Dakwaan Jenayah Turun Adalah Cerita Dongeng, kata Teresa
SHAH ALAM 6 JUN : Dakwaan kerajaan kononnya kadar jenayah susut 10 peratus empat bulan pertama tahun ini adalah "dongeng" kerana rakyat masih mengkhuatiri keselamatan diri, kata Exco Selangor, Teresa Kok.
Teresa berkata desakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat perlu mengubah persepsi keselamatan diri jelas menunjukkan beliau gagal memahami perasaan orang awam.
Muhyiddin membuat dakwaan kononnya jenayah susut hanya untuk mencanang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai satu kejayaan walaupun hakikat adalah sebaliknya, kata beliau.
" Kebiasaanya bila Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor dan pemimpin negara kita menggunakan statistik NKRA untuk membuktikan bahawa kadar jenayah telahpun turun orang ramai memang tidak akan percaya," teresa memberitahu TVSelangor.
"Ini kerana ramai antara mereka merupakan mangsa jenayah khususnya di kawasan-kawasan bandar. Jadi kita tak tahu macam mana polis dan NKRA perolehi data statistik sebegitu,”kata beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor.
Muhyiddin semalam dilaporkan berkata, kerajaan dan Polis mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kadar jenayah dalam membentuk keyakinan masyarakat terhadap keselamatan negara.
Beliau berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan.
Menurut beberapa pihak hakikat disebalik penurunan kadar jenayah itu adalah kurang orang melaporkan kes jenayah kerana hilang keyakinan terhadap polis.
Manakala semakin banyak penduduk kawasan perumahan mengadakan rondaan bersama untuk mengekang kecurian dan pecah masuk rumah yang semakin meningkat.
Muhyiddin bagaimanapun mendakwa kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, jenayah keseluruhan menurun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. -tvsnews

Muhyiddin: Kadar jenayah sudah menurun
KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin berkata demikian dalam satu sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kelmarin.
Katanya, secara keseluruhan kadar jenayah menurun 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini berdasarkan kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jenayah jalanan juga menurun kepada 45 peratus berbanding tahun lepas, manakala keseluruhan indeks jenayah tahun lalu pula mencatatkan penurunan 15 peratus berbanding pada 2009.
'Angka itu sudah menunjukkan kadar jenayah memang dah turun. Jadi langkah kita sekarang ini adalah bagaimana mahu perbetulkan persepsi mereka,' ujarnya.
Selain itu, kata Tan Sri Muhyiddin, kajian itu turut menunjukkan bahawa masyarakat puas hati dengan keselamatan berikutan bertambahnya kehadiran polis meningkat 20 peratus daripada 35.3 peratus pada 2009 kepada 55.8 peratus tahun lalu.
'Itu petanda yang baik tapi belum cukup kukuh dan masih ada ruang untuk kita perbaiki. Kita tahu PDRM telah pun mengatur gerak kerja seluruh negara.
'Saya percaya kalau ada kerjasama yang rapat dengan pimpinan masyarakat di peringkat PDRM dengan pasukan yang digerakkan di kawasan panas, kadar jenayah dapat diturunkan kepada peratusan yang rendah sekali,' katanya.
Tambah beliau lagi, sebagai memastikan orang ramai dapat sentiasa merasakan kehadiran dan penglibatan polis, jumlah pegawai dan anggota polis yang dikerahkan akan dipertingkatkan.
'Oleh itu, seramai 7,400 pegawai polis telah pun ditugaskan daripada 'back office' ke 'front office'. Seramai 4,013 penjawat awam pula dipindahkan balai PDRM untuk menjalankan tugas di 'back office'.
'Seramai 14,222 pegawai PDRM ditempatkan untuk tugas rondaan di 50 lokasi panas jenayah. Seramai 8,140 anggota Pasukan Gerakan Am dari PDRM turut ditugaskan memerangi jenayah di kawasan panas berdasarkan kawasan,' katanya. -- Bernama.
7 ulasan:
Wak rase ade penurunannya, Cuma kita rasa tak turun sebab adanya beberapa kes yang selalu diketengahkan tu yang nampak macam banyak jenayahnya dan tak habis-habis. Jenayah kecil tu biasa le, zaman Nabi pun ada jenayah gak. Cuma Wak harap PDRM teruskan menggempur dadah & pelacuran..... Clear dua ni rasanya aman kite.
jenayah berleluasa tiba-tiba rekod turun, kerajaan BN masih tak pandai matematik?
bila rasuah melibatkan pemimpin UMNO dibuang kes memanglah boleh turun....
helmet ku kena curi lg. kt dpn pintu umah pun diorg brani masuk..
Cik Saleha.......... kalau dah helmet tu tak dikunci, dah letak pulak bagi ruang orang nak curi, kena pulak yang mahal dok tayang pulak haa memang la ada orang curi. Jangan marah orang curi tetapi marahkan diri kita yang tidak simpan betoi-betoi. Pencuri memang kerja dia mencuri. Salahkan diri anda sendiri !
rakyat dah rasa tak selamat BN perintah, yang selamat hanya pemimpin UMNO, ganti saja dengan Pakatan Rakyat
mat padang besag...
kat mekah walaupun tengah berniaga,tiba dengar azan depa pakat tinggalkan barang2 niaga utk pegi solat..xdak sapa yg tolong jaga barang2 tu..jenayah di arab saudi 10 tahun bersamaan dengan jenayah di u.s setahun...
Catat Ulasan