9 Jun 2015

Apa Lagi, PAS Selangor, Letaklah Jawatan Jika Ada Maruah...


DAP dan PAS Selangor ‘cerai talak tiga’, kata exco kanan

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Datuk Teng Chang Khim menyifatkan hubungan PAS dan DAP kini seperti pasangan suami isteri yang sudah berpisah dengan talak tiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu berkata jika PAS berhasrat untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR.

"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti.

“Sekiranya PAS masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat yang parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar.

"Sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Teng berkata jika PAS tidak dapat menerima hakikat itu maka pemimpin parti Islam seharusnya meninggalkan barisan kepimpinan negeri.

Katanya, PAS akan membuat tindakan paling keji jika bergabung dengan Umno kerana parti Melayu itu sudah pun ditolak di Selangor.

“Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun PAS yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan PAS dan Umno di Selangor.

"Gabungan PAS dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Muktamar PAS yang berakhir pada Sabtu meluluskan usul Dewan Ulama tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun terdapat perwakilan yang mahu usul berkenaan dibahaskan di muktamar namun ia dibimbangi alan mencetuskan kontroversi dan salah faham dalam PR. -TMI


PAS hipokrit jika tidak keluar Pakatan

Kini semua orang tahu bahawa keputusan pemilihan dalam muktamar PAS memberi satu petunjuk yang amat jelas – para perwakilan telah bersuara dan mahukan golongan agamawan menerajui pimpanan parti di peringkat Pusat.

Keputusan ketiga-tiga Dewan dalam PAS iaitu Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama juga memberi petunjuk yang sama.

Isu sama ada pimpinan PAS yang ada sekarang adalah pemimpin dari chai tertentu tidak lagi menjadi persoalan.

Hakikatnya saf pimpinan PAS yang ada adalah jelas diwakili secara majoritinya golongan ustaz dan agamawan yang mesra presiden PAS. Mereka akan dilihat sentiasa menyokong segala keputusan presiden PAS tanpa berbelah bahagi.

Hakikat ini diperakui sendiri oleh ketua Dewan Ulama yang baru iaitu Dato Dr Mahfoz Mohamed dalam temuramah beliau bersama akhbar Mingguan Malaysia Ahad lepas.

Antara lain beliau dilaporkan berkata PAS tidak boleh membuat keputusan kerana dominasi golongan profesional.

“Sebab itulah kadang kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri.Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja.

“Kalau dibawa kepada AJK pusat memang kalah. Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar-dasar PAS.

“Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada presiden akan lebih kukuh."

Jelas daripada kenyataan Dato Dr Mahfoz tersebut bahawa selama ini golongan profesional atau juga digelar sebagai golongan progresif dalam PAS menjadi penghalang utama kepada presiden PAS dalam membuat satu satu keputusan.

Jika mengikut logik ketua Dewan Ulama PAS, kekalahan golongan progresif dalam PAS ini sekali gus, akan memudahkan kerja-kerja presiden PAS.

Mungkin kita perlu menyoroti ke belakang sedikit dan melihat senario yang berlaku sebelum proses pemilihan tersebut dilakukan. Kita bukan sahaja melihat betapa aktif dan agresifnya kempen golongan ulama dalam PAS, tetapi juga dua aliran atau jalur pemikiran dalam PAS.

Satu golongan yang boleh dikatakan mempromosi politik eksklusif yang tercerna dalam slogan mempertahan kepimpinan ulama. Ia amat berlawanan dengan politik inklusif yang PAS cuba tonjolkan sebelum ini dengan slogan seperti PAS for All, Islam rahmat untuk semua dan lain-lain.

Politik inklusif ini bertujuan bagi memastikan PAS dibawa ke pentas utama dalam persada politik Malaysia.

Bertolak daripada slogan kepimpinan ulama itu, ia membawa mesej yang amat jelas dan keras kepada para perwakilan bahawa kompromi dan toleransi PAS dengan rakan Pakatan khususnya DAP telah melepasi tahap yang dibenarkan oleh Islam sekali gus menghilangkan jati diri PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Politik esklusif itu menyebabkan mana-mana pihak dalam PAS yang kritikal dengan pendekatan tersebut dilihat sebagai tembok penghalang untuk PAS mempertahankan jati diri Islamnya.

Bukan sahaja pelbagai label diwujudkan bagi melabel tembok penghalang tersebut, malahan di saat akhir kempen pemilihan, ahli PAS khususnya para perwakilan terpaksa memilih – sama ada mereka ingin memilih calon yang cenderung kepada DAP atau calon yang ingin pertahankan jati diri PAS?

Slogan itu juga mempromosi tema bahawa kemenangan dalam pilihan raya bukan segala-galanya dan yang penting adalah keredaan Allah.

Apa guna PAS melalui Pakatan dapat menawan Putrajaya jika Islam tidak dapat ditegakkan? Ya, Islam yang mereka tonjolkan adalah Islam yang lebih bersifat hukum daripada Islam sebagai rahmatan lil 'alamin (Islam rahmat untuk semua).

