MUAR – Seorang wanita terselamat apabila kereta yang dipandunya jenis Nissan terbakar secara tiba-tiba ketika melalui Jalan Junid di sini, kelmarin.
Dalam kejadian ketika jam 8.30 pagi, Asiah Khamis berkata, dia dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Jalan Junid.
Menurutnya, apabila menghampiri persimpangan Jalan Junid, keretanya mengeluarkan asap dari papan muka kenderaannya.
“Panik dengan kejadian tersebut, saya mengambil tindakan pantas keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri sebelum api menjadi marak membakar kereta.
“Saya berasa bingung dan terkejut dengan insiden ini serta bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, saksi kejadian, Zakaria Muhammad, 58, berkata, dia berada di tempat kejadian semasa insiden tersebut berlaku.
Menurutnya, ketika itu dia bersama beberapa rakannya yang lain baru pulang daripada berjoging di kawasan Tanjung Emas.
“Semasa melintasi persimpangan lampu trafik berkenaan, saya terkejut melihat api marak dari sebuah kereta.
“Orang ramai yang melalui jalan ini turut menjarakkan diri dari kenderaan terbabit kerana bimbang kereta yang terbakar ini meletup dan membahayakan nyawa orang ramai,” katanya.
Menurutnya, sejurus terlihat insiden kebakaran itu, dia segera menelefon bomba untuk menyelamatkan keadaan memandangkan api semakin marak di kereta tersebut.
“Orang ramai ketakutan dan berusaha menjauhkan diri daripada kenderaan tersebut kerana bimbang akan meletup pada bila-bila masa.
“Kira-kira 10 minit kemudian anggota bomba tiba ke lokasi kejadian untuk memadamkan api, namun kenderaan itu sudah hangus terbakar,” katanya.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya mengambil masa lebih kurang lima minit untuk memadamkan api.
“Insiden ini turut menyebabkan lalu lintas di persimpangan lampu trafik di Jalan Junid sesak dan pulih sediakala apabila rangka kenderaan itu dialihkan.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan mangsa terselamat daripada sebarang kecederaan,” katanya. -SH

Kereta baru musnah
KUALA KRAI - Hasrat sebuah keluarga empat beranak untuk menaiki kereta yang baru dibaiki tidak kesampaian apabila kenderaan itu musnah dalam kebakaran di Kampung Enggong, dekat sini, semalam.
Pada kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kereta jenis Proton Wira dianggarkan bernilai RM15,000 itu terbakar selepas rumah didiami keluarga berkenaan sejak enam bulan lalu musnah dijilat api.
Ketua keluarga terbabit, Mohd Azuwee Abdul Rahman, 30, berkata, kereta itu baru siap dibaiki dan dibawa pulang dari bengkel lewat petang kelmarin.
”Saya habis (belanja) RM2,100 untuk buat ‘overhaul’ enjin dan baru bawa balik kereta ini ke rumah petang kelmarin,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Kampung Enggong, dekat sini, semalam.
Mohd Azuwee berkata, kebakaran berlaku ketika dia dan isteri, Zukaidah Yaakob keluar mengambil dua anak mereka yang ditinggalkan di rumah adik iparnya di Jalan Kubur Lama di kampung berkenaan.
”Masa kami keluar jam 11.45 pagi, rumah masih ada,” katanya yang dimaklumkan jiran mengenai kejadian itu ketika berada di sebuah kedai runcit dan dalam perjalanan pulang ke rumah bersama isteri serta anak mereka berusia dua dan empat tahun.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azmi Ibrahim berkata, dua jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.34 tengah hari.
Katanya, walaupun menempuh kesukaran kerana jalan masuk yang agak sempit, pihaknya berjaya tiba di tempat kejadian pada jam 12.48 tengah hari sebelum dapat mengawal kebakaran lapan minit kemudian.
”Apabila jentera bomba sampai, kira-kira 90 peratus rumah papan ini sudah terbakar dan kerugian dianggarkan RM60,000 manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. -SH
1 ulasan:
TOLAK BN, TOLAK SAMAN EKOR, TOLAK TON95
Catat Ulasan