MB yakin rampas Marang
MARANG - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyuarakan keyakinannya bahawa BN akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen Marang dari tangan pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Beliau berkata, hasrat itu pasti tercapai jika masyarakat berketurunan Cina di parlimen ini dapat sama-sama membantu BN bagi memberi sokongan mereka yang tidak berbelah-bahagi dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum itu.
Menurutnya, walaupun jumlah pengundi Cina di parlimen itu adalah minoriti namun peranan serta komitmen mereka sangat penting bagi membolehkan BN merampas semula beberapa kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRU Ke-13 nanti.
“Kita mengharapkan masyarakat Tionghoa di Parlimen Marang akan memberi sokongan sepenuhnya kepada BN. Saya yakin mereka tak ada masalah untuk berbuat demikian dan Parlimen Marang tidak mustahil akan berada di tangan UMNO,” katanya.
Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian di Majlis Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Tionghoa Parlimen Marang, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Wakaf Tapai, di sini, malam kelmarin.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad dan ADUN Alur Limbat, Alias Abdullah.
Menurutnya, golongan itu yang layak mengundi di Parlimen Marang berjumlah 1,834 pengundi melibatkan 801 (Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat), 61 (DUN Bukit Payong), 104 (DUN Rhu Rendang) dan 868 orang di DUN Pengkalan Berangan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, hanya kerusi DUN Pengkalan Berangan dan DUN Alor Limbat dimenangi calon BN iaitu Datuk Yahya Khatib Mohamad dan Alias Abdullah manakala DUN Rhu Rendang, DUN Bukit Payong dan Parlimen Marang dimenangi Pas.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad berharap dengan kehadiran Menteri Besar ia mampu meraih lebih banyak sokongan golongan Tionghoa terhadap parti itu di kawasan parlimen berkenaan. -SH
Ulasan GB
Untuk tindakan PAS Terengganu.
p/s Ingat, mereka pernah memeranjatkan negara apabila calon UMNO, Datuk Abdul Rahman Bakar pernah mengalahkan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang.
Justeru itu PAS Terengganu perlu berwaspada dan bekerja lebih keras untuk pastikan kerusi presiden parti selamat dan tidak dirampas oleh UMNO BN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan