tak betul jgn ambik pot, lebih2 pun bagitau cukup jgn attach video tu pulak utk ditonton. Dah lah kasi milage lagi pd blogger pro umogok yg initiate keje jahanam tu, you pun sama dapat saham fitnah.
itulah kamu, main belasah jer bila beri komen.
video klip tersebut ialah video klip berita semasa tvselangor, bukan video klip seks papagomo.
Inilah nilai politik Malaysia kini. Hii malunya negara yang dikatakan ditadbir secara Islamik!!
Catat Ulasan