Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks, taktik jahat baru BN
PETALING JAYA, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.
Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.
“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di sini petang ini.
Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tayangan video khas yang dibuat tengah hari tadi telah dirancang serta didalangi pihak tertentu.
“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar menghentikan segera politik kotor dan lucah ini, jangan heret rakyat dan negara terjebak ke dalam politik kotor kamu.
“Tayangan itu telah dirancang dengan penuh teliti, malah rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor arus perdana, malah saya difahamkan ia turut melibatkan pasukan cawangan khas,” katanya.
Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.
Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.
Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu ditunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.
Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.
Kata Anwar, ketika rakaman video seks itu berlaku beliau berada di rumah bersama keluarga.
“Ketika itu saya ada di rumah, sebelum itu saya berada dengan kakitangan PKR, saya juga ada melayan Twitter, malah ia boleh dibuktikan.
“Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain,” katanya.
Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, pendedahan video seks itu sengaja disebarkan kerana terdesak selepas kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir “berkecai.”
“Politik jahat ini sangat jelas... apabila kes liwat sudah lemah, hampir berkecai, jadi kena buat pertuduhan baru terhadap saya.
“Jadi saya minta rakyat tidak terperangkap dengan politik fitnah dan lucah ini, ini adalah serangan peribadi terhadap saya dan keluarga.
“Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya,” katanya.
Tegas Anwar, fitnah terbaru terhadap dirinya itu juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu nasional termasuk pilihan raya negeri Sarawak.
“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik,” katanya.
Menurut Anwar, beliau tidak akan membuat laporan polis sehingga mendapat kesahihan video seks tersebut.
“Tengok pun belum macam mana nak siasat, jawabnya ringkas.
Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dengan tuduhan terbaru terhadap suaminya itu.
“Saya terkejut (apabila dapat tahu), yang disuruh letak jawatan adalah saya, apa saya nak buat?
“Ini adalah taktik jahat, kalau selalu kes Anwar dengan lelaki tapi dalam video itu dengan perempuan, ini adalah motif yang tidak bertanggungjawab,” katanya. -TMI

"Perutnya lebih buncit":
Anwar nafi dirinya watak dalam video seks
Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim menafikan bahawa dirinya adalah watak yang terpapar dalam klip video skandal seks, yang ditayangkan kepada media pagi ini. Sambil berseloroh Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa perut watak lelaki dalam klip tersebut lebih buncit daripada perut dirinya.
Ketua Umum PKR ini menegaskan bahawa dirinya berada di rumah bersama isteri, anak dan kakitangan PKR pada 21 Februari 2011, tarikh dan masa kononnya klip video tersebut dirakamkan. Malah beliau berkata dirinya masih berjinak-jinak dengan facebook dan twitter pada ketika itu.
Klip video seks menunjukkan insiden tersebut berlangsung antara jam 10.23 hingga 10.45 malam. Facebook Anwar Ibrahim pula menunjukkan bahawa beliau mengemaskini pada jam 8.20 dan 10.40 dan 11.08 malam; sementara Twitter-nya dikemaskini pada jam 9.20 dan 11.39 malam. Sungguhpun wartawan mempertikaikan waktu tersebut, namun Anwar tetap menganggap pihaknya telah menguasai bukti dari segi waktu.
Malah, beliau berjenaka bahawa melainkan watak dalam video tersebut dilihat berasmara sambil bermain twitter.
Anwar berkata beliau belum menonton video tersebut, dan tidak tahu siapa pembikin klip video tersebut. Beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada jam 10 pagi, esok.
Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 5 petang, sambil ditemani isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR. Anwar menambah, klip video seks tersebut mempunyai motif politik untuk menyerangnya, setelah kes sodomi kedua mulai lemah.
Anwar berkata keluarga dan dirinya telah melalui fitnah yang dilemparkan terhadapnya sejak 13 tahun dahulu. Dan fitnah ini diulangi setiap kali menjelang pilihan raya.
Azizah: Mengapa gadis pula?
Wan Azizah turut terkejut apabila digesa untuk berundur. Beliau mempertikaikan, kononnya Anwar didakwa dengan kes sodomi bersama lelaki, namun mengapa pula terdedah dengan klip video bersama wanita? -MR
11 ulasan:
baik duk negaro komunis je bahi berbanding ket mesia ni yg bergunung fitnah...
