PKR Dakwa Polis Salah Guna Kuasa
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa mempertikaikan penganjuran program yang dijalankan di Bachok, Kelantan baru-baru ini melibatkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru di seluruh Kelantan atas nama ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Pada Masa Kini’.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa, seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (gambar) telah mendedahkan isu-isu yang bukan mengenai keselamatan negara sebaliknya menyentuh mengenai video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Majlis ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
"Ia diadakan oleh Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak polis, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.
“Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan melibatkan lebih 2,000 pengetua dan guru di seluruh Kelantan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendakwa setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan lapan orang guru
Oleh itu, beliau menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan pejabat pendidikan untuk tujuan agenda politik.
“Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalannya, Datuk Khalid Abu Bakar yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara,” katanya.
Minggu lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan peranan seorang pegawai kanan polis yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah ancaman keselamatan negara
“Pegawai polis itu juga dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar sememangnya watak dalam video seks itu.
“Bagaimana seorang pegawai polis boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu sedangkan siasatan masih dijalankan oleh polis, ini satu tuduhan serius,” katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar. -mstar
PKR: Bukit Aman di sebalik kempen anti-Anwar
PKR hari ini mengemukakan beberapa keping gambar bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa Bukit Aman terbabit dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan 'pembohongan' dan 'fitnah' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan.
Pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk Umno.
Menurut Azmin (kanan), program itu - berjudul 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' - dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah.
Seramai 2,000 pegetua dan guru dikatakan terlibat.
Azmin menambah, seorang daripada penceramah merupakan pegawai polis kanan berpangkat SAC, Abdul Rahman Ismail yang merupakan ketua penolong pengarah dalam unit sekretariat dan penyelidikan Bukit Aman.
Dengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks".
"Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Umno. -mk
Ulasan GB
GB telah banyak kali mengingatkan polis supaya hentikan kerja bersekongkol dengan Datuk T tetapi kembali melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk kebenaran dan keadilan. KPN baru saja "ditegur" Tuhan apabila pengsan sewaktu menjalankan tugas. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Dan kepada polis pula, kami ingin bertanya kepada kamu, mengapakah kamu-kamu bersekongkol dengan Datuk T dengan membiarkan mereka bergerak bebasyang sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil malah diberikan keistimewaan melampau pula seperti kawalan keselamatan, dipakaikan baju kalis peluru dan sebagainya sewaktu mereka mengadakan upcara sumpah laknat?
Kami ingin jelaskan bahawa, demi maruah dan integriti polis, Ketua Polis Negara wajar meletakkan jawatannya. Jika tidak melakukan demikian, Allah s.w.t. yang akan mencabutkan jawatan itu daripada kamu dan sekalian polis yang bersubahat dengan fitnah jahat ini akan menangung juga kaffarah dari Allah s.w.t.
Jangan permainkan kebenaran dan keadilan yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab polis polis untuk sama menengakkannya, bukan mencabulinya.
5 ulasan:
Kami ingin jelaskan bahawa, demi maruah dan integriti polis, Ketua Polis Negara wajar meletakkan jawatannya. Jika tidak melakukan demikian, Allah s.w.t. yang akan mencabutkan jawatan itu daripada kamu dan sekalian polis yang bersubahat dengan fitnah jahat ini akan menangung juga kaffarah dari Allah s.w.t.
amin...amin...
suroh ketua polis negara dan pegawai atasan polis yang cuba masok campor hal politik supaya letak jawatan masok bertanding dalam pilihan raya, negara kita negara yang mengamalkan demokerasi polis hanya ditugaskan untok menjaga keamanan mengikut undang2 yang telah ditetapkan sebaliknya kalau polis masok campor urusan politik dan menjadi sebahgian parti politik bubar sajalah pasokan polis yang ada sekarang tubuh pasokan lain yang lebih berwibawa dan letak dibawah kuasa yang dipertuan agong supaya tidak ada mana2 pihak cuba mengambil kesempatan atau demi kuasa cuba menggunakan pehak polis untok kepentingan politik mereka.
Dapatkan rakaman apa yang diperkatakan olehnya dan sebarkan seberapa banyak maklumat kepada media ,assa, internernet, akhbar dan diceramah-ceramah selepas itu baru saman .. setelah itu baru bawa keparlimen untuk dibincangkan..sekurang-kuranya... SEMUA RAKYAT DAH TAHU SIAPA DIA YANG SEBENARNYA.. kALAU DIA BERMINAT SANGAT, SURUH DIA LETAK JAWATAN DAN MASUK POLITIK, BAGI DIA BERTANDING UNTUK pru13 NI, MINTA -MINTA DIA BUNGKUS, baru dia tahu langit tinggi rendah... lepas PRU13 kalau dia bungkus bawa dia kemahkamah sabitkan penyebaran fitnah dulu!!! nanti bolehlah dia balik kampung tanam jagung!!! taada pencen!!!
Mereka tumpukan memberi 'penerangan' di Kelantan dulu kerana apa yang diketahui bahawa pengetua dan guru besar serta PPD merupakan agen utama UMNO di Kelantan. Khabarnya juga lebih 60% guru di Kelantan adalah penyokong pembangkang. Inilah yang UMNO/BN takut.
YTak lama lagi Allah akan anugerahkan azab kat mamat ni seperti yang sedang dialami oleh Eskay (Si Kitul?). Mudah-mudahan dua lagi Datuk K (Datuk Kelentong) tu juga akan terima azab semasa melata di mukabumi. 10 lagi azab akan mereka terima selepas dikebumikan sehingga hari kiamat. Lepas tu terimalah dividen di Padang Mahsyar nanti.
Catat Ulasan