8 Jun 2011

Kedah Ada Bijih Besi Sebagai Sumber Alam Terbaru

Bijih Besi Sumber Alam Terbaru Negeri Kedah - MB

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah telah mengenalpasti beberapa kawasan di negeri ini yang kaya dengan bijih besi yang boleh dilombong sebagai sumber pendapatan baru.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu dan Kuala Muda dikenalpasti sebagai kaya dengan sumber ini.

Beliau menambah, beberapa buah syarikat perlombongan swasta telah menyatakan minat mereka untuk menjalankan aktiviti melombong secara komersil di kawasan tersebut.

"Kesemua syarikat berkenaan adalah syarikat tempatan dan kerajaan negeri masih berbincang mengenai pelan projek perlombongan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan kereta api yang akan menghubungkan Kobah di Pendang ke Pulau Bunting.

Katanya, beberapa pelabur dari Kunming China telah menunjukkan minat untuk menjadikan Pulau Bunting sebagai pelabuhan untuk memindahkan produk mereka sebelum dieksport ke Afrika dan Australia. -mstar

Ulasan GB

Firman Allah:

"Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami (Allah) tumpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka itu mendustakan, sebab itu Kami siksa mereka dengan sebab apa yang mereka usahakan (lakukan)" (surah" al-A'raaf ayat: 96)


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hanya allah yang memberi rezeki

Tanpa Nama berkata...

Allah beri rezeki pada rakyat Malaysia TAPI UMPORNO bagi melingkup rezeki rakyat Malaysia contohnya duit UDA berbilion...sekrg dah hampir kering kontang. Jahanam UMNO....

emnoq berkata...

subhanallah....
alhamdulillah...
allahuakbar..

Tanpa Nama berkata...

baguih le tu.....alhamdulillah Rezeki mencurah2. Yang ni buat UMNO cari jalan nak rampas KEdah. Apa pun yang mereka rancang....Allah lebih baik segala Perancang...Kedah akan lebih Sejahtera selagi PR perintah. Walaupun wang melimpah ruah....amanah menjaga harta dijaga dengan baik dan telus.....selama ni umno dah perabih duit banyak untuk kayakan kroni2 umno yang memberi sumbangan untuk pilihanraya umum. OLEH ITU PIMPINAN RAKYAT HENDAKLAH SENTIASA MENJAGA AKHLAK KEPIMPINAN...

Tanpa Nama berkata...

Tu dia no. Patutla penutup longkang dan pintu pagar yang dibuat daripada besi hilang.

Sabar berkata...

assalamualaikum.saya terpandang untuk megirim sedikit pendapat di ruanggan ini.Rasa jika tersilap mohon di maafkan.

Saya telah sedikit menjelajah di kawasan persekitaran gunung jerai dan juga di kawasan perkampongan di Daerah Merbok.bahawa keujudan batu yang dahulu tiada harga.Tapi kini telah menjadi sebutan di biir setiap mulut rakyat.Terutama rakyat di Negeri Kedah Darul aman.

Cuma bagai mana kita mahu menafaatkan hasil dari Allah untuk kemakmuran rakyat di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang di di Pimpin oleh peneraju utama PAS.

Kerajaan kena berhati hari mengurus hasil bumi ini.Supaya hasil bumi ini jangan hanya di kendong oleh mereka sertahanya mahu memenuhi cita cita dan impian seorang.hasil bumi ini mesti di faraid sama rata kepada rakyat negeri Kedah.

Apa yang saya lihat pembahagian sama rata yang di canagkan oleh kerajaan terdahulu tidak menepati sasaran.kebanyakkan nya hanya di menopoli oleh mereka yang kuat berpolitik dan berkausa.Kerajaan hanya mendapat royalty dari per metrik ton hasil bumi seperti balak.bijih timah.kayu balak dan lain lain.

Sementara yang lain masuk kekantong peribadi peribadi individu.kalau dulu siapa yang menopolinya ?

dasar yang baik di laksanakan ialah.kerajaan mejemput pelabur atau pengusaha sama sama menjalankan usaha perlombongan atau perkongsian diatas segala hasil bumi terutama kawasan yang terlibat adalah hak kerajaan Negeri atau kerajaan persekutuan.Kerajaan akan memperoses dokumentasi dan meminta pelabur menyediakan modal serta kepakaran untuk melalakukan usaha kerja.

Kerajaan mengambil peratus keuntungan yang setimpal dari usaha sama itu untuk di tabungkan dalam syarikat syarikat kerajaan,Maka nya keuntungan ini dapatlah di gunakan membantu mereka yang kurang upaya dan tidak kemampuan .serta wang tersebut akan di gunakan untuk menyediakan pasarana kepada rumah rumah ibadah dan kemudahan kepada rakyat.

Bagaimana pula kerajaan untuk membantu tuan tuan punya tanah yang memiliki bijih besi.Saya cadangkan kepada kerajaan.Kerajaan menyediakan pusat membeli bijih besi.Dengan cara tersebut pengusaha akan mendapat pulangan yang lebih baik dari masa sekarang.Masa sekarang pengusaha dan tuan punya tanah hak milik terpakasa mengusahakan dengan pengusaha pengusaha yang cuba mengambil sebaik mungkin kesempatan untuk tabung dan poket sendiri.

kaedah perlombongan bijih besi amat memerlukan kepakaran.hal ini berkaitan quality serta kandungan yang perlu di teliti.kandungan menirel yang perlu di ambil kira ialah nama nama saintific seperti SULFER,PHOSPORUS.SIO2,TITANIUM,MAGGENIS dan terdapat 9 item nama saintific yang perlu di ambil kira untuk gred iron ore yang bermutu.

Permintaan di seberang laut buat masa ini amat tinggi.terutama di negara CHINA.Tambahan buat masa ini Negara CHINA telah memandang malaysia sbagai pusat utama pengeluar bijih besi selain indonesi ,filipina,Thailand,vetnam serta kemboja.disebab kan karenah biokrasi di Negara lain menyebabkan pembeli dari Negara CHINA beralih ke Negara Malaysia khursusnya di negeri pantai timur sperti Pahang dan Terangganu.

Jika kerajaan kedah melepaskan perluang yang ada buat maa ini.maka mungkin akan kerugian besar.Kerajan yang kuat adalah bergantung kepada rakyat yang kaya.jika rakyat kaya kerajaan juga akan kaya.

Saya memang memerhati halperkara bijih besi sehingga saya membagunkan laman web www.subkiarabi.com untuk hal berkaitan bijih besi.