Orang gila sahaja yang percaya VIDIO ini.....
oiiii, korang dah kena jual olih datuk T la. dia dah tunjuk video tu pada nuar dulu, kemudian baru tunjuk pada engko orang. kalau tidak mcam mana dia tahu dalam gambar tu perutnya buncit.
orang gila saja yang akan mengaku buat begitu
Dalam dunia politik, persepsi adalah senjata boleh memusnahkan dan boleh juga dijadikan gula-gula raih simpati.
Namun dalam kes Video lucah yang ditujukan khusus kepada Anuar Ibrahim adalah lawak kepada orang yang mengetahui tujuannya tapi akan menjadi penyakit kepada orang tidak mahu berfikir. Sama seperti liwat II Saiful Bukhari.
Musuh politik Anuar Ibrahim mungkin meramalkan bahawa penyokong PKR akan berpaling tadah apabila berita terbaru ini didedah.
Jangan risau, ianya tidak akan berlaku. Mak Cik Felda pun dah hilang stim dengan isu liwat II.
Walau pun serangan bertali arus terhadap Anuar Ibrahim sehingga dia dimasukkan kedalam penjara sekali lagi, kami yang mahukan perubahan politik tetap bersamanya walau pun tanpa jasadnya.
Kenapa kita nak bersusah payah buang masa mencari identiti orang yang melakukan sex dalam video itu... lagi pula Anuar Ibrahim sudah menafikan gambar dalam video itu bukan beliau. Dalam hal ini kita mesti ada kepercayaan politik kepadanya.
Bila Hishamuddin dari KDN pula mengatakan kalau ada sesiapa yang teraniaya sila buat laporan polis... Polis tidak akan menyiasat jika tiada laporan polis.
Bermakna lelaki yang mengaku datuk T ini memang ada muslihat tertentu dan kita percaya ini adalah konspirasi pilihanraya.
Kalau itulah maksudnya maka kita lawan dengan undi pilihanraya Sarawak. Apakah orang tua Taib boleh menang.?
Kes kat Johor Polis bagi amaran kepada sesiapa yang simpan video lucah pemimpin BN.
itu cerita tahun 2008
ini amaran polis
"memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali."
tahun 2011 undang-undang dah berubah, Menteri polis suma sengeh-sengeh je.
memiliki filem porno sudah menjadi satu kesalahan tp kenapa si Datuk T tu dengan selamba boleh menayangkan kepada org awam (media) video porno..begitu juga dengan hotel tersebut..sudah mestinya pihak hotel sudah mengetahui apa tujuan Datuk T menyewa premis disitu.
Kenapa Datuk T tidak diheret ke balai polis kerana memiliki dan menayang filem porno??? sebab pelakon yg ditayang tu dikatakan pemimpin pembangkang?
Saya yg tidak berparti tak bererti tidak boleh mengundi (Atas pagar)memang confirm tak percaya citer2 bodoh nie. Cuma kalau boleh sesiapa yg rapat dengan Anwar agar untuk meredakan org melayu islam kononnya yg masih muskil & kurang yakin dgn penafian Anwar (70% melayu)agar suruh anwar bersumpah dengan nama Allah dan memegang Al Quran....walaupun perkara ini memang tidak digalakkan dalam islam TAPI tak berdosa??? Tindakan ini akan memberi kenyakinan pada rakyat yg atas pagar yg tidak menyokong UMNO sial...Ini hanya cadangan saya. Jika buat atau tak...InsyAllah saya tak jatuh miskin.
Kepada Anonymous : March 21, 2011 8:49 PM, bacalah betul2 apa kata DSAI, beliau kata "beliau dimaklumkan", maksudnya ada org yg tengok video tu dan bagitau beliau...bodoh punya orang!
nampak sangat pehak polis dable standart atau polis menerima rasuah terlebeh dahulu untok tidak mengambil tindakan terhadap penayangan vidio tersebut.
watch again "Forest Gump" by Tom Hanks!! i can be whoever i want...haha. back in 1994 pun org suda pandai teknik video ni. 2011 baru MALAYSIA nk buat??? haha i pity MALAYSIA
Catat Ulasan