26 Feb 2011

PAS Melaka Mahu Ali Rustam Disiasat Segera

PAS Negeri Melaka mendesak agar suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan penyiasatan ke atas Datuk Sri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi MAIM dan Majlis Agama Islam (MAIM).

Kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

Ketika mendedahkan perkara ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang diketuai Dato' Seri Mohd Ali Rustam sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga.

Beliau mahu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyisat sehingga ke akar umbi Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi MAIM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam serta mereka yang terlibat dalam isu ini segera.

Dakwanya, Kerajaan Melaka melalui MAIM juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83. Adly mendedahkan, MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

"RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.

"Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai," tegas beliau. Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006.

RMSB telah berjaya menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta, jelas beliau.

MAIM yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, disamping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106. Sikap kerajaan Umno-BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam.

PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan:

a. Penjualan Tanah Milik MAIM di Lot 105 dan Lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.

b. Pengunaan wang zakat RM13.85 juta yang sepatutnya tidak digunakan bagi membina Kompleks MAIM, sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang layak.

c. Penyerahan Hak Milik Tanah. MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT 83 kepada RMSB pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Komplek MAIM mengikut perjanjian asal.

d. Mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB? Apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB?

PAS Melaka juga tegas Adly, turut kesal kerana kerajaan Umno-BN gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga kelemahan berikut dikenalpasti dalam sebuah negeri berstatus "Negeri Maju" seperti:

a. Penjualan tanah milik MAIM. Mengikut rekod, nilaian tanah milik MAIM telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11 juta pada 2008.

b. Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian komplek
perniagaan MAIM, yang disewakan kepada JAIM.

c. Gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan.

d. Proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan.

e. Kelemahan dalam penyelenggaraan Daftar Harta Wakaf, Harta Faraid Dan Sewa Hartanah.

f. Pencerobohan Tanah Baitulmal

g. Tanah Wakaf Tidak Dapat Dikenal Pasti Lokasi

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini jenis orang tak ingat mati. Harta zakat, baitulmal, wakaf jadi milik umno. Ketua agama islam negeri melaka tumpang sekali.

Tanpa Nama berkata...

Sumpah SPRM tak akan bertindak kalau apa-apa permintaan oleh parti pembangkang. Bukankah itu ringkasan kepada Skim Penggalak Rasuah Malaysia? Tengok pengamal rasuah dimuliakan dangan pemberian yang lumayan! Contoh yang paling nyata Tan Sri Isa Samad telah dilantik sebagai Pengerusi Felda. Itulah lambang kepada pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan pembohongan dan pembodohannya. Selagi rakyat bodoh, selama itulah terjemahan sebenar melalui peti undi tak akan kelihatan.

Tanpa Nama berkata...

jangan haraplah sprm akan bertindak terhadap pemimpin2 bn. lihat saja contoh taib mahmud di sarawak yg sewenang2 merampas tanah rakyat didiamkan saja oleh sprm dan kerajaan malaysia. lanun2 macam nilah yg dibela oleh umno/bn sejak sekian lama. tunggulah rakyat bangkit macm di mesir dan libya nanti.

Tanpa Nama berkata...

perogol juga dimuliakan dengan pemberian lumayan....hanya ahli UMNO bawahan yg bodoh sahaja terus diperbodohkan oleh pemimpin UMNO yg sedia ada bodoh.