28 Jul 2011

Saya Ada Hak Untuk Temui PM. Demi Rakyat, Saya Mahu PM Letak Jawatan

Mohd Fareez: Saya bukan teroris

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam yang ditahan polis ketika majlis pelancaran pengibaran bendera Jalur Gemilang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan beliau ada hak untuk berjumpa dan menegur perdana menteri.

“Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat.

Demi rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi rakyat, saya mahu PM letak jawatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau bersama enam ahli AMK yang lain ditahan di KL Sentral semalam kerana dikatakan cuba menyampaikan memorandum kepada Najib.

Bagaimanapun, Mohd Fareez menegaskan beliau bukan seorang teroris.

“Dear PM, my name is Fareez. And I’m not a terrorist.”

“Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan mensabotaj program edaran Jalur Gemilang.

Tentera upahan Umno

“Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu mencedera dan membunuh Perdana Menteri hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM).

“Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hattaPapa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidak mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

“Maka, demi memelihara keselamatan PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan mencabar kesabaran rakyat lagi,” katanya.

Mohd Fareez berkata, penahanan semalam juga menggambarkan seolah-olah beliau dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini.

“Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya,” tambahnya. -FMT



2 ulasan:

ANAK JAWA berkata...

PM, YG paling bodoh ,bukan dia tak tahu apa yg terjadi disebelah. Kalau dia seorg pm yg gentlement sepatutnya dia bolih memberi respon, bukan buat bodoh mcm takda apa yg berlaku. mengapa dia begitu takut bukan org nak pukul dia aku rasa telor najib dah hilang dik takut yg teramat.

Tanpa Nama berkata...

tabik la aku kat brader ni....bn akan jatuh dgn kuasa rakyat dan dengan izin Allah S.W.T.