5 Feb 2011

[Bergambar] Lucu. Pelajar Malaysia Dipindahkan Setelah Protes Berakhir?

Meskipun demonstrasi di Mesir semalam disebut sebagai Hari Pengunduran - hari terakhir untuk rakyat Mesir memprotes Presiden Hosni Mubarak, kerajaan Malaysia masih enggan untuk mengakui KELEMBAPAN di dalam membuat keputusan memindahkan para pelajar kita di Mesir.

Dilaporkan setakat tengah malam tadi waktu tempatan (kira-kira jam 6 pagi ini waktu Malaysia) seramai 3,600 rakyat Malaysia, terutama pelajar di Mesir sudah dibawa keluar dari Kaherah dan Iskandariah ke Jeddah, Arab Saudi menerusi 10 penerbangan.

Jumlah tersebut merupakan hanya 30% dari jumlah 11,000 para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Jika dicampurkan dengan yang bukan-pelajar jumlahnya 14,000. Bererti peratus yang dibawa keluar

Bernama melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kecewa dengan tuduhan bahawa kerajaan lewat membawa keluar rakyat Malaysia sedangkan Wisma Putra sudah memohon hak pendaratan sebelum situasi keselamatan di Mesir meruncing, tetapi ditolak pihak berkuasa negara berkenaan dengan alasan Kerajaan Mesir mampu mengawal keadaan.

“Hanya bila tahap merah, Mesir baru beri hak pendaratan, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga baru nak bawa keluar kakitangannya semalam (kelmarin). Amerika Syarikat juga berbuat demikian semalam (kelmarin),” katanya.

Hanya bila tahap merah baru kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar hendak berusaha keluarkan pelajar-pelajarnya!

Kita telah mempersoalkan sebelum ini mengapa missi tersebut tidak dimulakan lebih awal iaitu hari sebelum protes bermula sedangkan laporan mengenainya sudah tersebar luas di media massa anatarabangsa sejak protes telah tercetus di Tunisia lagi?

Malah Perdana Menteri, DS Mohd Najib sendiri dilihat lembab di dalam membuat keputusan, guna kapal laut atau udara, itupun demonstrasi sudah berjalan 5 hari, dan negara-negara China, Indonesia dan lain-lain telah berjaya mengeluarkan pelajar-pelajar mereka sebelum protes bermula lagi.

Peliknya, Malaysia terpaksa menghantar Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay untuk MENYIASAT terlebih dahulu keadaan di Mesir. Apa gunanya Kedutaan Malaysia di Mesir?

Sindrom penafian yang diambil oleh Menteri Luar tersebut amat dikesali.

Sepatutnya beliau dan kerajaan Malaysia meminta maaf di atas kelalaian dan kelewatan tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain disamping mempertahankan incompetency di pihak mereka.

Perbaikilah kelemahan, bukan mempertahankannya.

Malah lebih mendukacitakan Anifah mempersalahkan blogger pula. GB sudah ulas hal tersebut di SINI.









1 ulasan:

mazri berkata...

pandai komen ja....
apa pun tarak......
lembab la....
impontency la...
kalau hebat sangat bantu lah...
ingat Mesir tuh KL ka...
suka2 datang...suka2 balik...