19 Jul 2011

Mencabar Tuhan Di Bulan Ramadhan, BN Melaka Menuju Kebinasaan

PAS malu Melaka restui operasi dilanjut

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidik berkata, kerajaan BN Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut berasa malu kerana merestui keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di negeri itu sehingga jam 3 pagi.

Mengulas langkah yang diambil kerajaan negeri Kedah, beliau berkata, sebaik-baiknya keputusan yang dilaksanakan kerajaan PAS Kedah dapat dicontohi negeri Melaka bagi memastikan pusat hiburan tidak dikunjungi orang Islam.

Beliau percaya kakitangan penguatkuasa 'tidak terkejar' untuk memantau semua pusat hiburan dalam satu-satu masa pada Ramadan khasnya.

“Cadangan ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di Melaka supaya dapat mengekang masyarakat Islam terus terjerumus dengan keadaan mungkar ini apatah lagi dalam bulan mulia.

“Saya turut berasa malu apabila bangsa lain turut tidak bersetuju dengan tempoh operasi pusat hiburan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi kerana boeh meningkatkan gejala maksiat dan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tiada isu terpaksa tunduk kepada rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat berkaitan pengoperasian pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan.

Jelasnya, Islam adalah agama yang bertoleransi dengan penganut agama lain khasnya keadaan negara yang didiami dengan rakyat berbilang kaum.

“Kebenaran kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa adalah hasil perjumpaan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan pengusaha dan beberapa syarat sudah ditetapkan.

“Kerajaan bertegas akan menarik balik lesen perniagaan sekiranya pengusaha gagal mengawal kemasukan orang Islam ke pusat itu pada Ramadan.

“Isunya bukan kita tunduk kepada DAP tetapi hak penganut lain harus dihormati dan keputusan yang dilaksanakan ini adalah demi kebaikan semua pihak,” katanya.



Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan


Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya. -mk


Ulasan GB

Motif KM Melaka melanjutkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi mudah dibaca.

Ia kononnya cuba menunjuk menonjolkan dankan Melaka lebih liberal dari Kedah - tetapi disebaliknya tindakan KM Melaka itu sebenarnya satu tempelakan kepada perintah Allah s.w.t. yang telah mewajibkan umat Islam berpuasa.

Namun golongan UMNO sekalipun mengaku Islam, menganggap puasa hanya sebagai satu ibadah ritual semata-mata. Tiada apa hikmah yang dipelajari dari suruhan Allah s.w.t. tersebut, lantas itu pemimpinnya lansung tidak memperdulikan untuk menghayati maksud "berpuasa" di dalam ertikata yang sebenar.

Bagi yang memahami, kesan daripada tindakan kerajaan negeri Melaka itu amat membimbangkan ummah kerana hadith Nabi berbunyi:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll

Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.

Firman Allah SWT di surah al-Maidah ayat 54 hingga 56

"Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela, itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolong mereka, maka sesuangguhnya HIZBULLAH itulah yang pasti menang."

Dan Allah s.w.t. telah berjanji di dalam Al Quran melalui firmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi ini kepada hamba-Ku yang soleh." (Al-Anbiya: 105)


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kerajaan melaka mencari celaka di bulan ramadhan. melaka boleh ali ketam batu boleeeeeeeh blahhhh

wonderpet berkata...

Hormatilah bulan RAMADHAN yang mulia...Hentikan atau kurangkan segala bentuk hiburan yang mana lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikkan.....