25 Mei 2011

Dituduh Rogol Remaja Dalam MPV

Ampang: Seorang pembantu jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan merogol remaja bawah umur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard putih milik ibunya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dibacakan di depan Hakim Manira Mohd Nor.

Dia dituduh merogol pelajar sebuah sekolah menengah berusia 15 tahun dalam kenderaan itu di tepi jalan sekitar Ampang pada jam 11 pagi, 11 Mei 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh membabitkan jenayah kekerasan selain untuk melindungi mangsa.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap Sabtu awal bulan dan menetapkan tarikh sebutan pada 20 Jun depan.

Tertuduh yang memakai baju T coklat muda dan seluar jeans biru kelihatan sugul dan terus mencium tangan ibunya sejurus keluar dari kandang tertuduh apabila mahkamah menangguhkan prosiding. -BH

1 ulasan:

waksab berkata...

Inilah hasil dari pemerintah yg memisahkan iman drpd hati generasi kini..tercabut berakah dan iman menyebabkan gejala ini tidak akan terhenti kecuali ditukar pemerintah!!!

http://waksab.blogspot.com/2011/05/melayu-longlai-layu-akibat.html