27 Ogo 2011

Apabila Kesalahan Hassan Ali Dibiarkan Tanpa Tindakan, Muncullah Kembarnya

Fuziah bidas TV3, PAS mahu tindakan terhadap Che Rosli

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Che Rosli Che Mat yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar meminggal Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang disiarkan pada malam kelmarin.

Menurut Fuziah, rancangan itu adalah “plot pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan agenda mempertahankan Lynas demi kepentingan sendiri bukan untuk rakyat.”

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

“Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Tetapi Fuziah dalam kenyataan hari ini berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.

“Apa yang menghalang TV3 dan Karam daripada mendapatkan maklumat daripada pakar lain? Sebab pakar lain tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan BN dan mereka enggan dijadikan alat untuk memastikan matlamat BN tercapai,”
katanya.

Wakil daripada penduduk juga membantah pembinaan loji itu dan memberitahu The Malaysian Insider terdapat syak wasangka apabila melihat Che Rosli menyokong BN.

“Kami mahu PAS mengambil tindakan disiplin ke atas beliau sekiranya benar-benar menyokong penduduk Beserah,”
kata Andura Rabu, yang mengetuai Badar, kumpulan penduduk Beserah yang menetap hanya dua kilometer dari loji itu.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah meletakkan 11 syarat yang perlu dipatuhi Laynas sebelum ia memulakan operasi.

Tetapi Lynas telah mengatakan syarat yang diletakkan kerajaan akan melambatkan operasi loji itu selama dua tahun, mendesak ia dibenarkan meneruskan operasi dengan fasa pertama akan selesai sebelum penghujung tahun ini.

Syarikat perlombongan Australia berkata lojinya itu - yang akan digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid — akan memperoleh sebanyak RM4 bilion selain menyediakan 350 peluang pekerjaan.

Walaupun laporan mengatakan loji itu akan memperoleh pendapatan sebanyak RM8 bilion untuk Lynas, pengkritik telah mempersoalkan faedah ekonomi projek itu.

Lynas: PAS Pusat akan panggil Dr Che Rosli

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.


"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.

Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya.

Kenyataan Dr Che Rusli itu amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu.

Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan.

"Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," katanya.

Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas.

"Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri.

"Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya.

"PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau.




Ulasan GB

Sekarang Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri merasai betapa pahit apabila wujudnya orang seperti Hassan Ali - penderhaka parti yang diberikan hukuman ringan apabila Tuan Ibrahim sendiri menjadi Pengerusi Badan Disiplin PAS satu ketika dulu yang diberikan amanah untuk mengadili kes Hassan Ali bersama Khalid Samad.

Kini di Pahang pula, betul-betul di negeri dimana Tuan Ibrahim sendiri adalah Pesuruhjayanya, berlaku kes Lynas. Seorang Ahli Parlimen PAS, Dr. Che Rosli Che Mat namanya dari Hulu Langat, yang angkuh dengan "kapakaran"nya bertindak untuk membelakangkan parti dan rakyat, tetapi mencipta publisiti melalui media massa milik BN - TV3.

Isi kandungan wawancaranya menampakkan beliau seorang yang terlebih sudu dari kuah. Tiada ada disiplin dan adab jemaah apabila menggunakan platform TV3 merendah-rendahkan wibawa pimpinan Pakatan Rakyat yang PAS adalah anggota komponennya.

Jika bersuara melalui blog atau twitter, walau betapa keras sekalipun disuarakan, mungkin boleh diterima ia sebagai perbezaan pandangan dan pendapat, dan parti pun bukan jenis mengongkong ahli mengeluarkan pandangan dan pendapat. Tetapi apabila disiarkan melalui TV3, itu sudah lain maknanya.

GB rasa berduyun pemimpin UMNO BN bertepuk tangan dan esok lusa akan datang (atau telah datang?) tawaran lumayan kepada Ahli Parlimen PAS itu untuk tinggalkan parti. Dan siapa tahu sebelum pilihanraya umum ini akan muncul anak katak sulung dalam PAS?

Inilah akibatnya apabila tiada tindakan tegas diambil terhadap petualang parti seperti Hassan Ali. Seperti amoeba dan cecacing komputer, ia melahirkan duplikasinya, kemudian merebak di dalam jemaah/parti.

Dan seperti biasa, PROCRASTINATION menjadi budaya PAS. Tindakan "berlengah" yang menjadi adat turun temurun genetik Melayu digunapakai sama seperti kes Isu Gereja. Dr.Che Rosli hanya akan dipanggil selepas Hari Raya Aidilfitri, cukup banyak ruang diberikan untuk musuh bergerak sepertimana ruang yang mereka perolehi semasa isu gereja yang akhirnya kesemua pertemuan, baik dengan JAIS atau gereja terbantut kerana sikap melengah-lengahkan untuk bertindak. BAGUSlah macamtu. Bermimpi sampai kiamat pun nak ke Putrajaya takkan ketemu !

