5 Feb 2011

UMNO Jahiliyah: TGNA Sedia Dialog Dengan UMNO

Kota Baharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu memberi syarat, dialog berkenaan hendaklah berlandaskan al-Quran dan ia (Al-Quran) juga harus dijadikan sebagai ‘orang tengah’ dalam pertemuan itu nanti.

Katanya, tiada guna jika beliau berdialog dengan pihak terbabit tanpa bersaksikan al-Quran kerana pertemuan itu akan hilang panduan dalam mencari kebenarannya.

“Saya bersetuju benar kalau ada orang hendak berdialog kerana ajaran Islam meminta umatnya berdebat atau berdialog dan ia hendaklah dilakukan dengan cara terbaik. Berdialog dan berhujah ini adalah ajaran agama (Islam), saya bersedia bertemu mereka.

“Saya meminta pada dialog itu nanti, hendaklah pegang (berpegang) kepada al-Quran iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai orang tengah, kalau berdialog saja tanpa panduan (al-Quran), tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji kenyataan kontroversi Nik Aziz sebelum keadaan menjadi lebih keruh serta huru-hara nanti.

Isu ini berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Sebelum itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TENGOK ! BELUM APA APA DAH LETAK SYARAT. TAKUTLAH TU.

Tanpa Nama berkata...

Ambo tidak rase kenyataan TGNA merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. Orang UMNO je yang rase macam tu..

ahlulsunnah berkata...

memang lah kena ada syarat, sebab nak bincang mengenai akidah, takkan nak guna otak je? Sebab itu ada ayat Al-Qur'an yg menyebut :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin-pemimpin dari kalangan kamu. Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (al-Nisa’: 59)


Sebab x guna Al-qur'an lah, abu jahal digolongkan dlm golongan jahiliyyah... mcm UMNO...

cumi manzui berkata...

Salam semua orang Islam yang beriman kepada Allah swt,
Syarat yang diletak oleh TGNA tu amat bagus iaitu berbincang di dalam lingkungan Al-Quran dan Hadis. Bagi orang melayu kita yang Islam saja sudah tentu keberatan berbincang berpaksikan Al-Quran dan Hadis. Bagi mereka, hukum Islan kan kuno, out dated dan zalim serta tidak berperikemanusiaan. Syabas kepada TGNA yang sentiasa bertindak berpaksikan Al Quran dan Hadis. Tahniah.
Bagi orang melayu kita yang Islam saja, sudah tentu jelas akan kemunafikan dalam diri mereka walaupun depa tu kadang-kadang nampak lebih Islam tapi Islam ikut logik dunia pemikiran depa dan bukan mengikut lunas-lunas yang dikehendaki Allah swt. Nak kata depa tu bersifat melayu dan sayangkan raja melayu tapi depa juga yang menindas melayu dan menidakkkan kuasa bagi raja melayu. Itu baru cerita pasal melayu, dah nampak kemunafikannya. Kalau sebut pasal Islam, entah lagi lebih kemunafikannya.
Bagi orang Melayu yang Islam lagi beriman kepada Allah swt, cukuplah takat ni kita percaya akan kata-kata depa ni agar kita sentiasa berada di dalam lindungaan dan perliharaan Allah swt sama ada di dunia, di alam kubur maupun di akhirat nanti. Insyaallah. Bertaubatlah sebelum terlambat iaitu sebelum kiamat (mati) kita tiba.

sb dehlawi berkata...

kepada anon 5:16.

ko tak suka ke syarat mengikut al=quran dan hadis... jenis bangsa apa ko nih.

Kalau ko Muslim....tiada kata yang sebaik-baiknya untuk ko melainkan munafik.