19 Jul 2011

IKIM Yang Sepatutnya Keluar Dari Kepompong Remeh Temeh

Ikim: Pedulikan yang remeh-temeh

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan (gambar) berkata di sebalik isu larangan operasi pusat hiburan pada Ramadan di Kedah, umat Islam patut menumpukan perkara yang lebih besar.

"Senario kita adalah menumpukan kepada perpaduan untuk majukan negara kita. Cabaran luar negara terlalu banyak, soal ekonomi.

"Soal ekonomi yang merisaukan saya sebagai seorang ahli ekonomi. Kita jangan buang masa terhadap perkara-perkara yang remeh-temeh, mari kita teruskan (usaha) untuk membina negara kita," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Menurutnya, Ramadan bulan yang sangat mulia dan istimewa untuk meningkatkan spiritual umat Islam dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat berbilang agama.

"Jadi sudah pastilah, hak agama itu... mengapa kita nak menafikan, tetapi kita mestilah hormat-menghormati (antara satu sama lain)," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas secara terperinci mengenai keputusan kerajaan Kedah berhubung isu larangan kepada pusat hiburan kepada umat Islam dalam bulan Ramadan.

Gesa ulama kuasai realiti semasa

Bagaimanapun, beliau memberi contoh, sekiranya menetap berdekatan gereja, beliau tidak boleh memainkan musik yang kuat pada hari Ahad sebagai menghormati ibadat penganut Kristian pada hari tersebut.

"Kalau nak main musik kuat, pergi tempat lainlah," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin, masyarakat bukan Islam yang telah lama menetap di Malaysia memahami dan menghormati dengan masyarakat Islam.

Sementara itu, Nik Mustapha juga menggesa ulama dan pemikir Islam menguasai suasana dan realiti semasa, khususnya dalam bidang sistem kewangan Islam di samping menguasai ilmu al-Quran.

"Apa yang berlaku di Amerika, India, China dan Asean akan mempengaruhi di sini. Mengambil panduan al-Quran dan mengambil kira keadaan semasa, dan kita (boleh) gubal dasar.

"Kita mesti menguasai perjalanan sistem semasa, baru kita boleh mengeluarkan ijtihad dan mengeluarkan pandangan.

"Kita tidak boleh teknikal, mekanikal begitu (dengan merujuk) tulisan-tulisan (semata-mata)," katanya di seminar "Al-Quran dan cabaran pluralisme agama: Pengajaran masa lalu, keperihalan semasa dan hala tuju masa depan" di Institut Ikim.

Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan dalam program itu.

Ulasan GB

Apa yang sebenarnya yang remeh temeh?

IKIM yang sepatutnya keluar dari kepompong yang remeh temeh.

Soal hedonisma yang melanda negara ekoran dari sistem jahiliyah moden yang dijalankan oleh pemerintah bukan isu yang remeh temeh.

Tuntutan untuk dibersihkan sistem pilihanraya di dalam memilih pemimpin dan pemerintah negara bukan isu yang remeh temeh.

Keganasan polis yang terpapar untuk satu dunia melihat baru-baru ini bukan isu yang remeh temeh.

Soal ekonomi yang tersangat dipentingkan oleh IKIM rupa-rupanya. Sedangkan ianya telah dijawab oleh Allah s.w.t. firmanNya:

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَن نَّصْبِرَ عَلَىَ طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنبِتُ الأَرْضُ مِن بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ اهْبِطُواْ مِصْراً فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَآؤُوْاْ بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak sabar dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan kacang dalnya, serta bawang merahnya. Nabi Musa menjawab: Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu. Dan ditimpakan ke atas mereka kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu'jizat-mu'jizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Surah Al-Baqarah : 61


Tiada ulasan: