31 Mei 2011

JAKIM Tidak Iktiraf Bir Halal

Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. -kosmo


‘Kami kerugian’

BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.


KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.

“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya. -hm


Ulasan GB

Sekarang jenama yang mana yang diklasifikasikan sebagai TIDAK HALAL? Kekeliruan ini akibat dari sikap tidak telus Jabatan Agama Islam Johor yang tidak memberitahu jenama bir yang diuji yang dikatakan mengandungi kandungan alkohol melebihi dari had yang dibenarkan syarak.

Sedang rupa-rupanya ada beberapa jenama minuman yang datang dari timur-tengah, namun yang dikemukakan bukan sijil HALAL dari JAKIM.

Justeru itu di dalam hal ini pihak berkuasa agama kena telus, kena sebutkan jenama produk yang diuji itu seterusnya mengambil langkah untuk mengharamkannya daripada dijual kepada umum.

Kedua, Sijil Halal luarnegara yang dikemukakan oleh pihak peniaga, apakah ianya boleh diterima sebagai SAH apabila JAKIM sendiri belum mengesahkannya?

Bagi kita, persoalan halal-haram sesuatu produk makanan adalah sesuatu perkara sensitif kepada umat Islam. Apabila disebut produk bir halal dari negara timur-tengah tanpa menamakan jenama yang mana, maka jalan selamat yang diambil ialah menahan dahulu pengambilan "semua" produk yang diklasifikasikan sedemikian untuk mengelakkan perkara yang "syubhah".

Ini berdasarkan kepada hadith:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada yang syubhat, manusia tidak banyak mengetahui. Siapa yang menjaga dari syubhat, maka selamatlah agama dan kehormatannya. Dan siapa yang jatuh pada syubhat, maka jatuh pada yang haram. " (HR Bukhari dan Muslim).

Persoalan samada BARBICAN adalah halal ataupun tidak, maka kita minta JAKIM sendiri untuk membuat pengumumannya serta mengakui SIJIL HALAL yang dikemukakannya.


9 ulasan:

Waris berkata...

Masalah di malaysia ialah yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal atas kepentingan tertentu. Saya lebih yakin dengan sijil halal dari negara2 yang rakyatnya lebih bertamadun seperti new zealand dan australia berbanding malaysia yang ditadbir oleh melayu hutan. Bagi mereka yang bertamadun, kerja mereka lebih telus berbanding melayu primitif seperti di malaysia. Benda harm boleh jadi halal jika disogok dengan duit atau atas kepentingan tertentu.

Untuk puak2 primitif yang bersongkok 3 jengkal tidak akan boleh berfikir sebab mereka tidak pernah keluar dari negara ini mengkaji ketamadunan bangsa lain. Imaginasi mereka serta I.Q. mereka tidak mampu mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Paling tinggi pun mereka boleh fikir adalah setinggi songkok brahim ali iaitu 3 jengkal. Itu pun dah kira superb bagi melayu hutan.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya ialah tindakan JAIS dan JAKIM yg tidak telus, suka buat kenyataan yg tak lengkap tanpa menamakan jenama yg terlibat.

Dulu JAKIM bila serbu ayam yg di simpan dgn daging babi dalam peti ais yang sama pun tak mau menamakan syarikat yg terlibat. Kemudian ayam tak sembelih pun sama jugak - tak nak namakan pasaraya yg membeli ayam2 tsb.

Payah la macam ni bila buat kerja tak telus - kata nak jaga kepentingan umat Islam Malaysia tapi ada sifat "penakut" dan "tak ikhlas". Hanya gembar-gembur bagi orang ramai risau.

