Kadar Tarif Baru Elektrik Bukan Alasan Naikkan Harga Barangan - Muhyiddin
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai Rabu.
Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak.
"Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini Selasa.
Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.
Katanya sebelum kadar elektrik itu dinaikkan, kerajaan membuat kajian terperinci dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
"Kerajaan sudah membuat kajian mendalam, penelitian yang agak khusus apakah implikasi dan impak kesan kenaikan ini kepada rakyat dan juga kos hidup ataupun peningkatan kepada kadar inflasi dan peningkatan harga barang,' katanya.
Muyhiddin berkata beliau gembira dengan sikap terbuka sebilangan peniaga yang menerima kenaikan kadar tarif itu yang tidak membebankan mereka.
Katanya hanya beberapa sektor perniagaan sahaja yang mungkin terjejas dengan kadar baru itu yang masih terlalu kecil berbanding negara-negara lain.
Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa Rabu.
Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. - BERNAMA
Ulasan GB
Di dalam prinsip ekonomi paling asas, seseorang peniaga itu dikatakan rasional apabila ia bertujuan untuk memaksimakan keuntungan.
Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik, untuk sektor industri dan perniagaan sekalipun dengan kadar yang kecil, ia tetap akan menjejaskan "keuntungan" dan tidak ada peniaga yang rasional yang akan mengekalkan harga barangan mereka pada kos yang telah meningkat.
Justeru itu, kenyataan TPM "penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak" adalah kenyataan basi yang semua orang tahu bahawa itu dalah pendustaan semata-mata.
Bukankah UMNO BN selama ini mendabik dada menyatakan hanya UMNO BN parti yang kaya-raya, boleh tabur wang berjuta-juta terutama waktu pilihanraya .... mengapa kini tiba-tiba kemukakan alasan mengurangkan subsidi untuk menaikkan harga? Sungguh rakyat semua tertipu selama-lamanya.
Allah Maha Berkuasa, kekayaan yang kamu dabikkan dada itu sebenarnya daripadaNya juga dan kerakusan kamu semua merebut untuk golongan kamu dan kroni kamu menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Dan tidak berapa lama lagi kamu akan diperintahkan turun dari takhta Putrajaya!

6 ulasan:
Masaalah diMalaysia ni,rakyat tak sepakat nak tumbangkan grombolan UMNO ni.Ahli-ahli UMNO dan anggota polis misalnya, depa tak gunakan letrik,depa gunakan lampu minyak api dan lilin.Depan tak gunakan petrol untuk motor dan kereta,depa gunakan air.Depa tak makan sayor,depan makan rumput,depa tak minum teh dan kopi,depa minum air hujan aje.Depa tak pakai gula,depa gunakan cuka aje.
Inilah masaalahnya.Sebab itu gtombolan UMNO naiuk towchang.
gila punya kerja, minyak naik, elektrik naik tapi harga barang tidak naik........ mana letak logik akal?
Kesemua pelajar yang dapat A++ akan dapat bia-siswa.
ni menteri sanggap n sembab punya olang,letrik naik tapi rega barang lain tak naik..taraaakkk belaja ka?????apa dia piki ini malaysia purba olang batu punya olang ka???
citttt...
dah tak cerdik nak urus negara...berhenti lebih baik sebelum mendapat kutukan
ku berharap golongan2 yg byk melakukan dan menyebabkan kemungkaran dalam Malaysia ni akn terima kutukkan, hidup x akan bahagia di dunia dan akhirat.
Catat Ulasan