21 Mac 2011

Ali Rustam Akan Merasai Kejatuhannya Nanti

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan merasai kejatuhannya sendiri nanti," demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustadz Abdul Ghani Abdul Rahman di sini semalam.

"Pelajaran dari kejatuhan Mubarak di Mesir, dimana sekalipun beliau menang dengan 98% di dalam pemilihan Presiden, namun apabila tiba masanya untuk ia jatuh, jatuh juga akhirnya," tambah beliau.

Ustadz Abd. Ghani berkata demikian di dalam ucapan dan tazkirahnya di Markaz PAS Bukit Rambai sempena ijtimak PAS Kawasan Tangga Batu meraikan petugas-petugas PAS di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau yang lepas.

Pesuruhjaya PAS Melaka itu menyatakan bahawa semasa pilihanraya kecil DUN Merlimau yang lalu, seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menghadapi PAS, berjuta dibelanjakan, tetapi mereka hanya dapat menyusutkan undi PAS sekadar 508 undi.

Di dalam PRK Merlimau yang lepas, calon PAS, Hj Yuhaizad Abdullah memeperolehi 2,319 undi berbanding calon PAS pada PRU 2008, Hj Jasme Tompang memperolehi 2,827 undi.

Ust Abd Ghani berlata, betapa dasyatnya UMNO BN yang telah menjadikan pengundi-pengundi seperti haiwan yang ditaburkan pelbagai habuan sewaktu pilihanraya kecil itu. Jika begitu suasana PRK tambah beliau, UMNO BN meraih kemenangan dengan membawa "nanah yang busuk" bersama mereka, sebagaimana bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang menang apabila mendapat sokongan 98 peratus daripada rakyat tetapi dalam beberapa bulan digulingkan oleh rakyat yang sama.

"Perbezaan perjuangan PAS dan UMNO ialah soal dasar. Dasar perjuangan UMNO yang berteraskan kebangsaan telah banyak membawa kerosakan ke atas umat Islam di dalam negara ini," tegasnya.

Sementara itu, Timbalan YDP PAS Kawasan Tangga Batu, Tuan Hj Hassan Mohd Dahan merakamkan penghargaan kepada semua petugas-petugas PAS dari kawasan Tangga Batu dan MTD Sungai Rambai yang terlibat membantu jentera PAS menyelia dan menguruskan UPU Merlimau Utara dan Merlimau Pasir.

Beliau menyarankan agar MTD-MTD dapat memikirkan untuk memantap kedudukan kewangan dan mempunyai pekerja tetap bagi melakukan kerja-kerja di peringkat DUN supaya kerja-kerja parti dapat dilakukan dengan lebih kemas dan berterusan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.


1 ulasan:

Muhammad Hafifi berkata...

Rakyat ke salah yang memilih pemimpin?