28 Jul 2011

Najib, Bukan Saja SPRM, Polis Lagi Teruk Salahguna Kuasa!

Kes Teoh: Najib setuju SPRM tak wajar guna kuasa sembarangan

PUTRAJAYA, 27 Julai – Datuk Seri Najib Razak kelihatan bersetuju dengan syor-syor agar kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikaji semula sambil berkata, agensi itu tidak perlu berada dalam kedudukan ia boleh menggunakan skop kuasa secara sewenang-wenangnya.

Pendirian ini dikeluarkan susulan laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock di premis SPRM dua tahun lalu.

“Kami tidak mahu mereka salah guna kuasa... sudah tentu. Mereka tidak harus berada dalam kedudukan di mana mereka boleh menggunakan kuasa tanpa mengira kira kepentingan awam,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun perdana menteri tidak menyatakan dengan terperinci sama ada kerajaan akan melihat untuk mengawal kuasa SPRM.

Bagaimanapun katanya, langkah sedang diambil untuk memperbaiki kaedah-kaedah soal siasat SPRM.

Ahad lalu, Putrajaya memperakui Teoh, bekas setiausaha politik, tidak mati dua tahun lalu jika SPRM mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian.

Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.

“Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan,” kata Nazri sambil menambah, “saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja.”

“Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu,” katanya lagi.

Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan.

“Ikut dan contohilah mereka,” kata beliau.

Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa.

Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. -TMI



Ulasan GB

Dari awal kes Teog Beng Hock dahulu kita telah menyatakan bahawa wujudnya pegawai-pegawai SPRM yang betaraf binatang, menyalahgunakan kuasa untuk pangkat, harta dan menganiayakan orang-orang yang disasat.

Kerajaan pada masa itu cepat menafikannya.

Inkues tidak berjaya mengesannya lantaran institusi kehakiman negara yang masih penuh dengan hakim-hakim yang korup, tetapi Suruhanjaya Diraja membuktikan persepsi rakyat itu adalah BENAR. Bahawa terdapat pegawai SPRM yang memang angkuh, menyalahgunakan kuasa dan berdusta semasa memberi keterangan, bukan sahaja di mahkamah tetapi di depan Suruhanjaya sendiri.

Tindakan melampau SPRM dikatakan sebagai punca Teoh membunuh diri.

Dan kini Najib sendiri mengakui bahawa tidak wajar "agensi itu tidak perlu berada dalam kedudukan ia boleh menggunakan skop kuasa secara sewenang-wenangnya."

Begitu jugalah agensi lain seperti PDRM. Kini rakyat berpersepsi bahawa polis berlaku zalim dan bertindak ganas terhadap rakyat. Polis menafikan, siap keluarkan video versi mereka nak tunjukkan betapa baik dan wanginya tindakan PDRM. Kerajaan beriya-iya membela mereka.

Suruhanjaya tidak ditubuhkan. GB yakin, andaikata Suruhanjaya ditubuhkan, dan penemuan nanti membuktikan PDRM juga angkuh dan menyalahgunakan kuasa. Apakah kata Najib dan kerajaannya ketika itu?

Justeru itu, tubuhkan segera Suruhanjaya Diraja Siasatan Terhadap Keganasan Polis!

Rakyat tidak samasekali akan lepaskan polis-polis yang kejam, zalim & pendusta itu.


Tiada ulasan: