7 Jun 2011

Penghinaan Mahathir Terhadap Hukum Islam Lebih Dasyat Dari Karpal Singh

PAS: ‘Kalah puak ulama, menang puak kopiah hitam’, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu, dilihat sebagai pertembungan kumpulan ulama dan profesional, adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.

Dengan nada menyindir, bekas perdana menteri berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

“Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya.

“Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama,” kata beliau dengan merujuk kepada ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lalu, menekankan bahawa PAS akan berjuang untuk negara berkebajikan.

Ucapan Hadi bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

“Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS iaitu mendiri negara Islam.

“Dengan begitu mudah asas ini digugurkan,” kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

“Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh,” katanya lagi.

Anwar, yang dipecat Dr Mahathir pada September 1998, kini mengetuai Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57, Ahli Parlimen Marang ini berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

“Contohnya dengan mewajibkan bayaran zakat kepada orang Islam, dan cukai kepada bukan Islam dengan kadar kemampuan dan galakan yang meningkatkan produktiviti pendapatan mereka.

“Kerajaan juga tidak boleh menyekat kekayaan yang halal, tidak menipu, tidak menindas dan tidak rasuah,” katanya.

Hadi menjelaskan, PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

“PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara,” kata beliau lagi.

Bekas menteri besar Terengganu ini berkata, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan.

“Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga pernah dilaksanakan di negeri yang kita perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh rukun hidup rakyat,” katanya.

“Kita telah membuktikan kemampuan memerintah selama dua puluh tahun di Kelantan dan di negeri lain, dengan kadar hasil yang tidak boleh difikir mampu oleh mereka yang berfahaman kebendaan.

“Apatah lagi kini kita tentunya lebih yakin berkemampuan kerana hasil dan sumber negara tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah,” kata beliau lagi.

Kata Hadi, negara berkebajikan yang ingin dicapai bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata kerana “kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan” di sana sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat.

Oleh itu katanya, negara yang diinginkan ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat. -TMI

Ulasan GB

Awak tu baru keluar hospital Che Det, tiba-tiba dah nak mengata terhadap PAS. Mengata pulak mengenai fakta yang salah dan merapu.

Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa yang paling ulung menentang hukum hudud di negara ini ialah kamu, Che Det. Jangan lupa tatkala kerajaan Kelantan ingin membentang hukum hudud, kamulah penentang utamanya, dengan siap memberi ugutan kepada kerajaan Kelantan ketika itu untuk diambil tindakan.

Kalaulah hendak dibangkitkan penghinaan yang Che Det lakukan terhadap Islam mungkin ruang di blog ini tidak mencukupi, lebih buruk dari yang dilakukan oleh Karpal Singh.

Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir

Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama’ Al Kabir.

Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru

Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.

Menghina Nabi Muhammad sallalhu’alihi wassalam.

Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.

Berikut ialah petikan kenyataan-kenyataan Mahathir:

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.





16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah SWT baru bagi nyawa dia balik,sudah mula meracau dan buat onar.Betul-betul haprak punya Mamak Kutty.

Tanpa Nama berkata...

Pandy Kuty punya MahaFiraun....

abu shahid berkata...

salam bro GB..

Semoga doa' dari al marhum ustaz fadzil Noor dimakbulkan Allah supaya umur mahathir dipanjangkan untuk menyaksikan kejatuhan Umno dan toghut lainnya.

wassalam..

Tanpa Nama berkata...

mahafiraun rupenya da nyayuk...

Tanpa Nama berkata...

mudah2an madey mati dalam islam, w/pun bukan sebagai muslim yg beriman.. semoga dia sempat bertaubat.. taubat nasuha..kalau tak sempat nak buat mcmana.. nasib hang laa madey oiii.

wak parjoe berkata...

Wak malas mau komen karo uwong orak warasss....

Tanpa Nama berkata...

Ia ada satu provokasi dari TDM supaya pemimpin PAS melatah. Jika pemimpin PAS melatah menggunakan bandwidth pra PRU 2004, mudahlah TDM mengeluarkan hujah balas. TDM mahu supaya Karpal Singh berpolemik dengan TGHH mengenai dokumen negara Islam seperti pra PRU 2004. Apabila polemik terjadi semula, Pakatan akan berpecah. Ahli-ahli PAS juga akan kehilangan arah. Itulah yang dimahukan oleh TDM. Sifirnya mudah, Pakatan perlu dilemahkan dengan apa cara sekalipun sebab PRU13 semakin hampir.

Provokasi lain yang lebih lemah ialah Pakatan belum menamakan siapa yang akan menjadi PM jika ia menang PRU13. Provokasi ini diutarakan oleh MCLM dan Muhyidin. Tujuannnya mudah. Apabila Pakatan menamakan calon PM, komponen pakatan mudah dilaga-lagakan. Contoh mudah ialah apabila Baru Bian dicadang sebagai KM Serawak jika Pakatan menang pilihanraya baru-baru ini. Strateginya mudah, mainkan sentimen penyokong.

