27 Ogo 2011

Sebulan Layan Along Di Kelab Malam, Sebab Sukar Nak Dapat Pinjaman TEKUN

Kuala Lumpur: “Saya dah tak ada jalan, terpaksa buat pinjaman dengan along. Sekarang hutang dah RM15,000. Semua ini berlaku akibat kecewa dengan institusi perbankan,” kata Syarifah Azliner Hajar Syed Khalid, 40.

KESAL...Syarifah Azliner menunjukkan pelbagai dokumen

Dia mendakwa permohonan untuk mendapat pinjaman skim mikro kewangan dengan beberapa institusi perbankan tidak diluluskan tanpa alasan munasabah manakala permohonan dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional yang dibuat pada 13 Julai lalu di Bandar Tasik Selatan, di sini, masih dalam status ‘menunggu’.

Berikutan itu, dia yang mengusahakan pakej hantaran untuk perkahwinan kini dalam dilema apabila ramai pelanggan tetapnya mula melarikan diri berikutan gagal menyiapkan tempahan dalam tempoh ditetapkan.

“Malah, untuk dapatkan pinjaman along bukan mudah. Saya terpaksa layan mereka hampir sebulan di kelab malam.

“Jika tak permohonan saya tidak diluluskan. Untuk buat pinjaman dengan individu persendirian, lain pula ceritanya, saya diajak ke hotel,”
katanya yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan beroperasi di rumahnya di Bandar Tun Razak, di sini.

Syarifah Azliner mengusahakan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu. Dia mendakwa tidak mempunyai hutang tertunggak melainkan lewat membayar kad kredit dan kereta.

Dia mendakwa, pinjaman dengan along jalan terakhir yang mampu dilakukan selepas putus harapan terhadap institusi perbankan dan agensi berkaitan kerajaan kerana pelbagai kerenah birokrasi.

“Bermula dengan RM2,000, kemudian saya pinjam sedikit demi sedikit dan sekarang angkanya mencecah RM15,000 termasuk bunga.

“Saya tahu akibat membuat pinjaman dengan along, tapi dah terdesak. Di mana lagi mahu dapatkan wang untuk berniaga,” katanya menambah hanya bidang perniagaan yang mampu dilakukan sejak 20 tahun lalu.

Syarifah Azliner berkata, dia berusaha mengikuti nasihat diberikan institusi perbankan bagi membolehkannya mendapatkan modal perniagaan.

“Pihak bank nasihatkan saya bayar cukai perniagaan dan saya pernah buat.

“Malah, saya juga menukar alamat dalam kad pengenalan, kononnya mudah untuk mendapatkan kepercayaan daripada pihak bank, tapi itu semua tidak betul,” katanya.

Ulasan GB

Kes yang macam inilah juga perlu diberikan perhatian oleh Exco Selangor dari PAS itu yang baru mengisytiharkan satu dunia penubuhan Unit Selamat Akidah. Sepatutnya bantuan dan pertolongan bukan sekadar kepada yang nak murtad masuk Kristian sahaja, tetapi sepatutnya menyeluruh kepada seluruh umat Islam yang memerlukan. Nampak sangat tujuan penubuhan Unit Selamat Akidah hanya tempelan untuk selamatkan kedudukan dan namanya yang telah tercemar dengan isu gereja. Itu sebenar kebenarannya.



p/s MB, please get rid of this man from your exco line. He really makes us sick all this while.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes-kes sebeginilah yang amat disukai oleh pihak gereja. Menawarkan bantuan kewangan dan kemudian mangsa akan terhutang budi untuk menolak jemputan ke majlis-majlis Gereja.

Masalah seperti harus diambil perhatian oleh setiap umat Islam tanpa mengira parti dan fahaman politik.

~hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekafiran~

Tanpa Nama berkata...

pusat zakat ada harta berbilion tapi bila orang jahil jadi ketua ramai orang islam berhutang (baca riba) dengan ahlong.

Tanpa Nama berkata...

Saya kematian suami, suri rumah penuh masa, anak2 kacil, ada yg masih menyusu badan.

Gaji bulan akhir kematian, Sykt salur terus kpd Income tax, atas arahan mereka. Rumah (tiada lindungan insurance) masih hutang, anak2 sekolah..

pergi le KWSP kata mereka mudah.

Dapat surat Arwah tidak tukar nama, masih kekal mula bekerja... semua simpanan disalur terus kepada penama.

Kereta OK la, Bank tarik balik. Saya terpaksa jual rumah.. Pejabat pusaka minta saya keluarkan wang pendahuluan bahagian anak2 saya bawah umur, baru beri izin jual rumah.

Tak tanya nak ambik duit tu dari mana! Tak mampu, tunggu saja rumah tu kena lelong dgn bank..

Yang berurusan diatas semua Melayu Islam.. tak pernah soal, anak2 makan pasir, batu atau besi sejak kematian bapa mereka.

din bambu berkata...

Wahai Pusat Zakat, sedarlah akan tanggungjawab anda dalam membangunkan ummah. Dah ada seorang ulamak yang menitiskan air mata dan seorang pensyarah universiti menyesali cara agihan zakat yang dilakukan PPZ. Awat pun tak nak sedar lagi............ pungkok hampa !

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya bagi tau kat pemberita dulu masalah yang dihadapi sebelum pinjam kat along...

MADU ASLI HUTAN berkata...

ade pun orang yang berhutang itu termasuk dalam kategori asnaf gharimin (orang berhutang) tetapi berhutang kepada keperluan hidup asasi..

Tanpa Nama berkata...

Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran...

MADU ASLI HUTAN berkata...

ade pun orang yang berhutang itu termasuk asnaf gharimin tetapi bukan semua hutang boleh dikategori orang yang layak terima bantuan wang zakat..hutang yang melibatkan keperluan asasi kehidupan

Tanpa Nama berkata...

Tu pentingnya ilmu & berdamping dgn org2 yg berilmu. Klu buntu at least sedara mara & sahabat2 yg berilmu bole bantu mana nak tuju.

Dan tak smudah tu, sbb kdg2 ilmu ada , tanggungjawab pula tak de.