Ada kuman dan parasit, bersih dan bunuhkan sekarang sebelum pesakit (parti) menjadi lebih parah. Jangan berlengah. Itu prinsip Ilmu Kesihatan.

Dalam disiplin Ilmu Politik pula, Time and tide wait for no man, WALK THE TALK, NOW!


17 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Aku tengok Dr Cheque Rosli bercakap dalam TV3 hari tu pun dah boleh nilai.

Tak mungkin seorang politician yang mengutamakan PARTI sanggup berbuat begitu

Sah utamakan 'cheque' ni. Cuba cek akaun tengok, jangan-jangan cheque dah clear semalam...kah kah kah kah

hussin berkata...

"pakar lain tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan BN dan mereka enggan dijadikan alat untuk memastikan matlamat BN tercapai" - fuziah.

apa yang dimaksudkan oleh fuziah adalah, che rosli telah berjaya "dijadikan alat untuk memastikan matlamat BN tercapai."

macamlah biasa, seperti kata gb, melengah2kan tindakan sudah menjadi budaya pas. ccayalah pas tidak akan mampu meninggalkan adat lama walaupun wujud pemimpin2 yang 'bersemangat muda'. elemen ketuaan akan terus menghantui cara politik pas. ketakutan untuk berubah dilihat begitu ketara. selagi kabus kebimbangan menyelubungi persekitaran pas baik dari segi tindakan mahupun perubahan, putrajaya hanyalah satu mimpi.

kemungkinan besar kepimpinan pas menerima nasihat dari pelbagai golongan penasihat yang tidak dapat tidak dari kalangan penasihat2 ini jika di selidiki susur galurna alan bertemu dengan apco! sungguh malang parti islam boleh diperangkap dan menerima nasihat dari musuh sendiri (tanpa disedari) kerana terlalu yakin dengan nasihat serta pandangan penasihat2 luaran. tidak yakin dengan perjuangan sendiri sehingga contoh2 perjuangan nabi saw serta para sahabat baginda hanyalah ucapan syok di pentas2 ceramah sahaja, bukan untuk dihayati dan diamalkan. ada sahabat yang habis harta kerana perjuangan, ada pemimpin sibuk menumpukan masa mengumpul harta. sehingga timbul cerita2 pasal tak puas hati, bercita2 nakkan jawatan, berebut balak dan sebagainya?

ramadhan akan meninggalkan kita tidak beberapa hari sahaja lagi. apakah amalan di sepanjang ramadhan ini berjaya merubah pas?

wallahu'alam.

waktas berkata...

HUJJAH GB SELALUNYA BERNAS DAN MANTAP. TAK DAPAT NAK DIKALAHKAN ATAU DIPATAHKAN OLEH LAWAN. TAHNIAH GB.

Yong berkata...

Apa jadi dengan pil walaq?

1 Malaysia berkata...

Kenapa kita tak mahu belajar dari negara moden iaitu Jepun? Adakah pakar di Malaysia lebih hebat daripada pakar dari Jepun? Depa tu dah berdekad di depan kita dari semua segi teknologi. Depa pun nak tinggalkan teknologi nuklear, kita pulak pi dok kutip 'tahi' dari Australia untuk diproses di tempat kita. Awat tak pernah terfikirkah kenapa Australia tak buat pelupusan 'tahi' tu di negara depa tu sendiri?
Teknologi nuklear memang 'bagus'. TAPI dengan mentaliti pegawai-pegawai Malaysia yang rendah dan korup, layakkah dan dapatkah mengawal perjalanan pengawasan pemprosesan tersebut? Sanggupkah PM Malaysia letak jawatan dan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan nanti seperti mana yang jadi pada PM Jepun? ATAU diletakkan kesalahan itu pada bahu pegawai-pegawai kerajaan yang mentalitinya rendah dan korup?
Jangan kita berbuat kebinasaan bumi ciptaan Allah swt kerana balanya tak mampu kita tanggung. AKU menyokong GB. Kalaulah Dr PAS ni beriya-iya sangat menyokong usul ini, suruh saja bina loji di kawasannya dan kalau boleh di sebelah rumah dia. TERINGAT AKU AKAN KATA-KATA SEORANG PENGETUA YANG TELAH PENCEN PADA SEORANG GURU YANG BERIYA-IYA NAK PINDAH, BALIK DAN SURUH BAPA HANG BUAT SEKOLAH TEPI RUMAH HANG DAN HANG TAK PAYAH PINDAH-PINDAH LAGI. FAHAM MAKSUD AKU .....

Tanpa Nama berkata...

Betul. Bukan sekadar panggil minta penjelasan, PAS sepatutnya terus memecat orang-orang seperti ini. Jangan kasi can, kalau ada yang lain muncul lagi, terus pecat.
Sehinggalah akhirnya dalam PAS tinggal pemimpin yang biol dan pak angguk sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Caya la lantik GB jadi penasihat Pas..lepas ni biar dia tengok dari dalam apa puncanya dan kelemahan yg ketara..

