23 Okt 2015

Takiyuddin Berdusta, Ramai MP PAS Tidak Laksanakan Tanggungjawab

PAS ketepi perbezaan, undi tolak usul gantung Lim

PAS hari ini mengketepikan pergeserannya dengan DAP dan bersatu bersama pembangkang dalam undian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Gambar: Ahli-ahli Parlimen PAS yang tidak hadir/tak mengundi di Dewan Rakyat hari ini.



Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli PAS yang hadir hari ini mengundi menentang usul menggantung Lim.

"Prosiding hari ini adalah salah dari segi fakta dan undang-undang. Atas dasar itu, kami (wakil rakyat PAS) yang ada dalam Dewan hari ini menyokong menolak usul penggantungan itu.

"Bagi kami isu besar sekali adalah isu negara, bukan penghinaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen bersama-sama dengan semua pembangkang.

Antara wakil rakyat PAS yang hadir adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Turut bersama adalah bekas ahli parlimen PAS yang kini menganggotai AMANAH seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Sebelum sidang media itu, Dewan Rakyat menggantung Lim selama enam bulan kerana didakwa mempertikai integriti Pandikar melalui undi blok memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata parti itu menyokong usul membantah penggantungan Lim disebabkan pemimpin DAP itu tidak diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya.

"Kalau tengok dalam isu tuduhan fitnah ada pengecualian, sama ada ia justifikasi atau memberi komen balas, tapi Gelang Patah tidak diberi peluang untuk mengemukakan pembelaan

"Bagi kami 'natural justice' tidak ditegakkan," katanya.

Pergeseran antara PAS dan DAP menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah dan melahirkan Pakatan Harapan dengan gabungan PKR, DAP dan AMANAH - parti Islam serpihan PAS. -mk

ULASAN GB

Nampaknya Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan tidak bercakap benar mengenai pengundian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Majoriti ahli parlimen PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat sewaktu pengundian dijalankan. Cuma tiga yang hadir iaitu Takiyuddin sendiri, Idris Ahmad dan Mahfuz Omar.

Manakala 7 orang lagi dari PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat. Mereka adalah Haji Abdul Hadi Awang (Marang), Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas), Nasruddin Hassan Tantawi (Temerloh), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Izani bin Hussin (Pengkalan Chepa) dan Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus).

Dilaporkan bahawa Nik Abduh, Nasruddin Hassan Tantawi dan Mohd Khairuddin hadir di parlimen tetapi berada di cafe sewaktu pengundian dijalankan.

Lansung tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Cakap berdegar-degar tetapi kewajipan tidak dilaksanakan. Walaupun berada di blok pembangkang mereka tidak lansung ambil peduli untuk menolak usul penggantungan Lim Kit Siang. Maka adalah terlebih baik untuk mereka menyertai UMNO/BN supaya tampak lebih jelas pendirian PAS yang sebenarnya dan akan memudahkan rakyat membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Allah Maha Melihat. Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka akan dihumban keluar dari Dewan Rakyat.

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bkn kne humban keluar dewan rakyat tp kena humban dlm api neraka...

Tanpa Nama berkata...

Pengikut yang bersama pas sekarang sedang berpecah lantaran perangai buruk hadi yang tidak ketahuan. Bagus bagus. Gumbira gumbira.

Tanpa Nama berkata...

Kata Ashraf Wajdi Dusuki,anggota MP BN yg hadir ialah 97. Undi sokong 107. Memang ada MP pembangkang yg sokong usul tu. Ashraf siap ucap terima kasih kpd PAS. Lagi mau ajak PAS join PH ka?

Tanpa Nama berkata...

Hello. Hello dengar ke? Hantar tiga ekor saja. Yang lain, pegi cafe. Program memindah keluar mp2 pembangkang berjalan lancar. Speaker kita cukup2 cekap buat kerja. Kau dah boleh wirid dah 'Ikut suka akulah nak masuk ke tak nak masuk dewan. Pegi mamposlah kau lim' Ulang2 sejuta kali ye..

Wiridlah ayat2 ni. Besar pahalanya. Kan kau benci sangat dap kan? Speaker kita sedang tunggu saja mp2 pembangkang lawan cakap dia. Terus kena terajang. Skrip sudah diatur. Jangan risau. Kau wirid saja.