Islam yang dipromosi itu juga mewujudkan satu persepsi bahawa penafsir tunggal Islam, terutamanya dalam PAS itu sendiri, adalah golongan agamawan sahaja.

Dan terbukti slogan murah itu mudah mempengaruhi ahli PAS dan perwakilan sehingga mereka boleh dikatakan telah hilang rasional dalam berfikir dan bertindak. Natijahnya, keputusan muktamar memihak kepada golongan agamawan dan mengenepikan sama sekali tokoh golongan progresif dalam PAS.

Melihat kepada perbahasan di Muktamar PAS, majoriti pembahas boleh dikatakan menghentam DAP dan mahu PAS berpegang kepada prinsip perjuangan. Dewan Ulama mahu hubungan dengan DAP diputuskan dan dalam masa yang sama terus bersama Pakatan.

Usul tersebut diterima oleh Muktamar tanpa bahas dan penerimaan usul itu sendiri sudah cukup menunjukkan PAS hakikatnya sudah bersedia mengambil risiko demi mempertahankan prinsip dan jati dirinya.

Dengan ketiadaan tokoh tokoh progresif dalam saf kepimpinan PAS kini, sepatutnya kepimpinan baru dalam PAS tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi mereka. Mereka sewajarnya konsisten berpegang kepada pendekatan keras tersebut dan tidak sama sekali berpusing ke belakang.

Dengan erti kata lain, mereka sewajarnya membawa PAS keluar daripada Pakatan kerana visi dan misi yang mereka perjuangkan tidak selaras dengan misi dan visi Pakatan.

Mereka tidak sewajarnya berdolak dalik lagi dengan menyatakan kami bersama Pakatan tapi tidak bersama DAP sedangkan tanpa DAP hakikatnya tidak wujud lagi Pakatan.

Kepimpinan baru PAS tidak sewajarnya mempedulikan kehilangan kepentingan PAS di negeri yang Pakatan perintah khususnya di Selangor demi mempertahankan prinsip perjuangan dan mendapat keredaan Allah.

Jika mereka sebaliknya terus ingin menjaga kepentingan PAS di Selangor dan dalam masa yang sama cuba mempertahankan prinsip perjuangan dan reda Allah ianya menampakkan mereka tidak ikhlas dan tidak konsisten. Dengan lain perkataan mereka mungkin akan dituduh hipokrit .

Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian keras mereka seperti yang dijelmakan di pra muktamar dan masih mahu terus ingin bersama Pakatan (tanpa DAP) mereka pasti akan ditertawakan.


Mereka juga mungkin sukar melarikan diri dari tuduhan bahawa segala apa yang dicakap dan dibuat sebelun muktamar hanya semata-mata untuk menang dalam muktamar.

Maka satu-satunya jalan bagi mempertahankan jati diri PAS, kepimpinan baru sewajarnya berani, tegas dan konsisten mempertahankan prinsip perjuangan dan satu-satunya jalan bagi merealisasikan hal tersebut ialah dengan PAS keluar daripada Pakatan secara hormat .

Jika PAS masih ragu-ragu dan takut kehilangan kepentingan di Selangor berbanding mempertahankan keredaan Allah, segala apa yang dikatakan sebelum muktamar akan dilihat sebagai gimik semata-mata dan ini pasti akan melukakan PAS itu sendiri.
-Hanipa Maidin




54 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

termasuk juga ahli majlis perbandaran tempatan perlu letak jawatan

Tanpa Nama berkata...

ada yg nak kena siku dan lutut

sb dehlawi berkata...

ulamamak lebai malang semutar besar kereto kancil di kepalo doh mula nok uturn baso jenis muko tok malu pelahap jawatan, perjuang islam kononnyo, cari redo allah kononnyo. letak lah jawatan tu wei...aku mintak sangat biar pkr dan dap buat usul tendang kluar parti pas kasta drp pkakatan rakyat biar dio meroyan teguling guling

Tanpa Nama berkata...

Adakah aku keterlaluan mengatakan ulamak pas ( sebahagian) adalah org2 yg tolol? Malu weh! Org bukan islam ckp kita tak bermaruah...memang pun kan! Sbb pas dah kuat!

Tanpa Nama berkata...

Kalau bolih hanya exco Iskandar yang perlu letak jawatan sebab mulutnya celupar sejak isu Khaldi lagi,exco yang dua lagi dikekalkan sebab mereka tidak betigu teruja dengan golongjn ularmak UG.

Tanpa Nama berkata...