Tanpa Nama berkata...

Anon 3.47, betul tu.

DM dah tua, org2 tua gitu le ..bior le.. yg penting PR kerja keras & ada wawasan yg menaikkan semangat rakyat.

Beruk Ketawa berkata...

Beritahu pada Mahathir, dalam PAS ada Ulamak, Profesional dan golongan biasa.

Siapa yang memimpin PAS samada Ulamak atau Profesional, itu tidak penting.

Agenda yang penting sekarang ialah PAS dan PR mampu menjatuhkan UMNO dalam PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

SALAM PAKATAN RAKYAT... AMIN.. SEMOGA TDM AKAN DIPANJANGKAN UMUR UNTUK MELIHAT KEKUASAAN ALLAH S.W.T
KERANA KESILAPAN LIDAH TDM...

Tanpa Nama berkata...

tidak pernahkah kamu berfikir bahawa segala apa yang terjadi di dunia nie adalah kehendak Allah...Kita bukan sapa2 untuk menghina org lain...klu korg d tempat Tun adakah korg mampu nak memimpin negara nie...sedarlah manusia hanya pandai becakap tp bila buat baru nak melatah...Ingatlah!!! segala kesenangan yg kamu ada sekarang semua adalah dari kerja keras yang Tun telah lakukan...sepatutnya kita berterima kasih bknnya memaki hamun...kalaulah politik negara ini kucar kacir...korg jgn menyesal suatu hari nanti ada di antara kita yang berbunuh sesama sendiri...so, agama dan bangsa yang lain akn senang nak jatuhkan org Melayu...INGAT!!!

Sy minta maaf klu kata2 ini ada menyinggung sapa2 kat cnie sy nakkan yg terbaik utk org Melayu....terima kasih!!!

Tanpa Nama berkata...

Mahathir sedang lihat jasanya menjahanamkan malaysia.... yang kaya kroninya, yang melarat majoriti rakyat malaysia

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH MAT SABU, DAN KEMBALINYA TGHH KELANDASAN ASAL, MEMBUATKAN MAHATHIR DAN SEKUTUNYA KELUH-KESAH

1 Malaysia berkata...

Kepada Anony June 8, 3:17 pm,

Tahniah atas kejayaan anda sebagai Melayu. Memang hang nak terbaik untuk Melayu. Tahniah.
Sayangnya AKU tak mahu Melayu jadi macam hang. AKU nak Melayu jadi Islam sejati. Orang Islam percaya bahawa rezeki tu datang dari Allah swt dan kau sebagai Melayu percaya bahawa Che Det yang memberi rezeki kat hang. Itulah beza antara orang PAS dan UMNO.
Aku sentiasa berdoa agar Che Det itu kembali ke jalan Allah swt tapi sayangnya setakat hari ini, Che Det masih lagi seperti dulu. Sentiasa bersifat munafik dan makin terserlah sejak akhir-akhir ni.

Tanpa Nama berkata...

Kpd 1 Malaysia

aq percaya ALLAH yg memberi rezeki...aq pun Islam juga wlupun aq bkn lah tinggi sgt ajaran islam mcm hang tp aq tahu lah juga baik dan buruk dlm ajaran islam.....tp adakah rezki itu turun dari langit mcm tuh je???? ALLAH lebih tahu apa yg terbaik untuk hambanya...dlm Islam ada x kita di ajar untuk memaki hamun org???...itukah islam sejati yg hang nak?????...klu nak islam sejati...tgok diri tuh dulu jgn ckp je islam tapi hati lain, perbuatan pun lain...hang doakn kat org pun mcm tak ikhlas rasa doa tuh ALLAH terima ke tak????... tepuk dada tanya la IMAN...Assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya...DrMahathir gembira kerana golongan kopiah hitam (UMNO) menang dgn golongan kopiah puteh PAS).

Semua ahli & pemimpin UMNO - dlm perhimpunan semua berkopiah hitam.

Jadi patutnye Dr Mahathir gembira kerana ideologi UMNO telah diterima PAS.

Ini tidak...dia berduka cita. Apa sebabnya ? Tujuannya ialah jika yg menang ramai golongan ustaz/ustazah, maka mudahlah di 'prasangka' kan PAS kpd bukan Islam di Malaysia dgn istilah Taliban, anti kemajuan, tiada keupayaan memimpin, tiada pandai cakap bahasa inggeris, dipakaikan dgn imej islamfobia dll.

Pemilihan PAS ini adalah satu kebijaksanaan drpd perwakilan PAS yang mendapat tarbiyah drpd ulama'.