Azmi Rawang

khadeeja is my dotter berkata...

isu 'halal' dan 'tidak halal' bg produk mknn dan minuman yg ada logo halal luat negara menjadi semakin rumit disebabkan tidak telusnya siasatan dan kenyataan pihak berwajib. dan di peringkat global nya pulak, tidakkah ia akan membuat kan masyarakat menjadi lebih keliru terutama bg mereka yg kerap melancong ke luar negara termasuk Makkah & Madinah. CTH jika minuman jenama B diwartakan haram di Malaysia, bila di Makkah produk jenama B yg sama dijual secara meluas sbb kehalalannya diiktiraf di sana, adakah di Makkah mengambil minuman jenama B td menjadi halal tp bila dah masuk sempadan Msia, jadi haram semula??? diharap pihak berkuasa perlu bertindak dgn lebih bijak serta selari dgn pihak berkuasa Islam di luar sana, tanpa ada gangguan 'pihak atasan' yg kontra dari kehendak Islam itu sendiri. Islam adalah satu panduan hidup yg universal

Tanpa Nama berkata...

isu 1. Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai 'bir halal'. Dari mana istilah bir halal ini muncul ?

2. Jakim UAE, Jakim Saudi kata Barbican Halal. Jakim Malaysia pula kata Haram. Serabut.

Jakim elok selesaikan kes fitnah yang terang-terang Haram.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan anda membaca buku isu halal tiada penghujung yang di tulis oleh saudara Lokman Ab Rahman. Sedikit sebanyak dapat membantu menambah pengetahuan berkaitan dengan isu-isu halal ini.

jainah berkata...

Sebagai pengguna Islam kita perlu prihatin sangat2 sebab apa-apa yang masuk dalam badan kita akan menjadi darah daging. Janganlah keraskan hati kita dengan benda-benda yang diragui kehalalannya. Kalau dah rasa was-was tak perlulah makan, ambillah makanan lain yang lebih selamat dan betul2 halal.
Pihak berwajib perlulah berterus-terang di media agar umat Islam tidak tertanya-tanya produk mana yang halal dan tidak halal. Ingat apa2 yang dilakukan di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Renung2kanlah.

http://facebook.com/jainahbiz

Tanpa Nama berkata...

Sebagai umat islam yang bertanggungjawab kita jagalah sendiri pemakanan kita. Kalau orang (hatta JAKIM sendiri) kata halal tapi kita ragu2, baik tak payahlah makan. Jangan ambik mudah nak pertanggungjawabkan pada orang lain. Orang-orang Jakim tu pun manusia macam kita, ada salahnya. Pada saya kebergantungan kepada label halal & haram by sesuatu organsisi ni lebih mengelirukan.

1 0 3 1 berkata...

standard ISO malaysia lain..kita juga guna mazhab Syafiee dan org arab guna mazhab lain..ikut jela mazhab kita mcm mana dan standard ISO halal negara kita mcm mana..apa nak kecoh..kalau JAKIM cakap haram, haram la..yg korang nak persoalkan kenapa? dah cukup bijak pandai? ada alat2 nak buat research ke atas bahan makanan tu ke? xdekan...

sebagai wakil rasmi malaysia dalam bab halal haram, korang patut hormati keputusan JAKIM..kalau ye pun JAKIM ada salah silap, itu dosa diorg..korang pulak jgn buat dosa pulak mkn benda2 meragukan

Tanpa Nama berkata...

Yang jelas aku tau (aku pun tak teror sgt), dlm alquran menyebut minuman yang memabukkan adalah haram. Tak kire lah samada ada alkohol atau tanpa alkohol, kalau kite bile kite minum, kite akan mabuk, make haramlah ia. Aku tak tau brape kandungan alkohol yg bole menyebabkan seseorg itu mabuk (mungkin lain2 org, lain2 daya ketahanannye. Wallahualam) tapi adelah elok kalau kite elak perkare yg syubhah. Cume, personally and honestly, aku da penah terminum barbican tuh. Siap habis sebotol dan alhamdullilah, tak memabukkan aku. Rasenye pun tak pelik, seperti minum air buah2an yg bergas. Cumenye, aku da penah rase dr pelbagai jenama. Ade yg rasenye pelik (yg rs pelik tu buat aku jd was-was dan terus tak minum lagi dari jenama tuh) tetapi ade yg rase seperti minuman buah2an biase yg berkarbohidrat shj. Yg penting barbican rase seperti minuman berkarbohidrat.. Namun, sekiranya kite was-was, maka telah jatuh dlm kategori syubhah, adalah dinasihatkan supaya kita tak minum. Wallahualam..