20 Sep 2011

Untuk Tegak Benang Basah, Mat Sabu Hendak Didakwanya Juga Esok

Mat Sabu didakwa esok

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Peguam Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah.

"Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS.

Jika sabut kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.

Dalam ucapannya yang dibuat dalam ceramah pada 21 Julai lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“… Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tu lah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu.

“Tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu Umno, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis itu polis British.

“Sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering, Taiping.

“Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan.

“Semua sejarah negara kita bohong…."


Ulasan GB

Kita akan dengar dahulu pertuduhan ke atas Mohd Sabu esok.

Sebelum ini GB sudah ulas panjang. Petikan:


Ternyata, polis pasti gagal untuk dakwa Mat Sabu. Mereka kekurangan bukti. Sekalipun beratus laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu, namun kesemuanya hanya bersandarkan fitnah dari akhbar Utusan Melayu. Malah hampir kesemua mereka yang membuat laporan polis berkenaan tidak dengar pun ceramah Mat Sabu.

TETAPI, Mohd Sabu mempunyai banyak BUKTI KUKUH untuk mendakwa Utusan Malaysia yang memfitnahnya. Memang wartawan Utusan bakal terkencing terberak di mahkamah nanti jika kes ini diadili.

Yang nyata, Utusan bakal ditimpa kehinaan lagi selepas ini...

Benarlah janji Allah s.w.t.

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah kepada orang-orang mu'min (laki-laki) dan mukminah yang perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan bagi mereka azab yang membakar. Al-Buruj:10



Klik di gambar bawah ini:



2 ulasan:

adam berkata...

tak sabar nak tunggu keputusan kes ini

Tanpa Nama berkata...

mcm drama bersiri..seronok tengok kelaku seterusnya dari juak2 umngok ni...
bagi aku umngok ini ibarat kapal laut yang terlalu uzur,air masuk kekapal melalui lubang2 kecil dibawah kapal.kapten dan juak2nya cemas menimba air keluar.tapi diorang tak sedar ada anak2 kapal yang juga tukang buat lubang.setiap saat air masuk,tunggu masa diorang letih dan kapal terus tenggelam