Bila semua mp2 celaka itu sudah kena terajang semua sekali, dewan ini kita punya. Tiap2 mp kita dah stanby macam2 usul. Nak pulun sampai 3 pagi kali ni. Cadang saja terus lulus. Cadang saja terus endorse. Las2 punya usul ialah dapat sorang rm10 juta duit petrol. Najib kekal jadi pm.

Pegi mampos semua pembangkang. Kui kui kui.

Tanpa Nama berkata...



Bahaya sungguh penyakit putar-belit ini ..

Cepat berjangkit dan bertambah ramai yang kena.

Tu lah dah kata letakkan PAS kat Blok B atau C.

Hari-hari mesti ada je benda yang nak di tipu.

Najib yang teruk tu pun PAS sokong ini kan pulak Speaker untuk Parlimen yang di tuduh diktaktor.

Tanpa Nama berkata...

Ajakan PAS ke PH kena tanya Azmin. PKR tidak belajar dari kesilapan.

Tanpa Nama berkata...

Barua nya MP Pas.

Geram GST yang dikenakan pada perkhidmatan bank.
Bayangkan Majikan kita masukkan duit gaji kena gst, kita keluar duit kita kat ATM kena gst, Kita bagi duit pada orang tua kena gst, orang tua keluar duit tu kena gst, transfer duit bagi adik belajar kena gst.
Duit yang sama pusing beribu kali kat bank keluar masuk keluar masuk dan setiap kali kena gst. Itu bukan kita berbelanja....bukan consumer tax tu. Duit kita.

Pas ini memang barua. Benda yang remeh temeh di sibukkan tak ada hasil pun. Jangan undi orang yang memperalatkan bangsa atau agama. Itulah je modal nya. Tak undi Pas pun boleh masuk syurga masing masing ada cara masuk syurga sendiri.

cikmatgelap berkata...

rakyat benar2 rasa kecewa,org2 yg berstatus alim dah jadi munafikun

Tanpa Nama berkata...

Nak minum balik rumah lah woi..perangai presiden dgn pengikut sama ajer..makan gaji buta..masalah rakyat tolak ketepi..harap kopiah jer ...akhlak tak melambangkan islam..bangang..aku dah x undi PAS dah woi..

Tanpa Nama berkata...

U help me I help U, selepas ini jika RUU hudud(?) dibentangkan sure pasti gerenti yakin semua wakil BN akan mengundi menyokong RUU tersebut, itulah kononnya jerat dipasang oleh PAS, ptuii!!!
Aku percaya PAS yang akan terjerat, ada akai ka?

Unknown berkata...

salam:
semasa berceramah di depan ahli totok!!
1.HADI: tuan-tuan , haram-hukumnya,bekerjasama dgn DAP,Mereka makan babi,mereka tolak hudud,

audion: allahhuakbar!!allahuakba!!allahuakbar!!

2.HADI:Kita menentang umno kerana mereka mengekalkan dasar penjajah,oleh itu imam yg diimami orng umno tidak shah!!sembelihan oleh orng umno haram!!

Allahuakbar!!allahuakbar!!allahuakbar!!

3.Hadi: Hudud adalah perjuangan utama kita,kita bukan nak jawatan,bukan pangkat,kita bukan nak ka putra jaya kita cuma nak cari reda allah.

audion:allahuakbar!!allahuakbar!!allahuakbar!!

Hadi: Kita kena bekerja kuat,tidak rasuah,tak ponteng,ikut ajaran rasulallah,bekerjalah seolah2 nak hidup 1000thn lagi, beribadatlah seolah2 nak mati esok.

audion:allahuakbar!allahuakbar!!allahuakbar!!

sessi interview dgn pemberita:

pemberita: Tuan guru,bagaimana agaknya kerjasama exco2 PAS dgn exco2 DAP di selangor??

HADI:kami di selangor bukan bekerjasama dgn DAP tapi cuma bersetuju sahaja.

pemberita:Apakah tindakkan tuan guru tentang hudud yg tuan guru nak bentangkan di parlimen yg dipersetujui oleh umno itu??