SAYA TUNTUT > Anggota PAS Selangor dan Penang berambus dari pentadbiran Negeri, Kamu semua mesti AKUR ARAHAN ULAMA DAN MUKTAMAR, jangan kencin lagi,,,,,,PAS kan dah KUAT, tak yah lah gabung lagi. CEPAT BERAMBUS...........CEPAT BERAMBUS

DENAR CAKAP MUKTAMAR kan ULAMA PEWARIS NABI, kena la isle isle bukan duvid,duvid,alphard, estima. Jangan U-TURN

Tanpa Nama berkata...

sedarlah pas selangor,disaat kamu nyawa2 ikan dulu.PR yg banyak selamatkan kamu.masjid,surau byk diimarahkan sbb kemenangan kamu.yg banyak membantu kamu undi bukan islam.mereka terbuka menadah tangan mengundi kamu.disaat ini juga kamu lupa jasa2 mereka,kamu hina mereka,kamu jauhkan mereka dgn kamu.kamu angkuh dan sombong mendabik dada bertepuk tangan kata kamu mahu siku dan lutut mereka.hinanya kamu hina mereka.sedarlah pas,,pasti kami org seagama mcm kamu juga merasai penghinaan ini.dan kami tekad kami akan kembalikan semula kamu ke tempat asal mu.lupuskan kamu dr bumi selangor...

Tanpa Nama berkata...

kerana pulus...........
walaun dah jadi 3 suku.........

Anti Fitnah berkata...

Kata Ketua Dewan Ulama,
"Sebab itulah kadang kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri.Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja."

"Kalau dibawa kepada AJK pusat memang kalah. Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar-dasar PAS."

Selama ini aku dok ingat Presiden PAS, ulama yang bertaraf Dunia mestilah penuh ilmu agama di dada. Adakah selama ini depa ni hanya baca kitab dan bukan menghayati kitab? Ulama ini ibarat profesional dalam hal ehwal agama dan semasa berdepan dengan satu masalah, depa dapat berhujah dengan jelas dan bernas. Ini tidak, yang berlaku sebaliknya. Depa tak mampu berhujah dengan profesional bukan agama apabila suatu masalah tertimbul. Nas-nas tak terlintas langsung dari minda depa. Majlis Syura pulak dijadikan rujukan. Awat tahap ilmu Ketua Dewan Ulama PAS lebih taraf daripada Presiden PAS yang bertaraf dunia. Ini juga yang dikata oleh puak UG bila Ustaz Ahmad Awang berhasrat bertanding jawatan Presiden dulu.

Bagi aku, penghayatan agama itu amat penting kerana ianya membentuk jati diri yang boleh menghindar diri kita daripada hasutan setan. Setakat membaca kitab di masjid, surau atau forum tapi tiada penghayatan, ini dah serupa seperti Dato Kazim, "Dr" Ridhuan Tee, ... penyampai agama yang amat jahat. Kalau kita pandang mata depa dan lidah depa tu dengan tepat serta teliti, hang akan nampak dengan jelas, mata depa tu juling dan lidah depa tu bercabang. Berbuat "baik" kononnya dan pada masa yang sama, depa "jahat" dengan menafsir ayat Allah swt dan sabda Nabi Muhammad saw ikut lidah depa yang tidak bertulang. Nauzubillah.

Jadi sekali lagi aku seru pada pemimpin PAS yang ada di Selangor tu. Berlaku wala' pada pemimpin hangpa dan letaklah jawatan dengan kadar segera. Kerajaan PR akan tetap berdiri teguh tanpa penyertaan PAS sebab penyertaan PAS bukan sahaja tidak memberi manafaat malahan memberi kemudaratan kepada pakatan. PKR dan DAP dah begitu SABAR dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Presiden hangpa dengan meletakkan calon PAS di kawasan yang depa bertanding dan ini menyebabkan kelebihan sudah diperoleh oleh UMNO. Selagi menantu Presiden duduk dalam PAS, pasti Presiden hangpa akan menjadi senget. Iman akan tergoyang dengan "it", tahu kecuali Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. tapi sayang anaknya ....

Tanpa Nama berkata...

Tunjukkan kekuatan mu weii yb ulama pas kalau dah raso gah tanpa perlu bantuan puak lain dlm pakatan rakyat. Join ummo baru gentleman kata dikota jika tidal berdosa masuk neraka kerana tidak amanah pada rakyat yg undi mereka. Betul tak.

Tanpa Nama berkata...

Diharap ulamak tersohor negara yang tiada tolok bandingan seperti Ustaz Nasruddin siku lutut, Ustaz Mokhtar Snake, Ustaz Azli Taliban dan Ustaz Nik Abduh cakar rimau dapat meleraikan kekeliruan yang sedang melanda. Sehingga kini tiada sebutir habuk komen kedengaran dari mereka. Agaknya sedang sibuk buat kenduri kesyukuran meraikan kemenangan. Rakyat Malaysia janganlah merasa khuatir, gundah gulana atau panik tak tentu hala kerana kehebatan Ustaz tersohor mampu menyelesaikannya. Masalah kacang je ni.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Muktamar 2015 meresolusikan bahawa Pas memutuskan hubungan dengan DAP. Ini bermakna dengan secara rasmi Pas telah berpisah dengan rakan komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP. Perceraian talak tiga antara Pas dengan DAP hanya boleh ditarik balik jika diadakan muktamar khas semata-mata untuk menarik balik ketetapan muktamar terdahulu. Jika ini berlaku, maka sekadar membenarkan tabiat pimpinan Pas yang lidah bercabang, flip plof, pusingan U dan tiada prinsip dan pendirian.

