10 Feb 2011

Bekas Setiausaha Politik Menteri Dituduh Miliki RM2.13 Juta Wang Haram

Butterworth, Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti haram tahun lepas.

Gambar: Anggota SPRM membawa bekas Setiausaha Politik Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar ke Mahkamah Butterworth hari ini. - Foto Rosli Ahmad

Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Feb tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.

"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya -- BERNAMA


Wang haram: Bekas pembantu menteri didakwa



Bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Tidak bekerja

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.

"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya

Empat hari selepas ditahan oleh SPRM berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.

Hasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.

Nor Mohamed (kanan), yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009.

Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan. -mk


Ulasan GB

Ulasan GB hampir setahun yang lalu

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini yang dapat ditangkap,yang belum dan tak dapat ditangkap,agak macam mana punya kaya lagi.Dan yang dapat dikesan wang yang ada dalam simpanan dirumah,bagai mana pulak yang tersimpan diluar negeri?Dan yang tertangkap berjawatan S/U Politik Menteri,bagai mana pulak agaknya kalau Menteri dan Perdana Menteri,dulu dan sekarang.Malaysia dah koyak-rabak.

Tanpa Nama berkata...

SPRM buatle pembersihan yang betul2,jgn yg ikan bilis aje... tu setiausaha..camne lak yang tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah setiausahanya berjuta duit haram....cuba la siasat menterinya pula...siapa tau mungkin bukan duit haram aje yg ada...entah-entah..anak haram pun ada. Siasat la dulu.....

Jangan dah siasat, bukti dah ada TAPI terpaksa KIV sebab tak nak kasi UMNO malu.