Hadi:Maaf no comment pada masa itu saya berada di Jepung.

pemberita: apa pandangan tuan guru,tentang hukumnya orang yg PONTENG PARLIMEN makan elaun MP??

HADI: sAYA TAK MAKAN ELAUN,Saya cuma terima elaun sahaja.

pemberita:minggu lepas tuan guru berpelokkan dgn ahli perkasa dan hari ini tuan guru menyokong president umno,apa dah jadi dgn amanat hadi 1981?

HADI:Pada masa itu anwar dalam umno,sekarang anwar tentang umno,itu sebab saya sokong umno .

REALITYNYA...PERUT PEMIMPIN PAS YG KENYANG!!HUDUD ENTAH KEMANA,PASCAI/MACAI yg berhempas pulas di internet/pasang bendera..hanya pakai KAPCAI.

seloka pas...

Abdul Said berkata...

Lagi terbukti bahawa orang yang kononnya ada ilmu ugama, berlagak alim, cakap pun pakai ana dan anta, berjubah, berserban dan berkopiah memang tidak boleh dipakai. Memutar belitkan ayat-ayat al Quran untuk menarik penyokong. Penyokong pulak bingai dan tak berilmu sudah tentu terpengaruh. Kebanyakkan pemimpin PAs ni sudah mula berasa senang duduk goyang kaki dapat elaun dan gaji. Tak payah berpeluh. Bergerak sahaja dapat duit. Sebelum jadi wakil rakyat hidup susah. Kena bagi banyak ceramah, kena buka kitab dan kena pasang kaki kat mana boleh masuk dan kat mana tak boleh pergi, kena jual macam-macam barang, kena jadi agen umrah, kena jadi agen wakaf dan sebagainya. Inilah manusia-manusia yang kita kena berhati-hati kerana bila melihat mereka ramai yang tak nampak syaitan. Rupanya syaitan boleh memaki jubah juga seperti cerita zaman dahulu!!

Tanpa Nama berkata...

Hadi munafik, ponteng parliament. Mana ruu???????

Unknown berkata...

tahniah GB. dedahkan pula MP mana yg tak sokong untuk tolak budget najib. juga yg ponteng. biar rakyat tahu.

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak percaya kat PAS lagi. Itu semua game yang mereka main nak pastikan rakyat terutama penyokong dan ahli parti bawahan keliru dan terkeliru. Sebenarnya bermain peranan akhirnya semua mengundi tertipu. Yang penting sebenarnya DUIT, KEDUDUKAN dan KUASA. Mana ada prinsip puak-puak dalam PAS tu sekarang. Sedikit demi sedikit sandiwara mereka yang berserban berjubah tersingkap sudah. Keadilan, kebenaran, hudud, Islam semua tu tipu belaka mainan di bibir saja. Yang penting perut dan bawah perut. Fulus banyak, kereta banyak, isteri banyak dan melancong pun banyak. Yang tinggal di khemah kena banjir biar mampuslah semua demi jihad fisabilillah. Mana ada akhlak geng-geng ustaz ni. Memang lagi teruk perangai mereka tu. Dapat kuasa mampuslah rakyat...boleh bunuh, kena ikut fatwa ularmak, kena berkorban....mampus kita semua mereka apa ada peduli.

Tanpa Nama berkata...

Tunggulah PAS PRU14... saya akan tolak PAS di Parlimen Pasir Puteh.. Kelantan

Tanpa Nama berkata...

Tunggulah PAS PRU14... saya akan tolak PAS di Parlimen Pasir Puteh.. Kelantan

Tanpa Nama berkata...

Mereka tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Mereka sebagai pembangkang patut menentang salah laku pemerintah bagi pihak rakyat yang mengundi mereka. Tunggu balasan dari Allah wakil rakyat yang tidak amanah.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggal belang, dan manusia mati meninggalkan nama. Namun begitu, manusia yang menjadi ahli parlimen Pas bila mati bukan meninggalkan nama yang baik tetapi sekadar meninggalkan temberang. Kewajiban ahli-ahli parlimen adalah menghadiri sidang parlimen, dan bukannya lepak-lepak di kantin parlimen dan berborak-borak membincangkan bagaimana strategi untuk membohongi rakyat.

