4 Mei 2011

UMNO Sebuah Parti Perkauman - Nizar

Nizar kepada Dr Juanda: Umno parti perkauman

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan tergolong sebagai pengikut Khawarij.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam.

Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma’ ulama’ disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam?

“Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?,” soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter.

Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya.

Nizar menegaskan, “Perkembar adalah parti perkauman!”

Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

“Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno,” ujar beliau.

Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai.”

Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,” kata Juanda.

Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini. -FMT




7 ulasan:

frene berkata...

adakah benar Dr Juanda menyebut secara spesifik "Umno dan Pas", atau ia adalah seruan berbentuk umum? sebab dalam laporan Utusan ditulis (Umno dan Pas).
Pemimpin Pas sepatutnya selidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi ia bersumberkan berita daripada golongan fasik seperti Utusan. mana dia Surah al-Hujurat ayat 6? mana dia boikot Utusan?

Tanpa Nama berkata...

saya tak ngaji tinggi dlm agama, tapi yg saya faham berjuang perlu dlm landasan agama dan bukan bangsa...sebab tu x ade hadith org Arab mesti jadi pemimin

Mat Cyber berkata...

Aku tak tahulah sapa yg spin sapa. tapi bagi aku kalau Dr Juanda sanggup kata penyatuan atas dasar agama Islam aku setuju la tapi kalau setakat nak bersatu atas nama MELAYU aku boleh kata boleh jalan daaa...

Kat Malaysia ni ada berbilang bangsa yang beragama islam, takkan nak pinggirkan kot mereka.

Lagipun ISLAM tak pernah sebut pasal bangsa. Yang Nabi selalu sebut masa akhir2 hayat baginda ialah Ummati....Ummati.

Tanpa Nama berkata...

BILA DAH LEMAH NAK MAMPOS BARULAH FIKIR TENTANG PERPADUAN ISLAM..
PERGI JAHANAM LA UMNO!!!
PERGI JAHANAM LA UMNO!!!
PERGI JAHANAM LA UMNO!!!

PERGI JAHANAM LA MUFTI UMNO!!!!!

Tanpa Nama berkata...

sokong PAS jangan bersatu dengan UMNO, dah lama PAS berjuang menentang kejahatan UMNO...kenapa nak bersatu pula hanya atas nama Melayu... ISLAM??? Masa bila pula UMNO peduli tentang ISLAM.... Tengok peribadi pemimpin UMNO pun dah tahu mereka ni Islam jenis apa....sama jenis dengan Hosni Mubarak la....

Ismi Azraf berkata...

Nama pun parti kaum tapi bila sebut xnak pula guna Pekembar , guna nama dalam BI pula (UMNO).


Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?

.

Tanpa Nama berkata...

buat juanda
kaji lah secara menyerluruh
memang kalau ikut mata kasar...sepatutnya usaha yang baik untuk menyatukan umni dan pas
tapi untuk apa kalau bila terdesak saje....knp tak dari dulu...
sebab pekembar dah nazak....perlukan talian hayat...
dan pas dijadikan talian hayat kerana parti kembar pekembar MCA
dah mula nak buat buat onar...