Perhimpunan itu menumpukan usaha ke arah meminta Hosni yang memerintah selama 30 tahun berundur dengan segera.
"Hari ini merupakan hari terakhir, hari ini adalah yang terakhir," kata para penunjuk perasaan.
Suasana di Dataran Tahrir kelmarin umpama satu pesta dengan nyanyian beramai-ramai para penunjuk perasaan anti-Hosni.
Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi turut hadir di dataran itu manakala tentera mengawal ketenteraman.
Mohamed kelihatan berbual dengan beberapa askar di dataran tersebut.
Hosni dibenci oleh para penunjuk perasaan kerana beliau dianggap gagal membawa kemajuan di negaranya ekoran kadar pengangguran yang tinggi, menindas ahli politik pembangkang dan pentadbirannya dianggap melakukan korupsi. - Agensi
Ratusan ribu sertai ‘hari pengunduran’
Penunjuk perasaan di Mesir berhimpun secara besar-besaran semalam melancarkan demonstrasi ‘hari pengunduran’ bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur selepas beliau berkata akan meletakkan jawatan tetapi bimbang akan mengakibatkan kekacauan lebih buruk di negara itu.
Ratusan ribu penunjuk perasaan yang berkubu sepanjang malam di Medan Tahrir di Kaherah, yang menjadi tumpuan utama demonstrasi menentang Mubarak yang tidak pernah berlaku sebelum ini, disertai oleh orang ramai yang datang ke tempat itu dari seluruh penjuru bandaraya Kaherah sejak awal pagi dalam demonstrasi hari ke-11 itu.
Selepas pertempuran berdarah beberapa hari lalu antara penunjuk perasaan dan kumpulan proMubarak dengan insiden membaling batu tercetus, kumpulan penunjuk perasaan kini memakai topi keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga. Kedua-dua kumpulan menjalankan pemeriksaan pengenalan diri sebelum memasuki medan berkenaan bagi mengelak pihak bertentangan menyusup masuk dan seterusnya mencetuskan provokasi.
Menteri Pertahanan, Mohammed Hussein Tantawi turut mengunjungi medan itu dengan memakai topi tentera bagi menyaksikan sendiri keadaan di situ, lapor televisyen kerajaan.
Naib Presiden, Omar Suleiman yang menjadi pilihan Washington dalam rancangan menggantikan kepemimpinan Mubarak pada masa depan lewat malam semalam menuntut supaya penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi, namun berjanji pihak tentera tidak akan menggunakan sebarang kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Washington mengecam keras keganasan yang berlaku terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 800 lagi cedera sejak beberapa hari lalu dengan mengatakan mereka mempunyai bukti bahawa kejadian itu dirancang.
Jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowle berkata, kerajaan Ameika Syarikat mengesan keganasan itu dilakukan pihak yang rapat dengan kerajaan dan parti pemerintah walaupun tidak berapa jelas sejauh mana kaitan mereka. - AFP
1 ulasan:
agak2 tn blog la, adakah akan ada kemenangan kpd rakyat Mesir yang berdemo itu, selagi barisan Saf sembahyang pun masih x lurus. masih bersimpang siur jauh dr menghadap kiblat yg satu.
=)
Catat Ulasan