27 Ogo 2011

Gigit Kemaluan Isteri: Peniaga Diarah Bela Diri

Ayer Keroh - Seorang peniaga diarahkan Mahkamah Majistret di sini, semalam, membela diri 5 September depan selepas didapati bersalah kerana melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya, dua tahun lalu.

Keputusan dibuat Majistret Muzila Mohamed Arsad terhadap tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 31, selepas meneliti hujah pihak pendakwaan dan keterangan enam orang saksi yang tampil ke mahkamah.

“Saya mendapati laporan perubatan konsisten dengan keterangan mangsa yang digigit pada kemaluan.

“Oleh itu pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan tertuduh diarahkan untuk membela diri,” katanya.

Tengku Shaiful Nizam yang tidak diwakili peguam ketika di akhir kes pendakwaan memilih untuk memberi keterangan bersumpah, selain akan turut memanggil dua saksi pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Taman Melaka Baru, melakukan perbuatan itu terhadap isterinya berusia 29 tahun di rumahnya di Jalan Melaka Baru 2/3 kira-kira jam 5 pagi pada 3 Jun 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan menyatakan`mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan sah menyebabkan kecederaan atau ketakutan kematian atau kecederaan kepada isteri atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan hendaklah dipenjara maksimum lima tahun’.

Pada 8 Disember tahun lalu, Tengku Shaiful Nizam dituduh buat pertama kali dan Majistret Muhamad Hazri Hanafi membenarkan dia diikat jamin RM6,000. -SH

Ulasan GB

Berwaspada semasa menjalinkan perhubungan suami-isteri. Anda mungkin mangsa seterusnya. Mangsa kena gigit atau mangsa kena heret ke mahkamah kerana menjadi penggigit.

Bukankah di dalam Islam semua itu ada peraturannya? Bukankah sudah ada doa yang telah diajar oleh Rasulullah sebelum melayari bahtera? Walaupun boleh datang ke "kebun" dengan cara mana yang kamu suka mengapa diikut gaya Iblis dalam bersenggama?

بِسْمِ اللهِ اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.


“Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkan syaitan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.” ( HR. Al-Bukhari 6/141, Muslim 2/1028.)



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah pengaruh video lucah yang teramat mudah utk diperolehi..terutamanya internet

diod berkata...

Ini kena buktikan dalam Mahkamah depan Majistret. Ada enam orang saksi pula.