Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang kisahnya dipaparkan di blog ini semalam tentang seorang wanita yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.
Hal tersebut terjadi di desa Mirzapur, Jhalakati, sekitar 200 kilometer selatan ibu kota Dhaka.
Monju adalah ibu dengan tiga anak. Dia menyatakan kepada polis bahawa jirannya Mozammel Haq Mazi memaksa masuk ke biliknya dan kemudian beliau bertindak menyerangnya.
Walau bagaimanapun Mazi menyangkal tuduhan tersebut dan beliau sudah dibawa ke hospital terdekat.
"Kami akan menahannya apabila beliau sembuh," kata jurucakap polis Bangladesh Abul Khaer.
"Dia menyatakan dirinya menyerang balik, memotong kemaluan Mazi dan membawanya ke pejabat polis kami dalam kantong plastik untuk membuktikan Mazi berusaha meroogolnya," kata Khaer.
"Dia melaporkan kes tuduhan merogol," katanya.
"Ini suatu peristiwa tidak biasa. Sepanjang saya ketahui, untuk pertama kalinya wanita membawa potongan penis ke balai polis sebagai barang bukti."
Serangan balas dendam
Moju Begum sebenarnya sudah mengeluh kepada polis bahawa Mazi, ayah lima anak, selama enam bulan terakhir terus mengganggunya.
Tetapi Mazi menyangkal tuduhan tersebut.
"Kami menjalinkan hubungan dan baru-baru ini dia mengisyaratkan kami berdua dapat pergi dan pindah untuk hidup di Dhaka," kata Mazi di hospital di dekat Barisal.
"Saya menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak dapat meninggalkan isteri dan anak-anak, kerana itulah dia membalas dendam."
Profesor AMSM Sharfuzzaman - pakar bedah kanan di Universiti Kedoktoran dan Hospital Sher-e-Bangla di kota Barisal- menyatakan bahawa tidak mungkin menghubungkan kembali penis ke tubuh Mazi.
"Polis membawa penis beberapa jam setelah kejadian," katanya.
"Kami merawatnya agar dia tetap dapat buang air kecil tanpa penis."

2 ulasan:
1. lelaki berstatus suami menjalin hubungan dengan wanita@janda
2. lelaki berstatus suami enggan menuruti cadangan wanita@janda yang mahu mereka membina kehidupan di tempat lain
Kesimpulan:
a)lelaki berstatus suami hanya berani menjalin hubungan ikut pintu belakang
b)lelaki berstatus suami tidak menjangka hubungan yang terjalin menjadi serius
Pengajaran:
i) wanita@janda usah jalin hubungan dengan lelaki berstatus suami cara ikut pintu belakang
ii)wanita@janda usah menyibuk menjaga/melayan lelaki berstatus suami
iii) peringkat permulaan bagi hubungan ikut pintu belakang nampak elok...pengakhiran hubungan sebegini selalunya tragis dan tragik
she
Kita tak tau cerita sebenar. Bila berlaku peristiwa demikian, masing2 ada alasan tersendiri.
Saya berpegang pada janji Allah, sapa2 yang menjaga Allah (mematuhi perintahNya & menjauhi laranganNya), akan dijagaNya wlu tuduhan, fitnah datang/menyerang, & dia menerima ketidak adilan dari manusia.
Quran dah beritau ttg org baik2 yg kena fitnah ---> Nabi Yusuf, Sydatina Aishah .. cuma jalan cerita & sebab musabab agak berbeza. Tapi fitnah tetap ada..sampai akhir zaman.
Dan kadang2 lambat sangat keadilan tu nak nampak, menyebabkan org2 sekeliling ada yg panik, berpaling tadah dsbnya, sbb tu bila org baik2 kena fitnah, ujian bukan utknya saja tapi utk org2 lain juga.
Wallahu a'lam
Catat Ulasan