21 Mac 2011

Benarkah Anwar Terlibat Lagi Dengan Skandal Seks?

Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini. -mk

Dari Blog Kickdefella


Video Adegan Seks: PAS Perlu Bincang Serius Hubungan Dengan Anwar

Pagi ini video sepanjang 10 minit telah ditayangkan kepada sekumpulan penonton terpilih. Video itu merupakan adegan seks di antara seorang individu Islam terkenal dengan seorang wanita berketurunan cina. Berita mengenai jemputan untuk menonton tayangan video tersebut mula bocor pada tengah malam tadi. Namun adalah dimaklumkan lokasi tayangan hanya dimaklumkan di saat akhir pagi ini.

Tayangan itu berlangsung jam 9 pagi hari ini disebuah lokasi mewah di ibu kota. Sehingga kini tidak diketahui siapakah yang menganjurkan tayangan tersebut dan siapakah perempuan berketurunan cina tersebut.

Blog ini akan melaporkan lebih lanjut berhubung video tersebut di dalam masa terdekat.

Menurut sumber yang dijemput menonton video itu, lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks itu adalah Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan lokasi hubungan seks dilakukan ialah di sebuah SPA. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan imej waraknya dan pernah mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia sedang berdepan dengan tuduhan meliwat buat kali kedua.

Sewaktu beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, terdapat pelbagai dakwaan berhubung aktiviti tidak bermoral beliau yang turut melibatkan mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dan lelaki. Anwar juga didakwa melakukan hubungan seks dengan isteri bekas pegawai khasnya. Bagaimanapun, Anwar menafikan semua pertuduhan tersebut.


Ulasan GB

GB tidak mengiyakan atau menafikan kerana belum melihat dan meneliti video berkenaan sesuai dengan anjuran Al-Quran:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al-Hujurat[49]:6)

Namun sebelum ini GB pernah mengulas di SINI.

Kita hanya mampu berdoa.


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau benar anuar yang melakukan perbuatan terkutuk ini, siarkan video ini kepada rakyat biar rakyat menilaikan, jangan hanya berkokok tanpa bukti.....

Tanpa Nama berkata...

Pendirian GB adalah tepat.

Jangan mudah menerima atau menolak.

Tanpa Nama berkata...

masa pilihan raya swk dah nak mula.maka wayang beend pun dah bermula.

mungkin wayang yang sedang ditayang dah tak menjadi maka bawa wayang baru.

Tanpa Nama berkata...

video liwat 1 yg kononnya ada dulu, tak pernah pula keluar di mahkamah. mereka yg pernah tengok video tersebut pula mengatakan ianya tak jelas dan berkemungkinan menggunakan pelakon yg ada iras dgn anwar.

Tanpa Nama berkata...

Saya sependirian dgn GB di dalam hal ini... x menafikan tetapi tak mengiyakan. Al-Quran memerintahkan kita demikian.

joost09 berkata...

Steady la GB..

pencacai yg kerja cari makan dgn anuwar dah xsenang duduk...

kikikikiki...

melor45 berkata...

Pencetusnya tidak ada keberanian dan keikhlasan dalam membuat tindakan.Hantar terus keRTM, TV9, Astro,Bernama TV, CNN, ,CBS,AP,NHK dan pelbagai lagi media, biar masyarakat antarabangsa membuat penilaian.Hebatnya orang Malaysia,Bukan setakat gempar dan Ugut Rakyat Serawak sahaja.

Tanpa Nama berkata...

[24:11]Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

Tanpa Nama berkata...

sekiranya anda percaya pada hadis dan alquran rakaman video bukan mutlak dibuat sebagai saksi.

Tanpa Nama berkata...

Tuan blog

Tak ada tak akan aku purcaya itu video. ORANG BODO, lumbu, kaldei boleh la percaya itu cerita...PRU sudah dekat loooo.

otakpakei

Tanpa Nama berkata...

anon 4:57

apabila tiada di dalam Al-Quran dan Hadith, maka yang ketiga ialah ijma ulamak.

GB-jr berkata...

Kalau dilihat ayat al-quran yang dilampirkan oleg GB itu jelas bahawa Allah memerintahkan supaya kita meneliti

"maka periksalah dengan teliti"

bererti, tidak mengiyakan dan tidak menolak. Itu sifat orang beriman.

Ini bererti video itu perlu disiasat. Siapa pelaku di dalam video berkenaan, siapa pembikin video itu dan siasatan perlu juga ke atas "kesahihan" video, samada ianya "original" atau "doctored".

Adalah tidak betul beberapa pemimpin PAS dan ahli sendiri yang awal-awal sudah menafikan video berkenaan sebelum ianya diteliti sepertimana perintah Allah s.w.t.

Mungkin Allah sengaja menguji orang beriman samada berjuang mengikut nafsu atau mengikut petunjuk Al-Quran.

Semenjak kebelakangan ini apabila telah turun petunjuk2Nya dan PAS tidak mahu menerimanya, maka PAS ditimpa kekalahan demi kekalahan.

Tanpa Nama berkata...

Peristiwa yang berlaku kpd Ummu Mukminin Saiditina Aishah sebagai panduan dan pengajaran kepada semua.

Pemimpin Malaysia wajar mengambil pengajaran daripada tsunami di Jepun.

Dunia ini tidak terlepas daripada pemerhatian Allah SWT. Semua akan mati dan akan dibalas mengikut apa yang dilakukan.

Penyebaran video fitnah ini mesti ditentang. Anwar bukanlah seorang yang begitu. Hampir mustahil untuk melakukan perkara demikian.

Beliau hampir bertahun di Amerika seusai rawatan di German. Tiada kedengaran aktiviti liwat dan seks luar nikah. Amerika adalah bebas semuanya untuk lakukan demikian.

Isu tuduhan liwat hanya muncul apabila beliau kembali ke Malaysia dan mengambil posisi untuk menggerakan pembangkang dalam pilihanraya.

Edaran video ini hanya semacam untuk mengiakan tuduhan mantan PM dlm bukunya shj.

Hakikatnya, inilah strategi untuk menutup segala salah laku pimpinan BN terutama menjelang PRU Sarawak.

Allah SWT yang memiliki bumi ini dan Dia akan menganugerahkan kerajaan kepada siapa yang dikehendaki.

Untuk kita, balasannya adalah daripada usaha yang kita lakukan. Kemenangan terserah kpd Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Siasat dulu Dato' T, dari mana dia dapat video tu.

Tanpa Nama berkata...

Allah menyebut di dalam Al-Quran menyuruh muslimin dan muslimat menolak terus fitnah. hanya yang benar2 muslimin dan benar2 muslimat saja yang akan terus menolak fitnah2 besar lagu ni, byk yg lain main telan saja, dan byk jugak jadi penyebar fitnah. wallahulayuhibbuzzolimin.

024.012
YUSUFALI: Why did not the believers - men and women - when you heard of the affair,- put the best construction on it in their own minds and say, "This (charge) is an obvious lie"?
PICKTHAL: Why did not the believers, men and women, when ye heard it, think good of their own own folk, and say: It is a manifest untruth?
SHAKIR: Why did not the believing men and the believing women, when you heard it, think well of their own people, and say: This is an evident falsehood?