4 Mei 2011

SAH Bukan Anwar: Eskay Dah Tak Mengaku Tuduh Anwar, Tuding Wartawan

Eskay: Saya tidak tuduh Anwar

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet.

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

“Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini
,” kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih belum muncul untuk memberi kenyataan. -TVSnews


Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.

“Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan.

Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai.

Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini.

"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay. -tvs


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ciri seorang munafik berkata-kata.

Lan Ekele berkata...

Bala sudah datang!!! Bala sudah datang mahu mengilas tengkuk Eskay!!!
Bala sudah datang, Eskay telah menjadi tak senang!!! 2Temberang lari sudah mau lari...mereka tak bersumpah, Eskay yang menyumpah!!!

bunbinban berkata...

pencacai umno tengah termenung, memikirkan mmg sah mereka bangang....hahaha. prepare nak mimpi mende mlm nnt supaya boleh di buat modal baru serangan utk anwar. Aku rasa, eskay ni sakit jiwa.

penemuan luar biasa !!! berkata...

tekanan mental yg luar biasa kot..kehkeh

naimisa berkata...

saya ingat, itu kesan sumpah laknat yg dibuat. tengoklah nnt siapa kena laknat.

anak selangor berkata...

eskay dok rase panas kot..2 yg tgh takut 2..hahaaa

apopo dan boboyuki berkata...

orang mcm nie layak di panggil ape?

pemuhung no satu....

padan muka...umprono dah kelepiaq.

Tanpa Nama berkata...

Itu hari dia kata dia mencari jam yang tertinggal kemudian menjumpai kamera, sekarang dia mengatakan Pelacur itu mencuri jam.. bagaimana dia tahu Jam itu dicuri Pelacur? lkdepas itu dia mengatrakan dia tidak menuduh anwar... dan dia meletakkan beban itu kepada wartawan samaada pelakun dalam video itu samaada anwar atau pun tidak .. kemudian dia membuat sumpah laknat mengatakan dia dan Anwar ada dalam paparan video itu.. kemudian dia mengatakan bahawa dia tidak menuduh anwar berzina..... kalau macam itu, bermaksud dia sendiri pun tidak tahu siapa dalam Video, dan mengharapkan para wartawan terpilih untuk mengenal pasti..... Jadi wartawan terpilih itu siapa?

Yang memhihak kepadannya ker?

Ini berkmaksud, segala tohmahan selama ini, hanya bergantung kepada wartawan dalam menentukan siapa pelakun dalam video itu.

Jadi bagaimana pulak sumpah laknatnya itu???

Dari apa yang diperkatakan maka jelas lah bahawa ini hanya kons[pirasi untuk menjatuhkan Saudara Anwar Ibrahim kerana dia sendiri pun tidak yakin yang didalam video itu saudara Anwar Ibrahim.. Bermakna dia menipu apabila mengatakan yang dia berada ditempat kejadian itu.

Lagi satu tentang kamera yang diperkatakan jelas menunjukkan bahawa dia tahu benaR bahawa kamera itu dibuat diMalaysia.

disisni jelas kita dapat simpulkan keabsahan keislamannya apakah dia Islam atau masih lagio dalam agama lamanya, Eshkay@Sivakumar atau Eshkay Abdullah

Tanpa Nama berkata...

saya rasa dia mengidapi penyakit psikiatri iaitu bipolar hypermaniac.

Tanpa Nama berkata...

rasanye masa sumpah laknat dlu, eskay ni pernah menyebut sdlm sumpahnya itu bahawa dsai adalah lelaki dlm video itu..yg ni dia cakap lain pulak dh...terserlah kemunafikannya...mungkin sumpah laknat dh makan dirinya kut...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Eskay@paria mendapat balasan yang setimpal daripada perbuatan jahatnya ini ekoran sumpah laknat tersebut.

Memang nampak dia ni macam perangai/kelakuan orang psiko.

Tanpa Nama berkata...

jangan takut laa juak juak umno mesti percaya kat mamat SK ni.

raja dilautan berkata...

sumpah makan diri dah.....baik bongkar sape dalangnya...sebelom parah....