Golongaan pro ulama sengaja menghalakan senjata mereka ke arah DAP semata-mata untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas yang dilebel sebagai "pro Pakataan rakyat dan agen DAP". Apabila pemimpin-pemimpin progesif profesional berjaya disinggir, kenapa pula pimpinan Pas di Selangor tidak melepaskan jawatan exco, ahli lembaga pengarah GLC Selangor dan jawatan-jawatan politik yang lain. Apakah Pas Selangor terkecuali dari resolusi muktamar?

Pimpinan Pas Selangor dalam dilema, sama ada mereka mahu menjaga maruah parti atau mengekalkan jawatan, pangkat dan laba. Kalau mahu menjaga maruah parti sudah tentu mereka akan melepaskan jawatan. Seandainya mahu menjaga periuk nasi, maka mereka tidak perlu ambil hirau resolusi muktamar parti. Kini ahli-ahli Pas dalam kebingungan kerana mempunyai pemimpin-pemimpin tertinggi yang mengalami kecelaruan pendirian kerana tamakkan kuasa. Ahli-ahli Pas dari kalangan progesif profesional telah berjaya disingkir oleh golongan pro-ulama yang gila pangkat, jawatan dan fulus. Satu persoalan timbul, "Pas for All" atau "All for Pas".

Tanpa Nama berkata...

Wahai GB tolong sampaikan pada presiden pasma supaya pasma segera ditubuhkan sebagai parti..Jangan lg nk jaga hati ulamak yg terang2 berperangai serupa Umno...Meluat sgt dh dengan perangai2 bodo ulamak pas.Pada sy mrk ni xlayak pun digelar ulamak..Menjual agama demi pangkat kedudukan....lebih hina dari DAP yg mrk hina2kan tu....we want PASMA.......

Tanpa Nama berkata...

Dah terang2 cerai talak 3.. Nak rujuk balik ke? Nasi dh jd bubur la beb.. Pengajaran utk geng2 lain..

Tanpa Nama berkata...

Orang Orang PAS ini BACUL

Macam Najib jugak , entot tak nak bayar

Dah putus demgan DAP patut kluar PR terus

Bahalol

Ber muka muka macam HADI AL TOLOL aja

Tanpa Nama berkata...



.

In respond to

Dr.Paridul Adras Ismail said...
Muktamar 2015 meresolusikan bahawa Pas memutuskan hubungan dengan DAP. Ini bermakna dengan secara rasmi Pas telah berpisah dengan rakan komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP. Perceraian talak tiga antara Pas dengan DAP hanya boleh ditarik balik jika diadakan muktamar khas semata-mata untuk menarik balik ketetapan muktamar terdahulu. Jika ini berlaku, maka sekadar membenarkan tabiat pimpinan Pas yang lidah bercabang, flip plof, pusingan U dan tiada prinsip dan pendirian.


Setuju, hanya dengan mengadakan Muktamar Khas sahaja dapat menarik balik ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Ini bermakna mereka yang terpilih juga mesti letak jawatan dan menyerahkan nya kepada calun yang dapat undi kedua terbanyak untuk mengambil-alih pentadbiran dan pengurusan parti.

Ada berani ?


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...




.

Lagi lama PAS tidak melepaskan jawatan dan kepentingan PAS di Selangor lagi baik. Biar ahli dan perwakilan PAS sendiri yang menilaikan pemimpin yang telah mereka pilih.

Kalau dah sampai hari ini masih tidak meletak jawatan bermakna PAS tak malu. PAS memang penakut. PAS memang hipokrit. PAS tak konsisten.

Tapi semua itu, lama kelamaan akan hilang. Mereka akan buat bodoh keluar masuk pejabat macam tak ada maruah punya orang.

UMNO yang hipokrit dan tak bermaruah sampai sekarang masih menjadi Kerajaan. Selepas PAS berubah, Islam mereka pun berubah jadi melayu Islam.


Kepada Allah kita kembalikan.


Omar Daud berkata...

Salam semua:


Tertarik dgn ungkapan Dr.Paridul di atas"PAS for ALL" Sekarang dah Jadi"ALL fos PAS"..
Hahahhaahhahah....Bila Pas fitnah orang dia kata orng lain yg buat,Bila dewan ulamak tergopoh -gapah usulkan PAS singkirkan DAP, dia kata DAP yg buat hal,Bila kerajaan DAP bagi banyak jawatan pada kumpulan UG ,kumpulan ug di anak tirikan pada hal ADUN Pas hanya ada satu kerusi aje kat PP, kumpulan UG kat selangor tak bangkangpun semasa muktamar,tapi jawatan hendak.

