10 Feb 2011

Komuter KTMB "Tersangkut" Akibat Terputus Kabel Eletrik

Kuala Lumpur: Perkhidmatan komuter Kereta api Tanah Melayu Bhd (KTMB) terpaksa dihentikan sementara operasinya bermula kira-kira jam 6.35 petang semalam sehingga lewat malam tadi berikutan kejadian kabel elektrik terputus di laluan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Gambar: TERKANDAS...sebahagian penumpang perkhidmatan KTM Komuter dari KL Sentral ke Rawang yang terkandas petang semalam.

Pegawai Kanan Koperasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail ketika dihubungi berkata, berikutan masalah itu laluan seperti Bank Negara ke Hentian Putra dan laluan daripada Bank Negara ke Batu Caves dihentikan serta-merta.

“Kami terpaksa menghentikan operasi bagi melakukan kerja baik pulih kabel berkenaan sehingga malam, namun laluan di Kepong ke Rawang masih boleh digunakan seperti biasa, tetapi hanya satu laluan dibuka.

“Laluan lain seperti Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang dan daripada Kuala Lumpur ke Seremban masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, kerja membaik pulih kabel perkhidmatan itu giat dijalankan dan dijangka siap secepat mungkin.

“Saya percaya kerja membaik pulih ini akan siap menjelang tengah malam ini (tadi) dan akan mula beroperasi esok pagi (hari ini),” katanya.

Mohd Fazil berkata, KTMB memohon maaf kepada semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan itu atas segala kesulitan dialami. -hm


BERATUR...penumpang perkhdimatan Komuter dari KL Sentral ke Putra terpaksa menukar semula tiket mereka atau memulangkan wang.

TUNGGU...sebahagian penumpang yang terkandas, petang semalam.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masaalah komuter ni tak pernah selesai.
Dahlah perkhidmatannya macam kura-kura.
Taik minyaknya pun banyak juga.
Masa puncak (pagi dan petang) jam tulah buat perangai.
Ada saja alasan yang diberi.
Bos-bos KTMB jangan pergi jauh.
Pergi saja ke Singapura.
Lihatlah dan pandanglah.
Bagaimana lancarnya bergerakan MRT di negara tersebut.
Jadualnya selalu tepat.
Jarang terdengar berlaku terkandas.
Apatah lagi kabel eletriknya terputus.

harrazdani berkata...

masaalah pengangkutan awam di malaysia khususnya komuter ini dah banyak kali kita dengar.. tujuan kerajaan merasionalisasikan subsidi dengan janji untuk memperkasakan sektor pengangkutan awam di lihat tidak kesampaian. ke mana wang subsidi tersebut dibelanjankan ???....walhal perkhidmatan pengangkutan awam di malaysia masih ditakuk lama...