20 Sep 2011

Terkedu Dengan Pendedahan Semalam, Pendakwa Tuduh Brian Bukan Pakar DNA

Pendakwaan: Dr McDonald bukan pakar DNA

Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ke atas saksi pemebelaan - Dr Brian McDonald - pakar DNA dari Australia.

Yusof bermula dengan cuba mempertikaikan kelayakan Dr McDonald. Katanya meskipun beliau kagum dengan kelayakan pakar dari Australia yang mendakwa dirinya seorang konsultan molekular genetisis, namun McDonald bukan seorang pakar.

Menurut Yusof, dunia DNA telah berkembang pesat dan mendakwa beberapa kelayakan yang pernah diperolehi oleh Dr McDonald sudah lapuk atau usang dan ketinggalan zaman.

Beliau kemudian bertanya sama ada pada tahun 2002 Dr McDonald dikehendaki untuk menghadiri mana-mana program peperiksaan.

McDonald menjawap tidak ada sebarang pensijilan formal dalam bidang itu.

Katanya, beliau adalah penilai makmal forensik bertauliah NATA bagi pensijilan ISO 17025.

Yusof terus mempertikaikan kelayakan Dr McDonald dan menegaskan bahawa kelayakan McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah usang kerana perkembangan pesat dalam dalam bidang tarikh berkenaan.

McDonald mengakui bahawa beliau dia tidak menghadiri kursus ujian DNA forensik sejak lulus peperiksaannya.

Yusof: Adakah anda pernah dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, menganalisis?

McDonald: Saya dilatih secara sah sebagai seorang saintis.

Yusof: Adakah anda melatih orang?

McDonald: Ya, dalam semua bidang termasuk tafsiran.

Yusof bertanya bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran dan pengalamannya dan Dr Mc Donald menjawap melalui kerja-kerja yang dijalankannya, melakukan ujian serta analisis.

Yusof: Bilakah kali terakhir anda menjalankan ujian DNA?

McDonald menjelaskan bahawa pada tahun 2004, "Saya telah menjalankan sebahagian daripada ujian berkenaan. Tugas itu kini dilakukan oleh robot. Saya seorang saintis kanan dan perkara itu dilakukan oleh orang bawahan dan robot."

Ulasan GB

Begitulah kaedah yang sering digunakan oleh pihak pendakwa. Ia akan menyerang secara lain - iaitu mempertikaikan kelulusan pihak pembela - apabila sudah tidak mampu untuk menafikan hujjah pembela yang bernas dan jelas.

Sama seperti semasa kes Teoh Beng Hock tatkala pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand memberi keterangan dimana selepas itu, Abdul Razak Musa, Ketua pendakwam SPRM berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini.

Dr Pornthip Rojanasunand menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia – mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan!

Samalah dengan kes liwat yang dibicarakan hari ini, taktik dan teknik yang sama digunakan.

Perbicaraan pada hari semalam:



3 ulasan:

zairil berkata...

Sebagai rakyat Malaysia, kita rasa malu dengan tindakan sebegini. Bagaikan nak tanya balik

"Yusof, bila ko amik SPM? Hah? tak ambik SPM ? Ko amik MCE.....? MCE tu dah lapok..... degree ko pun dah lapuk.....tafsiran undang-undang dah semakin canggih sekarang dengan perkembangan Sains dan Teknologi...!"

Abis tu? Rakyat terpaksa terima hujah Jabatan Kimia kita yang tak der ISO 17025 daripada nak terima hujah McDonald yang melatih untuk dapatkan sijil ISO 17025?

Tahyul Binti Bahlul! Ini gelanggang mahkamah ker ker gelanggang raja lawak?

Tanpa Nama berkata...

Aku suka post anon 8.29

adam berkata...

biar profesional