So terjadilah apa yg terjadi dalam PAS sekarang ini "SEMUANYA BOLEH BELAKE"
Sokong najib pun boleh,tak sokong najib pun boleh,sokong MAHDEY pun boleh ,tak sokong Mahdey pun boleh,sokong DAP pun boleh tak sokong DAP pun boleh,Nak fitnah pun boleh,tak nak fitanah pun boleh,nak booooo pun boleh,nak allahhuakbar pun boleh,nak yg halal pun ada nak yg haram lagi boleh. so slogan baru PAS adalah "ALL FOR PAS".

..

hussain lempoyang berkata...

Respek dengan allahyarham P.Ramlee bukan sekadar tokoh seni tapi juga tokoh ilmuan yang telah mengambarkan apa yang berlaku dalam pas hari ini dalam filem 3 abdul, yang mana tuan besar telah menerima nasihat yang salah dari penasihat 20%,seperti mana tuang presideng mendapat nasihat sekarang........

DinSikuLutut. berkata...

PAS mesti ingat bahawa ahli dan penyokong PKR juga ada hati dan perut pedal. Jangan kami ingat kami tunggul kayu dan himar baghal.
Jika kamu tuduh orang kamu ejen dan terhasut dengan DS Anwar. Kamudian kamu buang mereka macam tong sampah zabalah.
Ini bukankah bermakna DS Anwar seorang musuh dalam selimut yang mengunakan ejen untuk merosak parti kamu. Bagaimana pula kamu boleh berada dalam satu bilik dengan musuh kamu. Bahkan bagaimana kamu boleh berfikir bahawa musuh yang kamu benci boleh bermusyuarat dengan kamu?.
Bagaimana pula boleh kamu menjilat kahak kamu bila berbincang dengan Dr. Kak Wan presiden PKR yang kamu anggap wanita bodoh yang tak layak memimpin?.
Sebenarnya ahli PKR dah meluat dan rasa serabut bersama kami, namun demu menjaga persahabatan terpaksa didiamkan.
Bahkan kami merasakan kamulah parti yang tak tahu malu dan tiada harga diri, bila membenci kami tapi mahu berada dibawah ketiak kami.

loban berkata...

gelojoh betul korang berpolitik....keputusan putus hubungan confirm la apa yg pening2.

cuma nk tggu keputusan details seminggu dua ni,otak melayu gelojoh!!!

kenapa tak desak dap yg letak jawatan di Selangor dulu sbb putuskan hubungan dgn presiden(Pas)...

pikirlah diluar kotak bro!!!!jgn gelojoh wahai bani melayu

Tanpa Nama berkata...

Guna Siku dan Lutut .tsk payah guna akal
Boleh pakai TOYOTA.
Adalah Pas sebulah parti yg boleh dukatogeri kan Islam Majoriti Rakyat kata tidak selepas pemergian Ulamak (TGNA)
Pkr dan DAP tak payah berlembut lagi
Suara PR dlm Pas telah disingkirkan.
Pas sesat atau tidak ,hanya Allah yg mengetahui.
Sebagai makhluk yg diberi akal ,boleh fikir yg mana betul yg mana salah .
Semoga Allah members hidayah dan pertolongan pd yg benar laksanakan amanah.

wan amero berkata...

Joo lor boh.Baru terkicit sekali nih.Deras laju dari lajak...suka kokram.

Tanpa Nama berkata...

hi loban, yg gelojoh berpolitik ialah puak2 kamu yang buat usul putus hubungan dengan dap
apa plak dap kena letak jawatan sebabputus hbngan dgn presiden pas? Bukan Haji Hadi seorang sertai PR tetapi PAS. Dah jadi Presiden pun x amanah, mesyuarat PR tak datang.

Yang bercakap selama ini tentang bani melayu bukan kah puak ulama sendiri ... untuk kepentingan "Melayu" dan Islam?

Tanpa Nama berkata...

Pro ulama terlalu ghairah utk menyingkirkan group pro pakatan sehingga khayal dgn kemenangan mereka spt perang uhud dulu...

wan amero berkata...

Kambin sudah bertukar menjadi anjin katanya penarik beca.

Tanpa Nama berkata...

Percaya la..kawan2 semua...jika perancangan jahat lebai2 berjaya...akhirnya mereka akan berantakan sesama sendiri..hanya masa yg akn menentukan

Tanpa Nama berkata...

Bro GB..

Org yg IQ tak lulus SRP/LCE nih.. mrk belajor bab2 ugama..& yg lulus kan mrk pon geng2 Ugama yg TOLOL-bengap juga..syalibus mrk tak pernah brkembang..dok jenoh mngHAFAL kesah2 Arab-NAHU-SARAF-TAJWID-mantik yg dah berlalu lebih 1400tahun lalu..

Bila depa dah boleh sikit "hape"/hafal bab sjarah & dpt pulok bole cakap Arab sikit2 tambah pulok dpt ijazah-SAMPAH drp pak2 Arab yg lg teruk-korup nya tu,,?? depa nih dah mule naik TOCANG wehh & "PRASAN" pandai smua..huhuhu

Depa jd lg TOLOL bila org2 kampong dah panggil depa ostad pd hal klu depa masuk skolah biasa SRP/LCE--maths pon tak lulus!?

