20 Sep 2011

[Bergambar] Rumah Mat Sabu Dilempar Bom Petrol. Kerja Siapa?

Rumah Mat Sabu disambar api

Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.

Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.

Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.

Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.

Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.

"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya. -mk

PAS kecam cubaan bakar rumah Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS mengecam pihak tertentu yang menyerang rumah Timbalan Presiden Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam malam tadi dipercayai menggunakan bom petrol.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS memandang serius perkara itu kerana sejak laporan salah media terhadap Mat Sabu berhubung isu Bukit Kepong, timbalan presiden PAS itu menerima pelbagai ugutan SMS sehingga ancaman fizikal hari ini.

"Kita pandang serius serangan ini. Sebelum ini Mohamad Sabu ada buat laporan polis beliau kena ugut dan terima ancaman, saya harap pihak keselamatan boleh meningkatkan kawalan terhadap keselamatannya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Pada 8 September lalu, Mohamad juga mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Dalam situasi sekarang ini ujar Tuan Ibrahim, sebarang ancaman tidak boleh lagi dipandang enteng kerana kebanyakan ancaman disusuli tindakan.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mohamad terbakar, dipercayai akibat bom petrol.

Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Mengulas lanjut insiden itu, Tuan Ibrahim menasihatkan semua pihak menggunakan saluran undang-undang yang betul jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak dan bukannya bertindak melulu atas kemarahan diri.

Selain itu beliau turut menasihatkan media, agar melaporkan perkara yang betul supaya tidak menimbulkan kemarahan rakyat yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

"Media pelu elak putar belit. Jangan sengaja bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu agama dan perkauman sehingga mengancam keselamatan seseorang," katanya. -HD








Ulasan GB

Bom Petrol. Masih ingatkah sebelum berlaku perhimpunan Bersih 2.0 tempohari?

Ada sandiwara semusim dimana kononnya ada baju BERSIH dengan bom petrol ditemui... semata-mata nak burukkan penganjur BERSIH. Satu dunia sudah tahu ia sandiwara pihak tertentu.

Sekarang rumah Mat Sabu mangsa dengan bom petrol berkenaan.

Dulu GB ada ulas. Cuba baca semula:

Persoalan kini, ia angkara siapa sebenarnya?

Bila ada saja kes yang melibatkan perkauman dan agama, maka akan timbul kes bakar-membakar, simbah cat, gelidah curi komputer/laptop dan seumpamanya.

Jika berlaku sekali atau dua kali mungkin orang tidak tahu dan tidak perasaan. Tetapi apabila melebihi tiga kali, orang sudah menghidu ia adalah perbuatan....

P.Ramli di dalam kisah "Ali Baba & 40 orang penyamun" memberitahu "Chief Penyamun" (Ibrahim Pendek) buah dadu yang dipinjam itu boleh baling 2 atau tiga kali sahaja. Kalau lebih daripada itu akibatnya nahaslah yang akan diterima nanti.

Ibrahim mendengar dan patuh pesanan gurunya itu. Sebab itu selepas membuat dua kali balingan dia gulung dadunya dan pulang dengan membawa wang keuntungan besar. Orang lain yang menikam atas nombor lain semuanya kalah kerana nombor dua sudah dikontrak oleh Ibrahim.

Semua orang yang menikam dadunya kena tipu hidup-hidup oleh Ibrahim Pendek.

Pengajaran dari filem Ali Baba & 40 orang penyamun itu cukup besar ertinya. Ia sepatutnya diamati dan dihayati oleh mereka yang nak buat jahat. Apa yang hendak disampaikan P Ramlee, kalau nak buat jahat jangan lebih daripada dua kali. Sekali dua mungkin boleh sebab orang tidak dapat mengesaninya, tetapi kalau hari-hari bohong, kelentung, ampu sana ampu sini lama kelamaan pembohongan itu akan makan diri.


Takkan tak tahu-tahu lagi angkara siapa.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perbuatan orang yg tidak bertemadun (JAHILIAH).

Tanpa Nama berkata...

Dah tau dah siapa punya kerja?org bodoh pun bolih fikir....jgn ingat dah lempar BOM,pastu lari,mmg org xnmpak? TP! ada lg MAHA nmpak? kita tgk dalam 3hari MESTI ada buktiiii...
mknusia bolih tahu melalui MAKRIFAT hati....KITA hanya takut kepada ALLAH
tak perlu takut pada mknusia JAHIL..

adam berkata...

jgn memandai ambil tindakan sendiri kelak akan memakan diri..