Puchong: Seorang lelaki dibunuh kejam dengan kepalanya ditetak berkali-kali di bahagian kepala dan badan sebelum mayatnya dicampak di Sungai Klang berdekatan Lebuhraya Kesas di Taman Kinrara Sekyen 1 di sini.
Mayat mangsa yang sudah menggelembung dipercayai sudah tiga hari berada dalam sungai ditemui orang awam yang kebetulan ke tebing sungai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Abd Razak Elias berkata, polis menerima panggilan kira-kira jam 6 petang sebelum sepasukan polis ke tempat kejadian dan mendapati mayat tersangkut di tepi batu sungai.
“Berdasarkan keadaan mangsa, kita percaya dia sudah dibunuh tiga hari lalu di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dan dihanyutkan di sungai Klang.
“Hasil pemeriksaan polis forensik mendapati luka di kepala dan badan akibat ditetak dengan menggunakan objek tajam,” katanya.
Abd Razak berkata, mangsa dikenali sebagai Radze Haron, 45, berasal dari MR 14 A, Kampung Paya Pulai, Temerloh, Pahang.
Beliau berkata, dompet duit mangsa ditemui bersamanya dengan sejumlah wang tunai, Mykad, lesen memandu dan kad mesin juruwang otomatik (ATM).
“Kita meminta ahli keluarga mangsa supaya dapat berhubung dengan polis untuk mengecam mayatnya. Ketika ditemui dia memakai t-shirt dan seluar jeans berwarna gelap.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. -SH

5 ulasan:
Kata indeks jenayah negara telah berkurangan. Macam mana rakyat nak percaya jika hari2 ada kes sebegini.
manusia semakin kejam..
Wahai kembara putih...........
Apa pulak setiap hari nye kan mayat tu dah tiga hari terendam bukannya today.
man padang besag tak kira bukan today kah apa tapi yang pasti ianya kejam dan today pun mungkin ada tapi belum dilapor.inilah malaysiaku yang aman, selamat..
ini yang dikatakan kerajaan UMNO indek jenayah menurun, kalau nak tipu, jangan sampai anggap orang melayu terlalu bodoh
Catat Ulasan