SEDANGkan..

Sebaliknya..

Org mcm Dr Dzul Nizar Hanipa Khalid Samad dll yg IQ depa memang ALLAH dah anugrahkan "HEBAT" depa nih boleh pulun apa yg Hadi Awang hafal/belajar berpuloh2 tahun tuu..hanya dlm masa 6bulan @ lebih2 setahun jerr....!?

Sbb IQ depa ALLAH anugrahkan memang HEBAT sbb tu depa hebat dlm subjek2 Maths Sains Fizik Economic dll..dan mrk mudah mnguasai BAHASA2 omputih, Manderin, Tamil hatta Arab skalipon..

Mrk juga mudah faham BASIC undang2, dan otak depa memang laju sbb itu mrk LANGSUNG tak takut wacana-DEBAT-hujjah skalipon dicabar kat dlm Gereja dan dimana2 shj..sbb itu suara mrk sgt2 lantang dan mnguasai lebih sparuh SESI parlimen dikalangan pmbangkang!?

Sbb tulah dgn depa nih umno sgt7TAKUT,,bukan dgn si-IQ-ciput yg TOLOL-bangang nak gunakan siku-LUTUT!?


INGAT..

Ingat sejarah..

Nabi SAW pon dr kalangan IQ yg sgt7HEBAT w.pon nabi tak masuk sekolah & buta-HURUF tp dr sudut IQ nya sgt7HEBAT sbb itulah "IDEA"nya dihormati ddlm mncari pnyelesaian MASAALAH dikalangan msyarakat jahiliyah w.pon ddlm usia mudanya lg...

Sbb itu nabi SAW bershbt dgn Abu Bakar AbdurRahman Auf Othman dll yg ahli/pakar ddlm perniagaan yg juga mmiliki IQ yg sgt7HEBAT krn latar blakang prniagaan-profesional antaraBANGSA diSyam serta Yaman dll yg trdiri dr brbagai2 BANGSA brbagai2 bahasa..

"Great minds THINK alike"..



SEBAB

Sebab itulah ularrrMak2/ahlulKitab Yahudi & Nasrani sgt7DENGKI trhdp nabi SAW seolah2 nabi yg baru seTAHUN jagung belajor mngHAFAL sejarah-WAHYU tiba2 berani mncabar mrk utk hadir berDEBAT & berHUJJAH...sdangkan mrk tlh pon mndpt "Tauliah" berpuloh2 tahun sblum nabi!?

...tetapi krn IQ nabi SAW yg dianugrahi'NYA itu memang bnar7HEBAT..krn tidak mahu AKUR dgn sbnr7HAQ-KBNARAN, maka mrk pon terpaksalah mnggunakan KUASA sprt kepala LUTUT-&-SIKU utk mmbuat-makar-ONAR-@ "CHAI" agar dpt mmbunuh/mnghapuskan sbnr7PEBAWA-erti-KBNARAN itu..

Cobalah renong2kan-visualisekan sinetron ini dgn mndlm..

GB..

"aarinal haqqa-HAQQAN.."

Tanpa Nama berkata...

PAS keluarlah PR kita akan lebih beriman dan khusyuk dengan ajaran Islam. Redha Allah akan sentiasa bersama kita InsyaAllah. Apa guna kita memerintah Malaysia sekiranya pemimpin Tok Guru Tuan Haji kita dicaci dihina oleh kafir. Rezeki Allah ada di mana-mana carilah rezeki itu dengan penuh syukur tanpa perlu mendokong aspirasi kafir yang penuh tipu daya dan menyesatkan.

Malaysiabaru berkata...

Mana menantu nk letak jawatan

Gaji berjuta azmin bg kat ularrrmak

Sudahnya non Muslim pun tahu skrg ni bukan lagi pakatan rakyat tapi

Pakatan Zina

Berzina dlm bilik MB bila exco mesyuarat antara pas dan dap

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg gelojoh sebenarnya,awal2 nk putus dgn DAP pastu nk sambung balik.tak tahu malu ke ulamak yg selangkah ke syurga

Sam Sung berkata...

Loban yg cerdik
Putus ngn presiden( individu) lain..putus ngn parti(kumpulan) lain..
Simple mvm ni pn ko x tau...kikiki
Adakah PAS tu presiden dan presiden tu PAS????

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya apabila otak letak kat lutut dan siku.
Kah... kah... kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

Golongan yg rajin bekerja dalam pas disingkirkan,yang tinggal golongan malas bekerja/rajin mbodek/rajin fitnah dan hanya pandai bercakap je.kita lihatla kesudahannya ni bila mana kapal dipimpin org yg malas berfikir....kapal mulai pecah pun x ambil kisah,org yg pandai memperbaiki kapal dbuang,tinggal golongan yg suka melalak dlm kapal.akhirnya kapal tenggelam.kita lihat je nt akibat kebodohan ulamak sendiri.

