28 Jul 2011

PAS Dedah Nama Daftar Pemilih Bertindih

PAS hari ini terus mendedahkan bukti pertindihan nama daftar pemilih dalam data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara tersebut sekaligus mempertikaikan kesediaan suruhanjaya itu untuk melaksanakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang seperti yang diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof minggu lalu.

Dalam kenyataan media oleh Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat menyertakan senarai tiga nama daftar pemilih yang dikesan bertindih dengan membolehkan mereka mengundi lebih daripada sekali.

Contohnya semakan keatas seorang anggota polis yang memegang kad pengenalan polis dan biasa dalam laman web SPR didaftarkan di dua alamat berasingan.

Malah individu tersebut layak mengundi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan di sebuah sekolah di Kampung Tok Busah, Kedah.

Individu kedua seorang wanita berbangsa India yang berkelayakan untuk mengundi di dua kawasan parlimen iaitu Alor Setar dan Merbok di Kedah manakala individu ketiga seorang lelaki berbangsa Melayu layak mengundi di parlimen Alor Setar dan Sungai Petani.

Dalam sebuah forum "Apa Selepas 9 Julai" anjuran Sinar Harian semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan cadangan perlaksanaan sistem biometri untuk pilihan raya masih di peringkat kajian.

Sistem yang belum pernah dilaksanakan mana-mana negara itu mendapat kritikan pelbagai pihak selain mempertikaikan intergriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menjadi semak imbang senarai nama daftar pemilih.

Cadangan tersebut disokong oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga yang juga panel dalam forum itu namun menggesa agar suruhanjaya itu membuktikan bahawa sistem tersebut bebas daripada sebarang bentuk manipulasi.

Sekiranya gagal maka Ambiga menyarankan agar SPR menerima pakai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Suhaizan berkata sehingga kini Pas telah mengemukakan sebanyak 253 senarai pengundi pos yang bertindan.

Menurutnya perkara tersebut telah dikesan sejak tahun 2008 namun sehingga ke hari ini masih tidak berlaku sebarang perubahan dalam data tersebut walaupun SPR telah berjanji untuk menanganinya.

"Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia. Saya mempunyai terlalu banyak bukti pertindanan ini. Dalam kenyataan Dato Wan Ahmad kepada The Star pada 24hb Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah," ujar beliau.

Justeru, Suhaizan menyifatkan SPR belum bersedia untuk bertindak sebagai suruhanjaya bebas sekaligus mengasingkan diri daripada cengkaman kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN). -tvsnews



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jiran saya tentera (kagat) mengundi pos sekali,,,,kemudian pi Parlimen Kuala Kedah...nama dia ada...tunggu nak mengundi kali kedua... tu kes yang betul....berani sumpah lagi

Tanpa Nama berkata...

Sistem biometrik tu konon canggih.Ia canggih sebab boleh digunakan untuk meluluskan pengundi hantu dan PATI.Ia canggih sebab kontrek membekalkan sistem ini sudah dapat pada kroni,wang tambahan persediaan PRU UMNO.Ia canggih sebab wakil parti yang bertanding(pembangkang) boleh ditipu dipusat mengundi sebab depa tak faham sistem ini.Sistem baru ni akan melambatkan "pengesahan pengundi" dan munkin masa untuk mengundi akan ditambah hingga jam 7 atau 8 malam - peluang untuk pengundi hantu bertukar tempat untuk mengundi.Ada faham.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya pembangkang minta pada agong supaya SPR dibubarkan, semua pengurusan SPR melepaskan jawatan. Kemudian buat satu jawatankuasa penubuhan SPR versi baharu yg bebas. baru boleh bersihkan database hantu.

Paling mudah ikut saja cara SPR thailand berkerja. SPR thailand betul-betul bebas dan merdeka. Perdana menteri thailand hanya akan dilantik bulan depan.