4 Mei 2011

Sykt Insurans Diarah Berikan Perlindungan Untuk Semua Kenderaan, Syabas PAS


Perlindungan Insurans Serta Merta Untuk Semua Kenderaan - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mengumumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan perlindungan kenderaan dari semua penginsurans am serta Pos Malaysia di seluruh negara serta merta.

Langkah ini adalah untuk memastikan semua pemandu mendapat akses kepada perlindungan kenderaan, kata BNM dalam satu kenyataan.

Semua penginsurans am bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan kenderaan kepada semua pemandu termasuk 'kenderaan tersisih' yang kebanyakannya adalah kenderaan peribadi melebihi sepuluh tahun dan motorsikal yang ditaja jamin oleh Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), kata BNM.

"Perlindungan kenderaan itu boleh ditaja jamin oleh penginsurans atau diberikan bagi pihak MMIP.

"Mulai sekarang, kenderaan tersisih akan dikenakan caj yang sama dengan kadar premium semasa dan tidak dikenakan caj tambahan yang dikenakan kepada kenderaan berisiko tinggi," jelas kenyataan itu lagi.

Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi.

Bank Negara juga menghalang penginsurans daripada mendesak pelanggan mereka untuk membeli produk bukan kenderaan sebagai syarat jualan perlindungan kenderaan untuk memastikan hak pengguna dilindungi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembelian perlindungan kenderaan, BNM boleh dihubungi di talian 1-300-88-5465, katanya.

BNM berkata langkah ini adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baharu.

Rangka kerja itu yang akan bermula pada Januari 2012 akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada isu-isu pengstrukturan dalam sektor insurans motor dan takaful.

Bahagian pertama rangka kerja itu termasuk perlaksanaan langkah peningkatan keberkesanan terlaras untuk meningkatkan proses penyelesaian tuntutan keseluruhan, terutamanya bagi tuntutan kecederaan dan kematian.

Sementara itu, bahagian kedua adalah perlaksanaan pelarasan premium secara berperingkat sepanjang empat tahun.

Inisiatif ini adalah untuk memastikan orang ramai dan perniagaan boleh mendapat perlindungan kenderaan pada premium yang berpatutan dan supaya perniagaan insurans/takaful kenderaan berdaya maju pada jangka sederhana dan panjang.-BERNAMA


Third party: Menteri tidak rasai kesusahan rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan ‘third party’ kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat.

“Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini.

“Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus,” kata beliau.

Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu.

“Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan.

“Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat,” katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini.

Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

“5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi,” katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan “third party” kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas.

Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing.

“Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan,” katanya. -HD 29/09/2010


Ulasan GB

Syabas dan tahniah kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin bin Ayub kerana kejayaan perjuangannya untuk rakyat yang selama ini terteka kerana tidak dapat memperbarui cukai jalan untuk pemilik kenderaan yang melebihi usia 10 tahun lantaran keengganan syarikat insurans mengeluarkan cover note untuk kenderaan tersebut.

Sebelum ini seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfudz Omar telah berjaya dengan perjuangan penghapusan saman ekor yang menyebabkan polis dilaporkan tidak lagi akan bersembuni sewaktu melaksanakan kerja memerangkap pemandu.

Biar GB berterus-terang berkempen di sini, berdasarkan prestasi baik kedua-dua Naib Presiden PAS (Mahfudz & Salahuddin) tersebut, wajar ahli-ahli PAS memilih mereka semula untuk mengekalkan jawatannya di dalam muktamar nanti.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya melihat Ketokohan Sdr Mahfuz dan Sdr Salehuddin yang diperlukan oleh PAS untuk mendepani suasana politik semasa di negara kita,dan Sdr Nasharuddin Mat Isa pimpinan sekarang tidak berbuat apa2. Maka pilihlah yang terbaik bagi parti

PUTRA MERDEKA berkata...

ahli parlimen sri gading dato mohamad aziz yang mencetus isu ini dan kemudian dibawa sama oleh ahli parlimen kinabatangan yb dato bung mokhtar, selepas itu disokong oleh yb bandar kuching DAP dan sg. siput, salehuddin hanya membuat ulasan atas cadangan ahli yang berhormat tersebut, sila tengok handsard parlimen tuan
tq

Tanpa Nama berkata...

Menangkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke-13 nanti... InsyaAllah, harga minyak akan diturunkan.

Rakyat akan lebih selesa.. hidup akan lebih bermakna di bawah pemerintahan PR.

Unknown berkata...

Sdra Putra Merdeka,

Soalan asal adalah dari YB Salehuddin Ayub:

"Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa jumlah keneraan berdaftar di negara ini yang berjumlah 10 tahun ke atas dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan-kenderaan dari kategori tersebut masih selamat."

Salahuddin ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, terdapat 5,599,513 buah kenderaan berusia 10 tahun ke atas yang polisi insuransnya gagal diperbaharui kerana syarikat insurans mendakwa kenderaan itu tidak selamat.

Kegagalan memperbaharui polisi insurans ini, ujarnya menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan.

"Apakah dasar kerajaan terhadap kenderaan-kenderaan lama ini pada masa akan datang. Adakah akan dilupuskan dan pemilik akan diberikan premium kerana mereka sekarang ini merupakan golongan bermasalah dalam memperbaharui insurans kereta mereka?

Malah PAS telah menubuhkan Gerakan Bela Rakyat (Bela) untuk membantu pemilik kenderaan lama memperbaharui polisi insurans kenderaan mereka.

Waris berkata...

Inilah gunanya pemimpin2 genius menerajui pas. Kita bukan tolak ulama tapi masalahnya kebanyakan ulama meLAYU tahap pemikirannya tak boleh menembusi keinginan rakyat yg pelbagai. Kebanyakan yg bergelar ulama meLAYU ni hanya setaraf status pak lebai je. Memang mereka expert tentang hukum hakam tapi tak di apply ke dalam kehidupan yg realistik. Islam itu ad-din... termasuk juga keperluan rakyat yg pelbagai bangsa & agama

Tanpa Nama berkata...

soalannya siapakah yang memiliki kenderaan 10 tahun keatas yang berasiko untok memebahrui isurans??? tentulah rakyat bawahan yang berpedapatan rendah yang kehidupan mereka memerlukan bantuan sabsidi dan mereka ini pula senang dipolitikkan oleh pehah pemerentah kerana tahap pemikiran mereka rendah maka mereka inilah yang menjadi sasaran untok diperbodohkan oleh pehak pemerentah yang ada sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Itulah sebabnya perlu adanya pembangkang di parlimen dan DUN. Harap kepada BN/UMNO hanya untuk penuh kocek dan kayakan kroni sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Saya petik

Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi.

Saya ingin kepastian berdasarkan kenyataan Bank Negara. Apakah MESTI kenderaan tersisih melalui pemeriksaan puspakom? Apakah kriteria yang menjadikannya BERISIKO TINGGI? Diharap ada yang dapat membantu