21 Mac 2011

Sharpshooter Setuju Keluarkan Artikel, Tumpuan Kes Ialah Rais Rogol Amah Bukan Injunksi

Penulis blog setuju henti siar artikel fitnah Rais

Seorang penulis blog, yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau, bersetuju berhenti daripada menyiarkan tulisan itu, demikian menurut peguam bagi menteri itu hari ini.

Badrul Munir Bukhari, peguam yang mewakili Rais, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Rais bagi menghalang Amizudin Ahmat daripada terus menyiarkan artikel dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com. sehingga saman oleh Rais terhadap Amizudin selesai.

Badrul Munir memberitahu pemberita bahawa permohonan itu dibenarkan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Amizudin diwakili peguam Gan Chee Wei. Mahkamah menetapkan 6 April ini untuk pengurusan kes tuu.

Pada 2 Feb lepas, Rais berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Amizudin mengeluarkan daripada blognya artikel berkenaan dan gambar Rais.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais bagi menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel didakwa berunsur fitnah itu atau yang seumpamanya terhadap beliau sehingga permohonan inter-parte itu selesai.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog Amizudin, bersama gambar Rais, sekitar 28 Dis tahun lepas.

Beliau menuntut antara lainnya ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk selain perintah terhadap defendan supaya mengeluarkan daripada blognya artikel itu dan melarangnya daripada terus menyiarkannya.

Dalam kenyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau.

Katanya tulisan itu membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Rais juga berkata tulisan fitnah itu membawa maksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Menteri itu berkata bahawa ekoran daripada penerbitan artikel itu, reputasi beliau sebagai seorang individu dan/atau sebagai seorang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa telah tercemar teruk, dan membuat beliau malu dan tertekan.

Rais telah menafikan alegasi itu selepas seorang penulis blog menamakan beliau.

Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja dengan beliau selama lapan tahun, dilaporkan oleh sebuah portal berita Indonesia, telah menafikan yang beliau pernah dilayan buruk atau dirogol oleh majikannya. — Bernama

dari blog sharpshooter


Tumpuan Kita Kes Rais Rogol Amah Bukan Injuksi

Setelah berbincang dengan peguam sebelum ini, kita setuju untuk keluarkan artikal hei Pak Menteri..mana mau lari.. kerana itu bukanlah artilkal sharpshooter tetapi ia adalah artikal dari harakahdaily.

Sebab itu kita ambil keputusan jangan buang masa tentang kes injuksi tersebut sebab ianya bukan artikal sharpshooter tetapi kita bersedia untuk melawan habis-habisan kes saman malu Rais Yatim.

Tumpuan kita adalah kes yang lebih besar iaitu kes Rais rogol amah.

Kita telah cukup bersedia dan sampai ketikanya nanti kita akan dedahkan segala bukti dan dokumen serta kita akan tampilkan saksi-saksi untuk membuktikan bahawa kes rogol memang benar berlaku.

Di waktu itu, kita akan tengok..siapa yang akan lari..hahaha

Ini adalah sebagai usaha terdesak umno untuk menyekat kebebasan media internet dan untuk menakutkan blogger-blogger pro Pakatan Rakyat.

Yakinlah..wamakaru wamakar Allah.. waAllahukhairunmakirin..
Lawan tetap lawan

sharpshooter



Tiada ulasan: