19 Jul 2011

Ibrahim Ali Sendiri Taja Anugerah Guna Namanya Untuk Raih Publisiti

Anugerah Ibrahim Ali dibidas pelbagai pihak

Tindakan UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dibidas pelbagai pihak.

Penubuhan anugerah itu datang daripada Datuk Ibrahim Ali sendiri dan hadiahnya juga ditaja oleh presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA itu. Ia dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak)

Ahli parlimen Pasir Mas itu juga adalah bekas pelajar UiTM dan menuntut dari tahun 1971 hingga 1974.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang pernah menjadi pensyarah di UiTM terdapat ramai lagi pemimpin yang jasa mereka lebih besar.

“Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily semalam.

Ketua Penerangan PAS itu berkata anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal,” katanya.

Berkongsi pendapat yang sama adalah setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang kecewa dengan keputusan UiTM.

Katanya, Ibrahim tidak layak mendapat pengiktirafan seumpama itu.

“Ibrahim adalah individu kontroversi. Tindakannya dan kenyataannya gagal menyatukan masyarakat. Sebaliknya menjejaskan pembangunan negara dan perpaduan dan tidak harus dijadikan teladan bagi orang lain,” katanya dalam satu kenyataan. -mk



Khalid : Siapa Ibrahim Ali Mahu Jadi Ikon?

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad melahirkan kebimbangannya berhubung pembudayaan yang akan dibawa masuk ke dalam sebuah universiti tempatan dengan membuka pencalonan Anugerah Ibrahim Ali.

Ini kerana menurut Khalid, seseorang yang bergelar ikon haruslah memiliki kelayakan dan disanjung tinggi keperibadiannya.

Namun menurut beliau, ciri-ciri itu tidak ada pada Ibrahim Ali ekoran pelbagai sikap dan pendirian beliau yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini.

"Nampak betapa rosak dan songsangnya pandangan terhadap konsep kepimpinan.. betapa bercelarunya sehingga dia boleh menganggap diri dia (Ibrahim Ali) sebagai contoh kepimpinan dan layak untuk memberikan Anugerah Kepimpinan kepada mahasiswa di UiTM,"kata Khalid kepada Tv Selangor.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)itu bukanlah nama yang asing lagi dalam arena politik negara.

Malah tindak-tanduk beliau mempertahankan institusi Melayu kerap kali diragui dan bercanggah dengan perjuangan masyarakat Melayu sendiri.

Terbaru, beliau dengan angkuh mengatakan akan membawa 15 ribu ahli Perkasa turun di jalanan menentang Bersih 2.0, namun membatalkannya di saat akhir.

Malah Ibrahim terdahulu mengugut kaum Cina supaya tidak menyertai perhimpunan itu dan mahu mereka tinggal di dalam rumah di samping menyediakan stok makanan kerana "apa sahaja boleh berlaku" pada Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan," beliau dipetik sebagai berkata.

Malah Ibrahim juga sebelum itu mencabar akan melancarkan perang salib terhadap penganut Kristian yang mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini walhal Islam merupakan agama yang cintakan keamanan dan menegah umatnya melakukan kehancuran.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak Mei lalu, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam” hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia yang tidak terbukti kesahihannya.

Malah Utusan juga ketika itu hanya memetik penulis blog sahaja.

Perbuatan Ibrahim itu mendapat kritikan keras banyak pihak termasuk pimpinan dalam seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
.

Mengulas lanjut mengenai anugerah itu, Khalid juga berpendapat, pihak pengurusan dan pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UitM) meremehkan status ikon yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa di institusi terbabit.

UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Butiran terperinci mengenai anugerah berkenaan telah dimuat turun oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM di laman webnya.

Jelas Khalid, tindakan UiTM menerima tawaran Ibrahim itu sekaligus bercanggah dengan visi institusi pendidikan itu sendiri yang mahu menjadikan UiTM sebuah universiti unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

"Jenis pengurusan dan pentadbiran universiti yang ditugaskan untuk mencorakkan pelajar Bumiputera dan boleh terima tawaran sebegitu, maka mereka akan merosakkan pemikiran anak-anak Bumiputera kita ini,"ujar beliau.

