10 Feb 2011

Sekali Lagi Perarakan Maulidir-Rasul Pulau Pinang Hendak Disabotaj

Perarakan Maulidur Rasul kena sabotaj lagi?

GEORGETOWN - Jabatan Penerangan Pulau Pinang didakwa enggan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri 15 Februari ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihaknya tidak menerima respons daripada jabatan itu setelah memohon mendapatkan kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan.

“Menerusi jawapan secara lisan dalam mesyuarat, saya dimaklumkan oleh jabatan itu bahawa kemudahan kenderaan tidak boleh dibekalkan kepada Kerajaan Negeri mengikut polisinya.

“Walau apa pun, saya masih menunggu jawapan secara bertulis daripada Jabatan Penerangan untuk mengetahui status permohonan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Abdul Malik berkata, tahun lalu Kerajaan Negeri menghadapi masalah yang sama apabila Jabatan Penerangan memberi alasan kenderaannya sudah dijadualkan lebih awal untuk aktiviti penerangan mengenai dasar Kerajaan Pusat.

“Tahun ini mereka memberi alasan kenderaan tidak boleh dibekalkan sebab ia tidak terkandung dalam polisi mereka. Padahal, Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional mendapat kemudahan itu.

“Ketika pemerintahan BN, Jabatan Penerangan bukan sahaja mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul malah menyediakan sekurang-kurangnya lima kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini akan bermula 12 Februari bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah’, tema sama digunakan untuk Maal Hijrah yang membawa maksud ‘Kesederhanaan dalam Islam’.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang begitulah sikap kerajaan pusat terhadap negeri2 pakatan. di kedah mb tak dibenarkan masuk kawasan jabatan kebudayaan dan kesenian negara negeri kedah di pumpong. itulah sebabnya aktiviti yang melibatkan beliau dibuat di pejabat pas negeri kedah di kota sarang semut. tiap-tiap hari sabtu pula kediaman rasmi mb di mentaloon sesak dengan pengunjung ceramah ugama. dulu dato' a samad said buat road show anti ppsmi juga dibuat di situ. kemudian di dewan masjid sultanah.

Tanpa Nama berkata...

Kenderaan Jabatan penerangan tu nak di gunakan untuk keliling kampung buat pengumuman "beli sulat kabar lama, beli besi, beli botol".. Tak pun "tilam, tilam...tukar tilam lama, dapat tilam baru.."
Gitulah gamaknya... Kerajaan yang dipilih rakyat dinafikan kemudahan/harta yang dibiyai dengan duit rakyat.. tapi kalau harta atau kemudahan yang dibiyai duit rakyat tu nak digunakan oleh gerombolan UM-"no" atau Bee-"end", bleh plak.. Walhal tak semua rakyat ahli atau peyokong puak-puak tu.. Entahlah..