Seorang bekas anggota polis ke tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk menyemak keputusan terdahulunya yang mengekalkan sabitan dan hukuman mati Lans Koperal Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati kerana kesalahan membunuh, Bernama dipetik.
Ia adalah ulangan rayuan selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff memutuskan bahawa berdasarkan fakta, kes Harcharan Singh tidak wajar atau sesuai disemak mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 atau bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah yang turut bersidang, membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan itu.
Sedikit kronologi kes ini:
25 Disember 1999 – Penyanyi lagu Rindu Serindu-Rindunya, Sabi’ul Malik Shafiee yang lebih dikenali Along Spoon (gambar), 20, dilaporkan hilang.
6 Januari 2000 – Polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di lereng bukit di di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu.
7 Januari 2000 - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan Along.
19 Januari 2000 – Anggota polis dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Mohamed Ya’cob, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.
10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan membunuh Along.
29 September 2009 – Mohamed Ya’cob membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit dengan hukuman mati terhadapnya.
2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban sebelum ini.
10 Februari 2011 - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk menyemak keputusan terdahulunya yang mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap Mohammad Ya'cob

3 ulasan:
Siapa pun jika sabit maka tak akan terlepas....Hanya masa yang akan menentukan.
Apa status pembunuh Altantuya??? Ada sesiapa tau statusnya??? Adakah hukuman hanya dinyatakan sedangkan terbabit masih bebas bersama keluarga. (Terlalu banyak tgk citer org putih,....pesalah hidup mewah tetapi identiti bertukar)
rindu auu..pd along spoon..kcian gle!!!cra along meninggal dunia...ap2 pn moga roh nye di ccri rhmat al-fatiha
Catat Ulasan