"Inilah yang dikatakan merosakkan orang Melayu (itu) adalah (kerja) Umno-BN, kerana UiTM pun kita tahu, pihak pengurusan terbabit adalah pilihan Umno itu sendiri. Inilah usaha yang mahu merosakkan orang Melayu sehingga tiada contoh yang baik untuk diikuti dan mahukan seperti Ibrahim Ali,"tambah beliau lagi.

Katanya, tidak salah pihak pengurusan UiTM untuk menerima sumbangan yang diberi Presiden Perkasa itu namun tidak perlulah untuk mewujudkan anugerah kepimpinan Ibrahim ali.

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya. -tvsnews



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar nya... menunjukkan universiti itu tidak ada kredibiliti cemerlang yang patut diberi sanjungan.

Pentadbiran UiTM dilihat tidak matang mewujudkan suatu anugerah yang melibatkan seseorang yang tidak berwibawa malah penuh kontrovesi.

Benarkah Ibrahim Ali telah memartabatkan bangsa melayu sehingga UiTM begitu beriya-iya mewujudkan anugerah yang berkait dengan Ibrahim Ali?

Kalau dirujuk secara rawak pun Ibrahim Ali langsung tidak layak diketengahkan sebagai bangsa melayu yang bermoral.

Sikap yang dilihat hanyalah cakap besar, bodoh, pengecut dan tidak berwawasan menjadikan dia sebagai ahli parlimen sama tarafnya dengan Mohd. Najib iaitu cakap tak serupa bikin.

Jika diteruskan penubuhan anugerah tersebut menunjukkan bahawa UiTM adalah sebuah university low class ciptaan UMNO Baru mengajar anak bangsa melayu jadi bodoh, bangang, rasis sama tarafnya seperti Ibrahim Ali.

Waris berkata...

Ya Ampooon!!! Apa teruk sangat universiti kat mesia ni? Tak de orang lain ke nak ditonjolkan?

Lagi baik bagi anugerah ayahanda pekida daripada anugerah mamat lahanat ni... oppps!!! silap...

Ada ke ayahanda pekida pernah belajar kat uitm? Setahu aku ayahanda pekida ni banyak yang keluar dari hutan tanpa pelajaran. Junjung al_Quran merata tapi bacanya tidak. Sebab tu selayaknya jadi kepala SAMSENG je... atau jadi TARZAN... kah kah kah

Buat malu uitm je. Nasib baik aku bekas student ITM bukan uitm.

Terimalah realiti ini...

Tanpa Nama berkata...

buat malu bangsa nya kamu ni katak ooi....

Tanpa Nama berkata...

Kawe stuju sangat-sangat dgn. demo kata ko Brehin lagu tu ,stujuuuuuu, angkat tangan slalu...

waksab berkata...

Anugerah ini jika diwujudkan hnaya untuk membanggakan diri sahaja kerana umum mengetahui Uitm bukanlah Universiti terbaik dirantau ini.Jika ada pelajar yang mendapat anugerah ini pasti akan mendapat malu kerana siapalah Ibrahim Ali,sedangkan Sultan Kelantan telah menolaknya apatah lagi rakyat yanh mengetahui feel dan sikap munafik beliau ini.

http://waksab.blogspot.com

1 Malaysia berkata...

Anugerah katak puru .....

hairan berkata...

hahahaha

hahahahaha

hahahahahaha

(terguling2... inilah jantan melayu malaya terakhir... berani... tegas... kuat... molot celupar dan kuat mencarut!!!)

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah kah...sendiri masuk dlm timba, mau angkat itu timba. sendiri bikin anugerah sendiri juga dapat anugerah...apa punya katak la hg nie brahim. jenih tadak maruah muka katak. species ni ada kat pasir mas ja dlm dunia nie.