Wanita cam polis didakwa tampar, rompak dirinya
Seorang pemilik kedai yang mendakwa ditampar dan dirompak oleh anggota polis berpakaian preman minggu lalu hari ini mengecam lima orang anggota pasukan itu yang didakwa melakukan perbuatan itu ke atasnya.
Chow Soo Meng, 36, mengenalpasti anggota polis lelaki itu dalam satu kawad cam di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya pagi ini.
Ibu kepada dua orang anak itu ditemani ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng. Polis turut merakam kenyataan wanita berkenaan dan juga kenyataan Lim.
Lim ketika dihubungi berkata, Chow telah mengenalpasti lima anggota berkenaan yang didakwa memecah masuk ke dalam kedainya tanpa mengemukakan waran.
Chow turut mengenalpasti pengawai polis yang didakwa menampar beliau dan juga seorang pegawai polis wanita, kata ahli parlimen DAP itu lagi.
Anggota polis berkenaan sebelum ini didakwa mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.
Dalam laporan polisnya, anggota polis berkenaan didakwa telah mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin.
Polis telah menafikan dakwaan merompak Chow ketika wanita itu ditahan di kedainya di Sungai buloh pada malam Isnin lalu.
Satu kenyataan polis sebelum ini menyebut, anggota berkenaan merampas wang sebanyak RM15,900 untuk siasatan.
Polis mengesyaki wang berkenaan diperolehi daripada sumber haram.
Ulasan GB
Pelik bin ajaib. Jika benar polis menyatakan bahawa wang itu "disyaki" diperolehi dari sumber yang haram, apa keistimewaan di bawah undang-undang untuk polis menampar wanita hamil berkenaan, dan apa pula hak polis berkenaan "merampas" wang berkenaan sebelum "dipastikan" bahawa wang itu diperolehi dari sumber yang haram? Sumber yang haram pun tidak disebut di dalam kenyataan polis berkenaan.
Amat keeterlaluan. Pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat tiba-tiba menjadi mereka yang menggigit rakyat. Dan kemudian ada pula bantuan dari pihak atasan untuk melindungi pesalah berkenaan.
Jika demikian hanya, bagaimana mungkin polis hendak dihormati oleh rakyat?

1 ulasan:
Manusia ada caranya.
Binatang pun ada jalannya.
Catat Ulasan