Seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa ditampar dan dirompak Isnin lalu oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh - dan mereka kemudian menangkapnya.
Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang dihubungi wanita tersebut
- Chow Soo Meng, 36 - pagi ini, mendakwa anggota polis berkenaan mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.
"Polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin," kata Chow dalam laporan polisnya.
Dalam laporan yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.
Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya janga buat isu atau hadapi risiko ditahan semula, kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini.
Lim yang ditemui bersama Chow hari ini berkata, wanita itu telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 ptang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk.
Bagaimanapun, katanya, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama.
Di sana, kata Lim lagi, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok.
"Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac," tambah Lim. -mk
Ulasan GB
Nampaknya perlakuan polis yang melakukan tindakan sesuka hati ke atas rakyat semakin menjadi-jadi.
Pada tahun lepas, seorang ahli perniagaan menjadi mangsa sekumpulan polis yang membelasahnya gara-gara kerana tidak mempamerkan cukai jalan yang tamat tempoh di skrin kereta.
Malah beliau telah mengalami kecederaan fizikal di mata kanannya dipukul ekoran enggan menyerahkan sejumlah wang yang dimilikinya.
Sikap sesetengah anggota polis yang bertindak seperti "binatang" dengan membelasah rakyat sesuka hati amat perlu dikenakan tindakan disiplin kerana ia mencemarkan imej polis.
Rakyat membenci polis bukan kerana dihasut sesiapa, tetapi adalah lantaran perlakuan sesetengah polis sendiri yang menyebabkan mereka dibenci.
Polis yang sepatutnya mempastikan undang-undang dilaksanakan tiba-tiba meletakkan undang-undang di tangan mereka dan polis yang sedemikian amat wajar diheret ke muka pengadilan, tak kira sebesar mana pun pangkat mereka.
Tetapi apakah mereka dengar ini atau mereka sejenis spesis yang lansung tidak akan indahkan suara rakyat ini?

3 ulasan:
Kepala dah busuk....badan sampai ekor pun turut busuk. Haramkan Polis berpakaian Preman....nak jadi Polis pakai Uniform la.....Preman nie la yg selalu buat kecoh bila perhimpunan aman Pakatan Rakyat diadakan.
sesiapa saja yang diberi kuasa tapi suka2 buat sesuatu untuk kesenangan diri dan menyusahkan org lain paling saya tak suka.rasanya tentera tidak ada kuasa seperti polis n rela.. hehehe
Jangan niaya orang nanti diri sendiri yang merana.
Catat Ulasan