Tahniah kepada mantan ahli-ahli Pas yang telah menyertai AMANAH yang bertanggungjawab hadir untuk memberi undi bantahan terhadap usul penggantungan YB Lim Kit Siang. Seorang peguam yang bernama Takiyudin sudah menjadi pembohong apabila menyembunyikan teman-teman MPnya yang kaki ponteng. Apakah bila sudah menjadi MP Pas, gaji buta kerana ponteng sidang parlimen itu sudah menjadi halal? Wahai ahli-ahli Pas, kalian ini bagaimana? Apakah mahu terus-terusan dibohongi oleh pemimpin kamu yang bergelar ulama, yang sering berbohong di sebalik jubah dan serban?

Tanpa Nama berkata...

Saya masih lagi ahli PAS sebab saya sayang PAS tapi tidak akan keluar pengundi selagi HADI presideng l

Tanpa Nama berkata...

alamak...dlm Parlimen nanti tak ramai yg sanggup debat dan bantah terhadap BN. Harap PAS? Hadi? Azmin?

Tanpa Nama berkata...



"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...Firman Yg"ESA
HARTA lah Punca...SYIRIK dan Murtad
HARTA "Mengikat"...Jiwa Ter SIKSA
Kerana HARTA..."Arahan" di BUAT?


Kerana HARTA..."Arahan" di LAKSANA
Ber Juta-JUTA...Sudah di TELAN
U-Turn PONTENG...Fitnah Dan AUTA
Bukti "Men-TAATI"..."Arahan" TUAN???


Berapa JUTA...Ghonimah di "UMPAN"
Semua "BUKTI"...Di "Tangan" TUAN???
TAK Akan BERANI...Melawan "ARAHAN"
Walau pon Ter PAKSA...Ber Perangai SYAITAN!?





"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...Wahyu Yg"ESA
Bahaya nya HARTA...Men-SYIRIK-kan Manusia
Apabila SYIRIK...MURTAD lah Segala nya
Tunggang TERBALIK...Rosak BINASA



Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Jangan lah Se SEKALI.. Ber Tuhankan HARTA
Jadikan lah AMANAH...Se Indah7-Ke-CINTA-an
Kelak HARTA...Kan Datang "Meng-HAMBA"....


Tanpa Nama berkata...



"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...Firman Yg"ESA
HARTA lah Punca...SYIRIK dan Murtad
HARTA "Mengikat"...Jiwa Ter SIKSA
Kerana HARTA..."Arahan" di BUAT?


Kerana HARTA..."Arahan" di LAKSANA
Ber Juta-JUTA...Sudah di TELAN
U-Turn PONTENG...Fitnah Dan AUTA
Bukti "Men-TAATI"..."Arahan" TUAN???


Berapa JUTA...Ghonimah di "UMPAN"
Semua "BUKTI"...Di "Tangan" TUAN???
TAK Akan BERANI...Melawan "ARAHAN"
Walau pon Ter PAKSA...Ber Perangai SYAITAN!?





"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...Wahyu Yg"ESA
Bahaya nya HARTA...Men-SYIRIK-kan Manusia
Apabila SYIRIK...MURTAD lah Segala nya
Tunggang TERBALIK...Rosak BINASA



Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Jangan lah Se SEKALI.. Ber Tuhankan HARTA
Jadikan lah AMANAH...Se Indah7-Ke-CINTA-an
Kelak HARTA...Kan Datang "Meng-HAMBA"....


Tanpa Nama berkata...

Ya Allah jika hari ini jika ada pemimpin PAS yang menyokong bajet 2016 maka terserahlah kepada Mu untuk menghukum dan melaknati mereka kerana mereka bukan lagi pemimpin kami sebaliknya menyokong pemimpin yang zalim kepada rakyat. Aminnn.

Tanpa Nama berkata...



Ada 73 golongan hanya satu golongan yang tidak masuk neraka.

Dengan perangai dan akhlak pemimpin PAS adakah golongan 73 tersebut telah menjadi 74 golongan ??

Ini baru lawan dengan kepantasan IT. Pagi membohong, petang orang dah tahu kita menipu ! Allah Maha Benar !

Tanpa Nama berkata...



Men Cari ERTI...Men Cari MAKNA
Apakah "Makna"...HARTA Dunia?
HARTA lah Punca...Segala SENGKETA
HARTA Ber-JUTA..."Meng-Goncangkan" DADA!?


Ber-JUTA di Umpan...Ber""Debar"" Ber GONCANG
Di Dalam DADA...TUHAN Pon "Tiada"
Segala "PRINSIP"...AMANAH pon Hilang
Lidah pon Ber CABANG...Mem Fitnah Ber DUSTA

"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...Firman Yg"ESA
HARTA lah Punca...SYIRIK dan Murtad
HARTA "Mengikat"...Jiwa Ter SIKSA
Kerana HARTA..."Ter-Paksa" di BUAT?


Kerana HARTA..."Arahan" di LAKSANA
Ber Juta-JUTA...Sudah di TELAN
U-Turn PONTENG...Fitnah Dan AUTA
Bukti "Men-TAATI"..."Arahan" TUAN???


Berapa JUTA...Ghonimah di "UMPAN"
Semua "BUKTI"...Di "Tangan" TUAN???
TAK Akan BERANI...Melawan "ARAHAN"
Walau pon Ter PAKSA..."Ber-Akidah SYAITAN"!?






"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...Wahyu Yg"ESA
Bahaya nya HARTA...Men-SYIRIK-kan Manusia
Apabila SYIRIK...MURTAD lah Segala nya
Tunggang TERBALIK...Rosak BINASA



Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Jangan lah Se SEKALI.. Ber Tuhankan HARTA
Jadikan lah AMANAH...Se Indah7-Ke-CINTA-an
Kelak HARTA...Kan Datang "Meng-HAMBA"....


Bila HARTA...Datang "Meng-Hamba"..
Simpati Empati...Kaseh Mem-BERI
SELFLESS..AMANAH..Peng-Abdi Yg"ESA
Agungan Nya..CINTA..Kaseh..ABADI

Saiful berkata...

7 jahanam...haram jadah...mkn gaji haram..

Saiful berkata...

Undi tak undi cerita len...masuk dewan kena masuk..gwa akan baling teluq busuk kalu mai dok ceramah kot belah ni..

Tanpa Nama berkata...

Ambo Penyokong Pas pengundi DUN Kota lama Parlimen Kota Bharu.Ambo kenal benar Takiyudin{Taki}.Rumah ambo belakang pasar berek 12.Ambo rasa amat rugi undi dia dulu.Rupanya dia juga kaki caprak.Takleh wat kiro.PRU 14 ni ambo dan puak2 ambo tak akan undi dah dia{PAS}.

Tanpa Nama berkata...

Zaman berzaman ada alim ulamak yang tidak bertanggungjawap. Ramai iman2 yang disiksa kerajaan kerana adanya ulamak kelas duniawi. Iman Nawawi, Iman Malek, Inbu Tarmiyah dll adalah mangsa ulamak2 kelas duniawi ni. Ilmu mereka setanding tetapi sifat ego macam firaun, gila kuasa seperti Namrud dan tamak haloba seperti Qarun merancuni jiwa mereka. Pelbagai alasan diberi, kata ikut sunnah tetapi berapa orang yg nak ikut Rasulullah dan sahabat yang zuhud. Zahirnya alim tetapi hati telah diterbalikan. Bukan mereka tak tahu tapi nafsu mengatasinya. Tetapi masih ada rakyat marhean yang percaya kepada mereka. Masyallah.

Tanpa Nama berkata...

Kalu Amanah tak tanding, kena ada calon bebas Amanah friendly tanding kat semua kaw. Undi calon bebas

Tanpa Nama berkata...

Aku nak cadangkan supaya admin tukar jela nama blog ni drpd greenboc kpd orangeboc selari dan sepadan dgn parti amanah... ke guane?

Unknown berkata...

Ambo juga pengundi di dun salor parlimen k kerian, seramai 5 orng ahli keluarga ambo akan menolak pascai hatta husam sendiri kekal di tmp lama.

Tanpa Nama berkata...

Memang barua, parti barua Tikam tahan tipu rakyat ambil gaji haram!