Penumpang buka sendiri pintu kecemasan komuter terkandas
KUALA LUMPUR: “Kami terpaksa membuka sendiri pintu kecemasan komuter yang terkandas berhampiran Stesen Komuter Salak Selatan selepas sesak nafas untuk menyelamatkan diri,” kata penumpang, Azreen Anuar, 21, yang dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, semalam.
Gambar: TERKANDAS...sebahagian penumpang komuter yang terkandas, semalam.
Azreen berkata, sebelum ini dia jarang menaiki komuter, namun kerana ingin ke TBS menyebabkan dia terpaksa menaikinya dan tidak menyangka menempuhi saat mencemaskan sehingga mengalami sesak nafas.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang selepas komuter berkenaan tiba-tiba berhenti dan bekalan elektrik terputus menyebabkan keadaan di dalam gerabak gelap dan pendingin hawa gagal berfungsi.
“Saya lihat ketika itu suasana kecoh tambahan ada bayi dan ibu mengandung yang panik.
“Seorang penumpang menghubungi pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhubung kejadian itu dan mereka berjanji akan menghantar bantuan,” katanya ketika ditemui di Stesen Komuter Salak Selatan selepas berjaya diselamatkan.
Katanya, mereka terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk menerima bantuan menyebabkan penumpang membuka pintu kecemasan sendiri.
Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi berkata, bomba menerima panggilan pada jam 6.16 petang.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, seorang wanita pengsan dipercayai sesak nafas dan pihaknya menghubungi ambulans sebelum mangsa dihantar ke hospital.
“Seramai 500 penumpang yang terkandas di dalam komuter terbabit berjaya diselamatkan.
“Komuter terbabit terhenti tiba-tiba kerana mengalami masalah teknikal dan bomba berjaya mengeluarkan mangsa tidak sampai sejam,” katanya. -hm

6 ulasan:
KTM tak bayar duit api kot tu yang jena potong hahaa
-fread-
KTM macam lpas tangan jer... duk bwh pemimpin UMNO lingkup KTM
ini bukan kali pertama terkandas mcm tuh...selalu sgt dah rasanyer...hari tu awal bulan pun dah sangkut kat salak selatan..petang gak..sib baik pintu boleh bukak...kerap sgt tersangkunyer kat stesen salak selatan tuh..tutop jer stesen tu bukan ramai pun org turun naik kat situ!
komuter ni mmg selalu problem. aku yg naik komuter beberapa kali pada bulan februari dan march atas urusan kerja pun dah mengalami perkara yg sama sebanyak 3 kali. bayangkan 3 kali dalam masa 2 bulan kejadian yang sama!!! bodoh punya ktm!! nak tunggu sampai ada yang mampus ke baru nak buat perubahan?
Lepas nih, ada lah alasan utk KTM naikkan harga tambang... beli tenaga direct dari IPP...
adoi... hancing betul la kerajaan... lps ni naik tambang tiket komuter KTM,n lrt rapid... huuuu... sesak2 la hidup.
Catat Ulasan