Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah, kata Majlis Fatwa Perlis
KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama

10 ulasan:
kalu rumah besar boleh la buat kat rumah...tp kalu rumah flat???
nickname black.
saya rasa bergantung kepada maslahah.. kalau tujuannya utk mengambil keberkatan maka saya bersetuju dgn datuk ahmad.. saya dapati ramai yang berniat macam tu, malangnya solat lima waktu tak pula berkat masjid tu melekat ke dirinya.. tapi kalau tujuannya kerana rumah sempit seperti kata sdr anon diatas, saya rasa masjid lah tempat yang paling sesuai kerana ia bukan sekadar tempat solat, tapi sbgai pusat komuniti..
Masjid, ruangnya luas. Adat orang kita, bila nikah, semua nak datang. Nak dengar. Nak ambil gambar. Zaman semua orang ada kamera dalam poket ni, camera man saja dah penuh ruang tamu. Masing2 nak upload ke youtube, facebook, blog etc.
Manfaatkanlah kemudahan yang ada. Jangan cemari masjid dengan sampah dan pendedahan aurat sudah.
Elok juga kalau jurunikah bagi tazkirah supaya datang solat berjemaah kepada semua.
Ampun ya Allah, nak tanya sejauh mana benar hadis tersebut.. Bunyinya bagaimana ? Apakah ia berbunyi JANGANLAH KAMU.... SESUNGGUHNYA TIDAK BERIMAN SESEORANG ITU.... atau macam mana, baru kita tau adakah Rasulullah melarang keras ! Cerdik pandai tolong jawab.
1) Masjid itu rumah Allah.
2) Berkahwin itu ibarat membina masjid.
baguih puny majlis mufti.takde benda yg LAGI PENTING ke nak bahas..?
Apsal xdiskus je hukum pkai baju melayu, xpkai jubah..?
Byk isu hardcore mlanda umat Islam..bnda2 mcm ni jd fokus mufti??
Perkara halal di susah2kan..sedangkan zmn skrg yg HARAM smakin mudah..pnyelesaian mufti? ===> jaga2 ek klu nk nikah kt masjid..tkut trpesong akidah??
Ikut kesesuaian. Kat mana pun boleh tapi mesjid la ok...harta milik awam,banyak kemudahan, selesa...ketepikan hal hal ikut kristian ka....tak kan nak buat dalam tandas semata-mata nak elak isu tiru meniru..
ketcikhall
Kalau dah bernikah tu pun dah cukup baik.asalkan nikah.menghindarkan dari ramainya anak haram macam sekarang.Jangan pula satu hari nanti ada melayu buat rekod malaysia nikah di bus stop.
wak bird
Kalo xsilap hamba, ade satu hadis Rasulullah SAW yg mengatakan selepas bernikah di masjid, palulah gendang dan war-warkan kepada org sekeliling?
hamba Allah yg kurang ilmu...
saudara ahmad ni bacul agaknya sebab byk lagi isu yg penting perlu di bahaskan..kalau berani bg la hadis mana yg ckp x boleh nikah dlm masjid?
yg tak boleh, bernikah dalm gereja..apa bengap sgt ahmad ni, isu besar lain x nak pula sentuh... tu yg berjudi,berzina minum arak, video lucah x nak pulak tegur..bodoh..org kalau belajr hadis bukan nye bertujuan utk mengelirukan org,tunjuk la jalan..jgn buntukan...
Lutfil Ramli
Catat Ulasan