28 Jul 2011

Majnun Yang Masih Tergilakan Laila

Usaha tiga tahun gagal, Umno masih harapkan kerjasama PAS

SHAH ALAM, 28 Julai — Meskipun usaha tiga tahun masih belum berjaya, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan kali ini.

“Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan,” katanya dipetik Bernama Online.

Umno mengusahakan perbincangan dengan PAS sejak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Terdahulu Ahmad menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di sini malam tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.

“Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini,” katanya.

Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosioekonomi mereka.

Laporan media menyebut kepimpinan Umno dan PAS telah mengadakan pertemuan ke arah kerjasama mereka pada 24 Disember lalu.

PAS sudah banyak mengesahkan ia akan meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP menerusi perikatan Pakatan Rakyat.

Pendirian itu turut ditekankan ketika Muktamar PAS awal bulan lalu. -TMI


Kisah Majnun Yang Tergilakan Laila

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.

"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.

"Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.

"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.

"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.

"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir,"
katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu. -ulangsiar dari SINI


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ubah perangai yg buruk tu barule boleh dibincangkan..tapi sana sini semua dah tahu perangai buruk keturunan umno...yang tak akan berubah2

Tanpa Nama berkata...

umno semakin takut dgn bayang2.. semakin merasa yg rakyat sudah mulai membenci puak2 umno... maka mulalah merayu2 agar pas bekerjasama dengan mereka... mempergunakan islam... kononnya.. sempena bulan ramadan... kalau betul umno nak bekerjasama dengan pas... mari kita sama2 cabar umno agar menerima hukum hudud... kalau tak mahu terima hukum hudud... katakan pada umno.. boleh belah....

Tanpa Nama berkata...

tok guru nik aziz meletak asas yang sangat kukuh sebagai syarat untok umno bersatu dengan pas, umno melayu mengaku islam pas juga melayu islam maka marilah umno dan pas kita bersatu atas dasar islam, apa yang menjadi masaalah umno takut dengan dasar islam inilah pekara yang sangat pelek berlaku keatas orang islam yang menyertai united malays nation organisition.