Saadun Sulaiman berkata...

Di sebabkan akal yang pendek kerana begitu meluat dengan DAP konon nya maka DUPP yang konon nya berilmu dalam kesemua bidang selain agama turut menerima dengan sebulat suara usul yang di lontarkan oleh Mokhtar SNEAK. Mengapa saya mengatakan DUPP tu tolol kerana tidak memikirkan kesan dari usul itu kerana selain dari memutuskan hubungan dengan DAP banyak lagi perkara lain yang lebih penting untuk di tanggani.

1. Membantu mangsa mangsa banjir yang berlaku di akhir tahun 2014 dek kerana kerakusan tangan tangan para pemimpin baru yang baru menekmati kecepan kemanisan kuasa yang mereka perolehi.

Semasa banjir pehak DAP dari tempat saya telah menghantar 3 lori treler bahan makanan dan kelengkapan lain. Mereka tidak bangga dengan lambang "ROKET" malah mereka hanya memandu dan ahli PAS tempatan di minta untuk membantu. Di sini unsur unsur "ISLAM" sudah kelihatan bila mana tangan kanan yang menghulur dan tidak di ketahui oleh tangan kiri.

Selain dari itu pehak DAP juga telah menyiap kan 45 biji buah rumah dengan menelan kos hampir satu juta, wang itu adalah dari derma ahli ahli mereka. Ingat bahawa di Kelantan tiada DAP. Saya kira mangsa mangsa banjir mesti terkilan kalau projek ini di hentikan. Nak harap kan bantuan Negeri, boleh jalan saperti mana mereka tidak memandang sebelah mata pun akan daya usaha Y.B Husam Musa untuk merenggan kan penderitaan mangsa mangsa banjir. Malah beliau di gelar MB Swasta. Adab "ISLAM" apa yang mereka anuti.

2. GST. Setelah terlantik orang baru yang di katakan agamawan dan berilmu dalam segala bidang dan mengambil berat kan penderitaan rakyat, belum lagi kedengaran suara suara mereka menuntut agar KERAjaam memberhenti kan cukai yang entah apa apa itu.

3. Implikasi adun adun PAS di Negeri Negeri yang di perintah oleh PR.
Apa tunggu lagi, letak lah kesemua jawatan yang di "ANUGRAH" kan oleh kerajaan Negeri. Tak takut ke kalau di katakan tak wala' dengan DUPP, nanti di sumpah menjadi "SNEAK" baru tau. Mungkin usuk ini terlepas pandang oleh "DIN AYAM" kot.

4. PAS semakin kuat bila bersaorangan.
Cuba tonton kembali ucapan pengulunggan saudara Mat Sabu yang menyentuh perkara ini. Di belakang beliau duduk seorang insan yang di gelar "BOMOH MELAYU". Mengapa kelihatan muka nya mencuka lebih teruk dari cuka getah.

5. Mengembalikan PAS kelandasan yang betul.
Elok di ada kan muktamar "KHAS" dengan kadar yang segera. Pecat kesemua mereka yang di tentu kan oleh apai yang di panggil "CAI". Masa saya di zaman jahiliah dulu, apa yang di katakan "CAI" itu ada lah untuk meramal kan nombol nombol ekor yang di kira boleh menang. Kini lain pula. Kalau begitu lah kaedaan nya maka boleh lah di anggap bahawa para perwakilan yang ada kuasa memilih lebih teruk dari kaki kaki nombol nombol ekor.

Atau sesiapa yang punyai bukti yang konkeret laporkan kepada ROS bahawa keputusan muktamar yang ke 61 ada lah tak sah


Tanpa Nama berkata...

Parti Islam Semalaysia da x wujud..

yg wujud skg..

Parti Siku dan lutut Semalaysia...

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS!!!

amar asyraf berkata...

Anggota jawatankuasa PAS, Mohd Zuhdi Marzuki yakin barisan kepimpinan baru yang dipilih minggu lalu mampu menjadikan PAS pencatur utama politik Malaysia.

Menurutnya, PAS yang kekal dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di landasan yang benar dalam usaha membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.

“Kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam,” kata Zuhdi dalam kenyataannya hari ini.

Amacam....xuhdi sudah berkokok....ayam laga pascai baru ganti bg mat....mampuih lah hang...xsa sapa nak sokong hsngpa lagi....den pangkah pkr dap lg baik...tp kalu yg bertanding pas yg pro rakyat miskin....den undi depa...

wan amero berkata...

Betul.

wan amero berkata...

Benar sekali.Sampai sekarang alamak mercun PAS dok jaja seluruh malaya kononnya kajang move yg menyebabkan PR retak padahal HJ HADI lah yg berdolak dalik semasa perlantikan MB Selangor.Terbukti PAS tidak boleh dipercayai semasa kemelut tersebut.

wan amero berkata...

Ambo harap lepasni PKR & DAP tolong reject PAS dari PR.Walaupun ambo ahli PAS ambo akan faham bahawa PAS yg mengkhianati PR.

wan amero berkata...