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya masih banyak kumpulan UG dalam PAS cuma tidak kenal pasti sahaja.. UMNO dah kata walaupun apa cara pun mereka akan menang dalam PRU 13 tersebut dengan membeli wakil rakyat PAS dengan harga RM ratusan juta seorang, jika pekara dibiarkan PAS akan jadi PKR tersungkur. Segelintir orang PAS sudah pandai main wayang.

Setsuna F Seie berkata...

ak xsokong kerajaan tp ak nk kata satu benda... ak sokong kenyataan Che Rosli pasal ak pun student Sains Nuklear... ktorang tahu yg Lynas tu sekadar korek thorium dalam tanah.... ia sama saja dengan korek lombong bijih timah, cuma yg bezanya lombong bijih timah lg byk unsur2 yg lebih bahaya pasal dia ada byk unsur logam2 berat yg bleh menjejaskn kesihatan masyarakat setempat....

kalu nk ikutkn... suma tempat ada thorium-232, kat mn2 pn.... rumah kamu sendiri, tandas kamu sendiri ada unsur Radon-222 yg merupakan unsur radioaktif semula jadi yg terhasil dpd dalam tanah.... asal ada lubang saja gas radon ni kuar... kalu nk ikutkn gas Radon-222 adalah lebih bahaya dpd unsur thorium-232 pasal thorium bukan gas, dia komposit iaitu tanah... manakala radon-222 tu gas, gas tu terus masuk dlm badan, xkn ko nk makan tanah plak kn... so yg merbahayanya bukan thorium tetapi radon... tp kenapa kamu serang isu thorium tp x kepada isu radon dlm umah sendiri??

jadi sebelum nk cakap apa2 atau buat apa2 assumption, ilmu kena ada... tanpa ilmu pengetahuan samala mcm nk buat nasi briyani ayam tp xtau masak....

Tanpa Nama berkata...

bila dah berlaku bencana macam di chernobyl dan fukushima, baru agaknya tahu "kepakaran" sebenar mereka yg mendabik dada pakar & student sains nuklear.

Tanpa Nama berkata...

anon 1:03 menulis

"Sehinggalah akhirnya dalam PAS tinggal pemimpin yang biol dan pak angguk sahaja."

yg biol ialah pemimpin seperti Hassan Ali, Che Rosli dan sekalian puak UG.

Tak sudah2 nak beri kredit kepada UMNO BN.

Bodoh bin bangang!

Monkey Code berkata...

Aku dah tak percaya pada anything yg call "local". pakar tu pakar ni, mufti tu mufti ni, sultan tu sultan ni, hakim tu hakim ni, professor tu professor ni. Sorry brother....dah tak larat...dah hilang confident.

Tanpa Nama berkata...

aku pun hairan kenapa panggil lepas raya. kenapa x panggil terus skrg? apa masalahnya kena tunggu lama-lama. bukankah ruang masa yg panjang itu beri peluang kpd musuh untuk menyucuk dan mencari jalan kepada mereka itu untuk perbodohkan PAS macam isu gereja?

Waris berkata...

Punca segala-galanya bukan dari hasan ali atau che rosli tapi semuanya berpunca dari hadi awang yang BODOH, BEBAL serta LEMBAB dapat jawatan tanpa merit. Sama macam pak lah dan najib. Meletakkan diri sebagai ketua tapi sebenarnya tidak layak adalah satu kezaliman.

Sebagaimana aku benci dengan umno, begitu jugalah aku benci pada pas yang berketuakan manusia paling bebal dalam sejarah pas.

Kalau rasa-rasa tak boleh memikul amanah... letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

walaupun saya asa tulisan Waris di atas adalah kasar dan kurang adab, tapi fakta sebenar itulah dia.

kalau tak mampu jadi ketua, letak jawatan itu lebih mulia.

Tanpa Nama berkata...

dah2 tue, gb... jangan kita nak serang pemimpin sendiri dan terus berburuk sangka.. sepatut nya, kuatkan soff.. org mcm ko gb merosakkan jemaah!! dulu suka gak ngan artikel kamu, tp sejak2 nie, riak nyer timbul konon gb tahu semua benda.. dah2 tue.. x abis2 cari salah org..

waktas berkata...

anon 2:59

aku x nampak pun gb riak...
YB yang mengaku PAKAR tu aku nam[aklah riaknya.

dan aku rasa kau ni puak UG lah sebab org UG memang x suka gb. satu lagi sifat org UH ialah bila x dapat jawab hujjah dia akan serang peribadi dan tuduh riak. dia yg perosak dia tuduh org lain. sebjik perangai UMNO. itu sebab namanya UG - "Umno Group" dalam PAS.

kenapalah ko ni ada dlm jemaah?