7 Jun 2011

Tulang Tangan Shahir Retak, Jatuh Bilik Air

Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Ahmad kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.

"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.

Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon. -mstar

Ulasan GB

Musibah atau ujian itu juga adalah "seorang guru" untuk kita ambil pelajaran daripadanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau UMNO buat pemilihan sekarang, bukan setakat retak, mau hancur lebur, kalau berani UMNO buatlah pemilihan, buat apa tangguh-tangguh, tak macam PAS dan PKR, wallahualam

Tanpa Nama berkata...

kemenangannya dalam AF diatas undi dari Melayu bodoh melalui SMS dikenakan bayaran RM, UMNO tahu rakyat gulungan muda di perbodohkan oleh astro.
UMNO membisu.

Tanpa Nama berkata...

GB,
Artis standard ni tak payahlah masuk berita.Tulang tangan retak aje bukan mati pun.GB jagalah standard sikit.

Unknown berkata...

kdg2 benda yg nmpk picisan tetapi mempunyai iktibar yg perlu diambil terutama apabila kita berdakwah, kita jgn lupa kepada kumpulan remaja. Shahir adalah ikon dan pujaan remaja.

Tugas kita ialah menarik minat remaja utk membaca kemudian bersama kita.

Kita berdakwah sepertimana diarahkan Allah dan RasulNya iaitu "bil-hikmah" dan kita berbicara dgn mad'u mengikut kemampuan akal mereka.

GB insyaAllah, boleh berbicara dgn sesiapa juga dgn topik apa pun mereka suka, dari Professor2 di menara gading sehinggalah anak-anak di PASTI. Bukankah itu contoh yg Rasulullah beri sebagai uswatun-hasanah sehingga akhirnya dakwah baginda diterima semua?

Maka dengan sebab itu, topik Shahir AF pun ada walaupun GB tak menonton pun AF itu!

Doakan GB.