1 Malaysia berkata...

Bukan simangkuk ni saja terkena sumpah laknat saja, najib rosmah pun terkena, muhiyuddin pun 2 x 5, begitu juga menteri-menteri lain, dah mula cakap merapu tak tentu hala.
Ikut saja cakap TGNA, kalau tak mampu bawa 4 orang saksi, serahkan DSAI tu kepada Allah swt. Hanya Allah swt saja yang maha mengetahui. Menfitnah merupai memakan darah daging saudara sendiri. Hukumannya berat. Entahlah .... munafikun dan fasikun faham tak.

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni dah merasa satu daripada sebelas azab yang diberi Allah di dunia: penyakit psikiatri iaitu bipolar hypermaniac. Ia panas sehingga tak boleh lelap tidur dan selalu meracau. Sepuluh azab lagi dia akan terima selepas mati sehingga kiama. Di Padang Mahsyar nanti dia juga akan terima dividen lumayan. Dua lagi gengnya juga akan terima habuan di dunia dan akhirat serta tidak ketinggalan di Padang Mahsyar kelak.

anti-zul noordin al-ghuyub berkata...

salah satu ciri2 orang munafik = suka bersumpah.... bodoh pianggg
aku nak tengok apa zul nooording gedebe tu nak sebut...110% lagi ker??

Tanpa Nama berkata...

Jangan dihairankan isu sebegini dlm media . Sebab, skg pihak berkepentingan sdg promosi budaya DADAH. Agar keganjilan Para Penagih boleh diterima masyarakat , contohnya Taukeh PAPA GOMO . Tujuannya utk mengaburi aktiviti penggunaan dan pengedaran DADAH spt yg diamalkan berada dlm zon selesa. Tengoklah saja kes spesepik para artis yg dituduh terlibat dg dadah walau sebanyak mana sekalipun didedah semasa tangkapan, akhirnya bebas lepas macam burung berterbangan. Contoh ketara dlm kompulan tersohor , malah hampir kesemua yg Nampak dan tak nampak ( yg terlibat) didapati bebas atau tanpa keputusan yg munasabah. Sedangkan merekalah sekarang bermaharajalela dlm RTM dll . Rupanya masyarakat sedar tak sedar sedikit sebanyaknya telah dididik oleh mereka……. Siapa mereka …? Nak bukti ….? Bukti apa lagi! Taukeh besar mereka takda kepentingan langsung dlm ugama kita . Contohnya taukeh cerita seram …Penyumbang tak langsung : Pengawal selia dlm RTm , Bapak Mentere dan Pihak Keslamtan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dihairankan isu sebegini dlm media . Sebab, skg pihak berkepentingan sdg promosi budaya DADAH. Agar keganjilan Para Penagih boleh diterima masyarakat , contohnya Taukeh PAPA GOMO . Tujuannya utk mengaburi aktiviti penggunaan dan pengedaran DADAH spt yg diamalkan berada dlm zon selesa. Tengoklah saja para artis yg dituduh terlibat dg dadah walau sebanyak mana sekalipun didedah semasa tangkapan, akhirnya bebas lepas macam burung berterbangan. Contoh ketara dlm kompulan tersohor , malah hampir kesemua yg Nampak dan tak nampak ( yg terlibat) didapati bebas atau tanpa keputusan yg munasabah. Sedangkan merekalah sekarang bermaharajalela dlm RTM dll . Rupanya masyarakat sedar tak sedar sedikit sebanyaknya telah dididik oleh mereka……. Siapa mereka …? Nak bukti ….? Bukti apa lagi! Taukeh besar mereka yg takda kepentingan langsung dlm ugama kita . Contohnya taukeh cerita seram …Penyumbang tak langsung : Pengarah RTM , Bapak Menteri dan Pihak Keselamatan.

Tanpa Nama berkata...

dia pikiaq sumpah tu,main2 ka.minta sumpah tu makan diri dia balik baru tau.la ni dia memang dah tak senang duduk dah.ALLAH MAHA KAYA.Kita tengok siapa yang kena pulak.DSAI teruskan perjuangan mu.ALLAH tetap bersama org yang benar.