20 Sep 2011

Sel Sperma Mampu Bertahan Lebih 100 Jam?

PPasukan pembelaan kes fitnah kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim bertelagah bersabit berapa jam air mani boleh bertahan dalam dubur seseorang.

Pada sesi soal balas, Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin mencadangkan bahawa sampel air mani boleh bertahan sehingga 113 jam dalam dubur setelah merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara.

Bagaimanapun saksi pembelaan, Pakar DNA Australia, Dr Brian Mc Donald enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.

Beliau yang disoal Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan tersebut amat jarang berlaku dan ianya tidak boleh dijadikan rujukan.

Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut boleh berlaku.


Suasana tegang seketika apabila Yusof dilihat cuba memaksa Brian bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan beliau termasuk menyuruh pakar itu membuat andaian ianya rujukan sahih.

"Saya tidak boleh baca kerana ianya tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam dewan tidak boleh baca jurnal itu (bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof.

"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim.

Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan telah mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM).

Malah peguambela mendakwa sampel tersebut tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku konteminasi.

Namun laporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran.

Yusof pada sebelah pagi dilihat cuba mempersoalkan kredibiliti Brian merujuk kepada laporan perubatan yang pernah ditolak mahkamah di negara Brunei.

Namun Brian mempertahankan kedudukan beliau sebagai pakar ujian DNA dengan menyatakan bahawa hakim kes tersebut mengiktiraf beliau sebagai saksi yang benar.


Mahkamah kini berehat sebentar dan akan bersambung jam 2.30 petang.



2 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Air mani 'Mak Badak' jer yang boleh tahan lebih 100 jam.

Itu sebab 'Mat Badak' jadi BANGANG 24 jam.

Cakap 'Kerajaan tak tahu nak menipu rakyat konon...KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

Ini rupanya yang di'spin' TV3 malam tadi. Haram dia tak sebut bahawa rujukan jurnal tu dalam bahasa 'Thai'. Sikit punya sial TV3.