Tok beketek...tu laaa orang larang tak dengar.

Mohd Fadillah Dollah berkata...

Begini rupanya cina buta hahaha

Tanpa Nama berkata...

Senario GE 14 nti..

pas vs umno..undi aku rosak/x keluar mengundi

Pas vs bebas..undi aku bebas..

pas vs bebas vs umno..undi aku bebas

pas vs pkr..undi aku pkr

pas vs dap..undi aku dap

pas vs dap vs umno..undi aku dap

pas vs pkr vs umno..undi aku pkr

Parti Islam Semalaysia da x wujud..

yg wujud..

Parti Siku lutut Semalaysia..

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS..

Tanpa Nama berkata...

Pas perlu pakatan dan pakatan perlu pas juga untuk menang piliharaya,jika pas sendirian susah untuk menang begitu juga pkr dap pon susah nk menang nti yg untung bn.....pakatan rugi yg untung bn

Tanpa Nama berkata...

Yehhhhh...nik amar masuk tv3 td..buletin utama...kata dap gopoh...pascai...

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar dah jatuh TALAK 3, dah tak boleh senang2 rujuk dah tu. Kena berCINA BUTA dulu, baru bole rujuk balik.

Nampak gaya sekejap tadi, Naib Presiden baru dari Kelantan bercakap kat tv, seolah2 ada iras2 'gila talak', pada pandangan aku.

Kalau nak rujuk balik, kena lah kawin dengan orang lain dulu, baru bole kawin semula dengan bini lama.

Pi la tanya Najib tu. Dia nak ker jadi CINA BUTA?

ehehehe

Tanpa Nama berkata...





.
Mat Sabu letak jawatan sebaik PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Yang lain kalau tak letak jawatan macamana nak bekerja dengan kerajaan PR yang di pimpin LGE. Semua kuasa yang ada pada mereka akan di bekukan. Tak kan lah Ustad nak makan gaji buta.

Sikap PAS pro ulamak sama macam Menteri yang di minta letak jawatan kerana tak sokong Najib. Tak sekor pun letak jawatan. Ini baru pasal tak sokong Najib tapi PAS pro ulamak putus hubungan antara parti dengan parti. Pemimpin Sabah lagi bermaruah lah dari PAS pro ulama. Mereka keluar BN terus letak jawatan esuk hari nya.

Yang kita nampak boleh nasihat kan PAS pro ulamak ini ialah Ku Li je Kita yakin Ku Li yang banyak pengalaman dalam politik akan cakap 'Jangan lah nak buat malu lagi.'


Kepada Allah kita kembalikan.

Malaysiabaru berkata...

Masa dah tamat

Muktamar syariah dah buat keputusan SAH bercerai dan kn duduk asing

Tapi sebentar tadi mesyuarat exco pas dan dap duduk sebilik dgn mb.... Sampai mb lari kluar tak tahan tengok party yg baru bercerai duk

Berzina... Dlm mesyuarat exco

Non Muslim yg reti syariah dah mula kata pakatan rakyat adalah pakatan zina yg wujud selepas 4june2015

Tanpa Nama berkata...

PASCHAI silalah segera keluar Pakatan Rakyat...apa guna kekal jika sekadar nak jadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut...bergeraklah dgn kekuatan sendiri... sbg penyokong tegar pakatan rakyat saya ingin lihat satu gabungan baru antara PKR, DAP dan Parti baru yg dianggotai oleh golongan professional yg dibuang oleh PASCHAI baru2 ni menjadi kenyataan...
selamat tinggal PASCHAI...

Tanpa Nama berkata...

Nk suruh najib jd cina buta, boleh.. tp kena mintak izin rosmah dulu la..hehe

Tanpa Nama berkata...

Duduk saja la di pedalaman.. hutan ke gua ke.. x perlu nak bersosial dgn org bkn islam yg rakyat malaysia jga. Kami perlukn pemimpin yg soleh dn adil yg boleh membawa rahmatal lil alamin

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh letak jawatan beb....nanti sorru mis ! Kena buat ceramah tiap2 malam minta infak, buat kuliah punggut tabung...

Tanpa Nama berkata...

Siku dan lutut???? Penyakit baru ke ni?

Tanpa Nama berkata...

cuba fikir kenapa dlm PAS saja ada mcm2 gelaran.

dlm PKR dan DAP tiada mengelar sesama sendiri apa2 pun.

dalam PAS ada anwarinas, dlm DAP dan PKR tiada hadirinas
tiada kitsiangrinas.

PAS nk bukti tk diperkuda DAP maka putus hubungan dgn DAP
... itu saja sebabnya.


so PAS ni termakan dgn byk gelaran2 yg disebar umno... melalui
hasan ali.

maka bersusah payah PAS nk buktikan hasutan umno itu. nk puaskan hati umno.

amatlah bodoh mengambil serius hasutan musuh hingga menghukum keluarga sendiri.